Sebenarnye banyak je nak share... pasal tayar , alignment and balancing, minyak hitam, radiator, minyak brek, komponen-komponen kereta dan juga jenis-jenis servis yang perlu kita buat. Tapi memandangkan aku sedor diri aku nih, biarlah orang yang lebih arif ceritakan. Hasil pembacaan tentang semua benda tu, aku dah buat nota dan jadual untuk major servis. Alhamdulillah, puas hati rasa :)
Muga dengan itu, aku lebih arif pasal kereta aku dan tahu mana yang patut di ganti pada km yang ke berapa... kalau tak tahu, nanti kena tipu. Aku dah pernah kena masa hantar servis kali 3, ada ke aku boleh setuju nak tukar 1 spark plug dengan harga rm 43.40. Bengong. Heh...itu pun aku baru sedar masa aku buat ulangkaji pasal kereta nih, which is dekat 1 tahun lebih dari tempoh kejadian.
( selepas aku semak balik bil servis yang lepas dalam fail kereta aku)
Padahal spark plug tukar every 20 000km. Pastu bukan tukar 1 unit je. 4 unit sekali. 4 unit tu pun baru rm 38...tak sampai pun rm 43.40...isk isk isk...itulah padahnya kalau tiada ilmu.
Dari itu, mari kita tingkatkan ilmu kita dari masa ke masa agar tidak di perbengongkan oleh orang yang tak bertamadun. Huhu...
At least amik tahu lah time bile kena tukar ATF(auto transmission fluid), minyak brek, timing belt, fuel filter dan air filter...dan yang seangkatan dengannya.
Part yang best, nak share adalah tentang penjimatan bahan api ^^
1. Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunakan lebih banyak bahan api. Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.
2. Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.
3. Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%
4. Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat. (Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik". --> part ni, aku sendiri tak faham ape nilai fizik di sebaliknye...)
5. Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.
6. Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)
Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%
7. Secara Umum (General Advice)
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan penggunaan minyak.
8. Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
sumber asli :
EXTRA TIPS
*Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.
*Amalan hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.
Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.
Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit.
Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.
*Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.
*Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.
*Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.
"Specially for my baby"