Saturday, November 27, 2010

Kecewa

Aku masih ingat di saat aku berjanji dengan diriku
Segar bugar waktu itu
Bangkitlah wahai pemuda konon ...

Aku dapati, semenjak azamku untuk berubah
Terdapat beberapa detik aku tersungkur jugak
Susah benar nak melawan nafsu ni
Tambah-tambah untuk aku yang dah pernah melalui keindahan bercinta
Hurm...
Perit jugak melalui kehidupan ni sorang-sorang
Takde tempat bermanja, nak mengadu...
Bestnya kalau aku tak pernah bercinta
Taklah aku rasa sunyi sampai macam ni
Aku memang respect habis kat kengkawan aku yang sampai hari ni
Tak pernah bercinta
Tak tahu pun rasa cinta
Keindahan di lamun cinta
Rasa rindu nak jumpa
Rasa rindu nak bergayut setiap malam
Rasa rindu untuk segalanya

Hurm...
Jujur, aku kecewa
Kecewa amat dengan diriku
Aku tahu apa yang aku buat ni salah
Aku tak patut ada lagi rasa rindu
Rasa ingin bercinta
Semua tak patut
Aku wajib menggunakan waktu muda ini sebaiknya
Bukan tenggelam dengan angan-angan mat jenin aku
Owh Tuhan...
Aku kecewa
Dahlah minggu ni datang bulan
Dengan taklimat SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) yang buat rasa nak lari
Dengan encik yang slow and steady
Rasa tertekannya
Astaghfirullah

Entahlah...
Aku akui 
Aku mahukan teman
Teman hidup

Tapi aku juga tahu
Aku tidak bersedia lagi
Boleh ja nak kawen after habis exam ni
Tapi aku tak berani
Kalau ikut nafsu, nak kawen terus ja
Tapi memikirkan tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoal kelak
Kecut perut jadinya
Bab kawen ku letak jauh dari matlamat hidup aku sekarang

Tapi entahlah
Sukar
Sukar 
Sukar amat menahan perasaan ini
Aku tidak mahu percuma ja aku buat dosa kering
Ada ke aku berani call encik tu?
Tapi aku setakat dengar die cakap "hello" je lah
Pastu aku letak...tak berani
Tak sanggup aku nak buat dosa baru..heh --> konon :p
Dunia sekarang amat mencabar
Di sana sini ada ja dugaannya
Aku tak tahu sekuat mana iman aku ni ...muga Allah lindungi dan pelihara aku
Baik kawen ja kan
Dari bercinta berdating bagai
Takde halangan dah pun
Dah habis belajar...mak ayah memang bagi green light
Encik pun kata dia ada plan nak kawen dalam 2 tahun ni
Semua pun macam ok ja
Tapi kalau pengantin perempuannya rasa tak ok
Camne majlis nak berlangsungkan?

Huhuu
Adeh...aku nih
Nak kawen, tapi tak berani
Tak nak kawen pun tak berani jugak

Ape patut aku buat?
muga-muga cepat lah habis datang bulan ni... rindu nak solat ^^

erm...
yang paling dekat di hatiku sekarang...


Aku nak kawen, untuk menjaga diri dan agamaku


kalian camne?
heh ^^

Aku teringat pesan seorang kakak...

"adik, sebagai manusia kita memang takkan pernah sunyi dari ujian dan dugaan...satu ja yang paling penting, walau apa pun terjadi...adik mesti jaga hubungan adik dengan Allah"

 Patutlah bengong minggu ni...konon sibuk...quran tak bertengok...mathurat tak baca...asik lalai...leka dengan dunia...astaghfirullah...patut senang ja tewas dengan pakcik setan...isk isk T__T




1 comment: