Sunday, October 31, 2010

sesak

tidur
bangun
menangis
tengok tv
tidur
bangun
menangis
termenung
browsing blog
tidur
menangis
***
hati sesak
dada sempit
mata bengkak
otak sakit
benar, diri ini siksa kerana cinta
owh, adakah aku saja yang alaminya
ku rasakan
amat sesak
semua serba tak kena
buntu tak tahu nak buat apa lagi
baca blog orang pun siap nangis sebab jeles
tahap cipan betul emo malam ni
fuuuuhhhhh

nak lari ***

Saturday, October 30, 2010

mixed feeling

Selasa lalu aku mendapat panggilan dari dia.
Dia yang selama ini selalu memberi perhatian kepadaku.
Aku keliru.
Samada harus mengikuti tawarannya, atau tidak.
Keluar berdua bersamanya???

Owh tak mungkin.
Dia sudah berpunya.
Dia sudah berpunya.
Dan paling penting, Allah tak bagi !

Lalu aku menolak ajakannya.
Hati rasa berat.
Rasa pilu.
Kenapa wujud perasaan ini untuknya?
Kenapa ???

Aku telah menginsafi masa laluku.
Aku tahu tiada cinta tanpa ikatan pernikahan.
Aku tahu.


Tapi mengapa perasaan ini sering datang mengganggu?
Acap kali sudah ku ingatkan diri ini.
Semua sudah ku buat.
Dia hubungiku, ku katakan tidak.
Dia mengajakku, ku katakan nggak.
Malah saat diriku ingin menghubunginya, juga berfikir berjuta kali


Baru aku faham, sukar benar untuk menggapai syurga
Baru aku faham, betapa syurga itu hanya buat mereka mereka yang layak
Baru aku mengerti, kejayaan melawan nafsu itu sesuatu yang paling bererti dalam hidup ini


Ya Allah, tolong aku
Bantu aku
Lindungi diriku
Sukar sungguh untuk menggapai cintaMu
Mencari redaMu
Bantu aku untuk taat pada perintahMu
Kuatkan aku dengan kekuatan dariMu
Aku mahukan cintaMu... keredaanMu

Andai benar pernikahan yang terbaik untukku dalam menjaga hati dan diriku, maka permudahkanlah diriku untuk memperolehnya...demi reda dan cintaMu



                                                          ***


 

Thursday, October 14, 2010

Syurga Cinta

Malam ini rasa sedikit berbunga di jiwa
Hati bahagia dan tenang
Sedikit sebanyak dari filem yang di tonton baru sekejap tadi
Memberi pencerahan 


S-Y-U-R-G-A-C-I-N-T-A

Aku tahu aku pernah melalui perit dukanya bercinta
Hingga merasakan amat perit untuk bercinta lagi
Melayari blog blog wanita yang telah berumahtangga
Sedikit sebanyak menerbitkan rasa cemburu
Bukan pada mereka
Tapi lebih kepada keinginan diri untuk berumahtangga
Dan memiliki sebuah syurga cinta

Entahlah, hati teringin nak kahwin
Tapi layakkah?
Sifat manja pun tak habis buang lagi
Urus diri pun tunggang langgang
Ilmu agama pun cetek
Iman apatah lagi senipis bawang


Sudah cukup sediakah aku bergelar seorang isteri ? Ibu?
Bekal apa yang aku ada?
Nak ajar anak ngaji? Solat? 
Nak terapkan akidah lagi...
Mampukah aku?

Hohoho...jangan perasan lah aku ni dah boleh nikah
Buku tanggungjawab suami isteri, kekeluargaan pun tak khatam lagi
Buku yang aku rasakan aku wajib baca, dari John Gray juga belum beli lagi
Ada hati tu teringin nak kahwin ?
Kui kui kui...

Seperti yang di sarankan oleh banyak pihak, aku memang wajib baca buku ini. Sepanjang hidupku, kira 2 kali aku dah pernah gagal bercinta. So kira aku ni belum paham-paham lagi lah kan kaum adam ni?

Aku masih belum kongsikan pengalaman cinta pertama aku yang lebih tragis. Nantilah, mungkin ada rezeki nanti...akan ku kongsikan.

Cuma malam ni rasa teringin nak kahwin. Mesti best dapat mencurah kasih sayang, memiliki cinta halal. Khusus buat teman-teman yang telah berumatagga, muga kalian menjadi isteri solehah dan ibu mithali.

Antara keinginan dan kehendak

Sewaktu aku kelelahan, kesedihan, kelukaan dan keperitan
Hadir seorang makhluk Tuhan 
Yang amat perihatin ke atasku (ke aku perasan jer? muahahaha...)
Dahulu aku sering kali tidak pedulikan massage atau panggilannya
Langsung aku tidak menghargai dia
Tapi kehadirannya di sisiku, di saatku amat membutuhkan teman tempat mengadu
Membuat aku amat bergantung padanya

Kepadanya ku luahkan masalahku, perasaanku, kekecewaanku, kerinduanku pada kekasihku
Kepadanya aku meminta nasihat, pandangan dan harapan
Dan hari demi hari ku rasakan hatiku begitu dekat dengannya
Bergayut bersamanya, menghilangkan kegundahan hati
Bersamanya, ku rasakan terubat luka dan sedikit bahagia

Aku tahu dia sudah berpunya
Aku kadang-kadang merasa cemburu pada aweknya
Kerana dia sangat setia dan sayang pada aweknya
Apabila berbual denganku, tepat masa untuk call aweknya, dia akan menamatkan perbualan kami. Malah lagu yang dinyanyikan untukku juga terhad, tidak seperti aweknya.
Aku tahu aku tidak patut merasakan begitu
Namun, keperihatinannya terhadapku membuatku ingin sekali dekat dengannya
Tapi pasti tidak mungkin
Kerana aku juga menyayangi aweknya sebagai temanku walau aku tidak kenal
Aku tidak mahu melukai hati aweknya
Kerana aku tahu betapa siksanya kelukaan

Lalu aku mula menjarakkan diri
Kerana aku takut hati ini benar-benar ingin dekat dengannya
Sekali lagi aku keseorangan
Hari-hariku buntu, pilu dan dalam kesedihan
Di saat aku terdetik untuk menghubunginya
Di saat aku mula merasa rindu untuk berbual dengannya
Dia muncul
Menghubungiku bertanya kabar
Seakan dia tahu aku teringatkannya
Aku tahu dia anggap aku sekadar teman
So untuk meneutralkan perasaanku, aku menganggapnya sbg abang angkatku
Mulai itu, kami selesa bersama
Dia, ku panggil "bro"
Dan dia juga selesa. Malah sanggup untuk menjadi abg angkatku


Waktu berlalu, aku semakin manja dengannya
Dia seorang lelaki yang baik, perihatin dan penyayang
Acap kali juga aku harus mengingatkan hatiku akan siapa dia

Aku amat merasai kasih sayangnya

Aku amat merasai hangatnya perasaan itu

Mungkinkah aku tersuka kan dia?



Huhuhu... tak mungkin. Aku mungkin selesa bersamanya kerana dia amat memanjakanku
Namun, hatiku ini masih mencintai dan merindui kekasih yang meninggalkanku
Aku telah jujur padanya bahawa aku mempergunakan dia untuk melupakan kekasihku
Dia setuju dan sanggup
Aku amat terharu...mungkin sebab itu aku suka padanya

Hubungan kami amat rapat
Saling berkongsi cerita
Aku merasakan amat istimewa dan di hargai
Dia benar-benar menawan hati
Memang sangat memanjakanku

Hatiku mula gundah

Celaru
Keliru
Antara keinginan dan kehendak

Aku tahu aku harus bertindak
Kerana aku khuatir susah di bendung kehangatan perasaanku ini
Aku sekali lagi menyepikan diri


Alhamdulillah kehadiran ramadhan yang lalu banyak membantu
Hatiku sedikit kuat untuk meninggalkan semua perkara mustahil ini
Semua perkara terlarang ini
Kepadanya, ku jelaskan hasratku
Kepadanya, ku nyatakan penghargaanku selama dia di sisiku
Kepadanya, ku akui perasaan "sayangku sbg adik kepada seorang abang"
Kepadanya, ku meminta diri untuk pergi selamanya
Kepadanya, ku mohon untuk mengizinkan ku bertatih sendiri 

Perbualan akhir kami malam itu ...

You larilah, bila dah penat I akan ada untuk beri you air
Tidak ! I akan lari jauh, dan bila penat I akan beli  air I sendiri
Tak boleh, I sebagai pengajur perlumbaan tidak benarkan you beli sendiri
Kalau macam tu, I akan lari tak henti-henti
Tak boleh, nanti you penat. Takpe, you larilah. Berlarilah. I akan selalu ada untuk you. Beri you air. 
No no no. I tak nak. You tak payah susah-susah. Pedulikan I. Kalau I penat, dah nak mati ke, you tak perlu ambil tahu. You biar I bertatih sendiri.

Tidak. I akan selalu ada untuk you dan beri you air. Hingga you selamat sampai ke garisan penamat.
Kalau I tak nak lari, tapi nak berjalan bersama-sama dengan pemberi air tu boleh ke?
Erm... tak boleh. 
Nape?
Sebab pemberi air itu sudah ada orang yang beri air untuk dia pulak
Ok, fine. Kalau macam itu, you just let me go. I akan lari tak henti-henti, tanpa toleh ke belakang lagi. Mukatamad.

.
..
...

Buat seketika, aku kelu. Dia juga. Perbualan kami terhenti. Suasana hening menyelubungi.
Dan deras air mataku mengalir. Pingin sekali aku memilikinya. Mengapa dia begitu perihatin padaku? Kenapa dia terlalu ambil berat akan hal diriku?

Baiklah, I undur diri dulu. I harap you maafkan semua salah silap I pada you selama ini. Maaf telah gunakan you untuk kepentingan diri I. Thanks untuk kebaikan you selama ini. I amat hergainya. Now, biar I bertatih sendiri.

I akan lari, dan I sendiri akan beli air bila I penat. You, just please let me go. I takkan cari you lagi, takkan hubungi you lagi. I tekad.
Fine. Up to you lah. I tak boleh paksa. 
...

One last song for me please

Dan air mata ini terus mengalir laju saat mendengar lagu yang amat menyentuh hati
Yang dinyanyikan untukku
Benar, aku mula menyukainya
Dan benar juga bahawa aku sedar siapalah diriku
Lalu inilah yang terbaik buat kami

P.E.R.P.I.S.A.H.A.N

Dia tetap miliki tempat istimewa di relung jiwa dan kamar hatiku
Tidak seistimewa tempat kekasihku, namun cukuplah sebagai tanda penghargaanku untuknya... Muga dia dan aweknya bahagia
 
Antara keinginan dan kehendak
Antara pelari, pemberi air dan garisan penamat












Wednesday, October 13, 2010

Kesetiaan


Aku ingin berkongsi kisahku. Kisah masa laluku. Yang masih baru, lukanya masih segar dan berdarah. Aku ingin meluahkan, agar hati ini sedikit lega dan tenang.
Kisahku dan dia.
(mungkin poyo bagi sesetengah orang...huhu... tapi aku just nak kongsi)

Tanpa aku rancang, tanpa aku ingini, tanpa aku sedari,
aku telah membiarkan hati ini sekali lagi memasuki alam maya yang indahnya cuma seketika.
Aku tidak mengenalinya. Aku tidak tahu asal usulnya.
Yang aku tahu hanyalah namanya.
Aku berhubung dengannya atas urusan keluarga, namun entah bagaimana hati ini terlalu lemah dan lalai, hingga aku tersentuh dengan pujuk rayunya.
Darinya, aku peroleh kekuatan dan keyakinan untuk melalui alam itu sekali lagi, walau aku dah pernah bertekad untuk tidak lagi termasuk dalam golongan bodoh.

Hatiku di curinya.
Jiwaku di belainya.
Hidupku hanya mengimpikan dia.
Anganku bersamanya.
Malamku memimpikannya.
Hari-hariku gembira bersamanya.
Hujung mingguku penuh menemuinya.
Hingga diriku hanya mementingkan dia.

Aku tewas. Aku kalah.
Aku telah jatuh cinta sekali lagi.
Aku benci untuk mengakui, aku rasa bodoh untuk melaluinya lagi.
Namun, sukarku ungkapkan perasaan itu.

Ia memang indah.
Dan aku amat merasakan kebahagiaan.
Dan aku kira dia amat bertuah, kerana aku mencintainya.
Aku tahu dia juga mencintaiku.
Kami melalui saat-saat indah bersama.

Namun, semuanya tidak seindah yang di sangka.
Semakin lama, perangai masing-masing terserlah.
Kami mula saling mengenali, memahami perangai masing-masing.
Yang baik, jugak yang buruk.
Dia dgn keburukannya, aku dgn keburukanku.

Mulai detik-detik itu, kami sering selisih faham.
Hingga akhirnya dia menengking dan memaki hamun diri ini.
Luluhnya hati ini, hancurnya jiwa ini di marah sebegitu oleh insan yang di sayangi.
Hanya kerana sifat manjaku dan ketidakstabilan emosiku.
Kebergantunganku kepadanya. Keutamaanku untuknya.
Kelemah lembutan, hormatku untuknya.
Semuanya serba tidak kena.
Semuanya dia tidak suka.
Menyampah katanya.
Aku bingung. Aneh. Pelik.
Mengapa wujud lelaki sebegini?
Yang menyampah pada seorg perempuan bersifat sepertiku?
Aku mungkin salah sebab aku manja, bergantung padanya dan tidak stabil emosi.
Tapi salahkah aku untuk berlemah lembut, mengutamakannya dan menghormatinya?
Bersamanya, aku selalu melatih diriku untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya.
Tidak pernah aku membangkang kehendaknya, meninggi suara padanya.
Dalam banyak hal, aku menurutinya selayaknya seorang suami.
Masih salahkah aku?
...

Aku pernah cuba untuk perbaik hubungan kami, tapi acapkali gagal.
Dia terlalu menyampah. Dan aku pula susah membuang sifat manjaku kerana telah puluhan tahun aku dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan kemanjaan. Kerana cinta padanya, aku menggagahkan diri untuk memujuknya. Datang dari jauh berpuluh-puluh kilometer untuk memujuknya. Namun tidak diendahkan. Pulang aku dengan keremuakan. Kerana sayangku padanya, aku menguatkan diri untuk memicit butang handphone. Berpuluh, malah ratus message dan panggilan aku lakukan untuknya. Namun tidak dipedulikan. Kalau nasib baik, maki hamun aku dapat sebagai habuan.
Keluluhan, kehancuran, keretakan hati ini hanya Tuhan yang tahu.
Akhirnya, setelah terlalu lama berselisih faham, dia meninggalkanku.
Menamatkan percintaan kami.
Memungkiri segala janji untuk hidup bersama.
Permintaanku untuk sekadar menjadi teman, di tolaknya mentah-mentah.
Yang di pinta, adalah 
" aku tak nak ada kena mengena dengan kau. jangan hubungi aku lagi"
















Aku pernah cuba membalas sakit hatiku di maki hamun, menyakiti dan melukainya.
Aku ingat hati aku puas membalas dendam.
Aku menuntut hutangku darinya, walau aku tahu dia tidak mampu bayar.
Aku desak, aku ancam, aku maki hamun dia balik.
Hingga akhirnya dia menuruti kehendakku, membayar hutang secara ansuran setiap bulan.
Aku terdesak, kerana aku juga memerlukan wang.
Duit simpananku habis, ku beri padanya untuk dia beli barang yang dah lama dia mahukan.
Hingga kini, aku terpaksa mencatu makananku. Menahan membeli barangan keperluanku.
Kerana aku tiada wang.
Namun, tanggapanku salah.
Aku turut luka melihatnya tersiksa. Aku tidak sampai hati memaksa dan mendesaknya.
Kerana aku masih mencintainya.
Akhirnya, aku katakan bayarlah apabila dia mampu.
Walaupun aku tidak makan, tidak berbelanja.
Kerana aku ingin dia bahagia.
Aku tidak mahu dia berduka dan serabut dengan hutang-hutang.

Walau hati ini sakit dan pedih ditinggalkan, aku memilih untuk mengikut kehendaknya.
Biarlah, asal dia bahagia.
Bahagia, walau tanpa aku di sisinya.
Bahagia, walau aku derita dan tersiksa.

Cukuplah, hati ini mencintainya setulusnya.
Mencintai walau bukan memiliki.

Darinya, aku belajar untuk kuat.
Darinya, aku belajar untuk menstabilkan emosi.
Darinya, aku belajar untuk matang (tidak manja).
Darinya, aku tahu bahawa...

Aku seorang wanita yang setia pada cinta

Dengan cintanya, aku menggagahkan diri meneruskan hari mendatang
Dan cintanya terus tersemat di hatiku ini
Ku maafkan segala kekejamannya terhadapku
Kerana hati ini masih miliknya



permulaanku ...


Akhirnya aku nekad untuk menulis blog. Ini bukan untuk siapa-siapa atau apa-apa. Tapi, adalah untuk diriku. Aku ingin blog ini menjadi teman suka duka ku. Aku ingin dari blog ini menjadi motivasi untuk ku terus memperbaik diri. Kerana aku amat lelah dan hampir putus asa dengan kehidupan ini. Acap kali aku memikirkan kematian. Pelbagai jalan dan cara telah ku buat dan ku lalui, namun masih tiada hasil. Aku masih di takuk lama. Aku malu pada diriku, dan pada Tuhan yang telah menciptakanku. Aku malu pada keluargaku dan teman-temanku. Aku pingin sekali diri ini tetap dalam kebaikan, aku pingin sekali diri ini jauh dari perbuatan dosa silam. Aku ingin berubah. Namun acapkali juga aku jatuh lemah. Aku bangkit, jatuh lagi. Bangkit, dan jatuh lagi. Aku rasakan ingin lari, ingin mati, ingin pergi dari kehidupan ini. Tapi, aku tahu itu semua pasti tidak mungkin. Aku tiada jalan lain, melainkan untuk terus belajar bangkit, walau telah berjuta kali jatuh. Kerana hanya itu sahaja jalan yang aku, dan kamu ada. 

Di sini juga akan ku kongsikan sedikit sebanyak kisahku, pengalaman-pengalaman yang telah ku lalui. Kerana aku tidak betah menyimpannya lagi. Aku tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi seorang diri. Aku tidak kuat.  Inilah diriku, yang dalam fasa memperbaik diri. Sebab itu jugalah aku amat berharap pada kalian yang membaca blogku ini, agar memahami niatku ini. Kerana aku tahu kelemahan diriku, lalu inilah cara yang terbaik untukku. Kepada kalian yang sudi, dengan rendah hatinya ku mohon sudilah menasihati dan menunjuk ajar diri yang kerdil ini. Muga kebaikan kalian di rahmatiNya.

Aku, which is nobody...