Friday, November 19, 2010

Its all about my baby ^^

Alhamdulillah, setelah bersusah payah study pasal kereta nih, aku faham sedikit sebanyak tentang keretaku yang terchinta = My Baby :) Aku kongsikan kat sini, untuk rujukan aku jugak di masa depan.




Aku membahagikan kepada beberapa bahagian.
Bahagian A

1. Tayar
2. Sistem lampu
- depan/belakang/isyarat/brek/kecemasan
- lampu belakang plet nombor (boleh kena saman kalu takde)
3. Sistem bahan api (minyak petrol) + fuel filter (penapis petrol kerana terdapat kotoran dalam bahan api)
4. Wiper
5. Hon

Bahagian Enjin

1. Bateri
2. Karburator + air filter ( tapis udara yang akan memasuki karburator)
3. Spark plug
4. Enjin 4 lejang + minyak hitam + oil filter
5. Timing belt
6. Radiator  --> sistem penyejukan (kawal suhu kereta)
7. Ekzos
8. Brake system
9. Auto transmission fluid ( untuk kereta auto sahaja)

Lain-lain

1. Air cond 
2. Radio

KOMPONEN UTAMA DALAM ENJIN 4 LEJANG


1. SILINDER

Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk
menyejukkan enjin.  Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.

2. ROD PENGHUBUNG

Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.

3. ACI ENGKOL

Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .

4. RODA TENAGA

Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya
pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.

5. OMBOH

Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.




PROSES KITARAN ENJIN 4 LEJANG

1.      Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.

2.     Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
      
     3. Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.

4.      Injap Ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran

SISTEM BAHAN API


SISTEM PENYEJUKAN


Jika enjin beroperasi secara berterusan, komponen yang bergesel akan mengeluarkan suhu yang tinggi. Walaupun jika suhu berkenaan tidak dikurangkan, ia akan merosakkan komponen - komponen yang sering beroperasi.

Sistem penyejukan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyejukan cecair yang menggunakan bahan penyejuk khas iaitu etil glikol, dan yang satu lagi ialah penyejukan angin yang menggunakan angin yang ditarik melalui kipas ke arah tangki pengalih haba dan bahagian lain enjin.

Penyejukan cecair menyejukkan suhu panas di bahagian dalam enjin dan penyejukan angin menyejukkan bahagian luar enjin. Sesebuah enjin menggunakan kombinasi sistem penyejukan cecair dan sistem penyejuk angin.
   

huhu...setakat nih dolu.
penat.
nak rehat.
to be continue...
insyaAllah
 



3 comments:

  1. lupe
    sumber dari

    http://www.anon-qber.com/2009_08_01_archive.html
    http://www.anon-qber.com/2009/08/sistem-penyejukan.html
    lagi satu dari student UPSI

    ReplyDelete