Untuk kehidupanku yang telah berlalu
Memori2 silam (chewahhh)
Kemanjaan, keanak-anakan, kecengenan(kuat nangis)
Dan yang seangkatan dengannya
Mengimbas kembali detik2 awal aku berblogging ...
(13 okt 2010)
Akhirnya aku nekad untuk menulis blog. Ini bukan untuk siapa-siapa atau apa-apa. Tapi, adalah untuk diriku. Aku ingin blog ini menjadi teman suka duka ku. Aku ingin dari blog ini menjadi motivasi untuk ku terus memperbaik diri. Kerana aku amat lelah dan hampir putus asa dengan kehidupan ini. Acap kali aku memikirkan kematian. Pelbagai jalan dan cara telah ku buat dan ku lalui, namun masih tiada hasil. Aku masih di takuk lama. Aku malu pada diriku, dan pada Tuhan yang telah menciptakanku. Aku malu pada keluargaku dan teman-temanku. Aku pingin sekali diri ini tetap dalam kebaikan, aku pingin sekali diri ini jauh dari perbuatan dosa silam. Aku ingin berubah. Namun acapkali juga aku jatuh lemah. Aku bangkit, jatuh lagi. Bangkit, dan jatuh lagi. Aku rasakan ingin lari, ingin mati, ingin pergi dari kehidupan ini. Tapi, aku tahu itu semua pasti tidak mungkin. Aku tiada jalan lain, melainkan untuk terus belajar bangkit, walau telah berjuta kali jatuh. Kerana hanya itu sahaja jalan yang aku, dan kamu ada.
Di sini juga akan ku kongsikan sedikit sebanyak kisahku, pengalaman-pengalaman yang telah ku lalui. Kerana aku tidak betah menyimpannya lagi. Aku tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi seorang diri. Aku tidak kuat. Inilah diriku, yang dalam fasa memperbaik diri. Sebab itu jugalah aku amat berharap pada kalian yang membaca blogku ini, agar memahami niatku ini. Kerana aku tahu kelemahan diriku, lalu inilah cara yang terbaik untukku. Kepada kalian yang sudi, dengan rendah hatinya ku mohon sudilah menasihati dan menunjuk ajar diri yang kerdil ini. Muga kebaikan kalian di rahmatiNya.Aku, which is nobody...
(13 okt 2011)
Aku berasa malu pada diri
Betapa tipis dan rendahnya iman
Muga2 masa kini dan hadapanku
Lebih beriman dan diwarnai dengan hanya keimanan
InsyaAllah
:)
*****
2011
2. september
3. august
4. july
5. june
6. may
7. april
8. march
9. february
10. january
2010
1. december
2. november
Sekian dahulu masa laluku...
buang yang keruh, dan ambil yang jernih...
go go chaiyuk !
go go chaiyuk !