Aku ingin berkongsi kisahku. Kisah masa laluku. Yang masih baru, lukanya masih segar dan berdarah. Aku ingin meluahkan, agar hati ini sedikit lega dan tenang.
Kisahku dan dia.
(mungkin poyo bagi sesetengah orang...huhu... tapi aku just nak kongsi)
Tanpa aku rancang, tanpa aku ingini, tanpa aku sedari,
aku telah membiarkan hati ini sekali lagi memasuki alam maya yang indahnya cuma seketika.
Aku tidak mengenalinya. Aku tidak tahu asal usulnya.
Yang aku tahu hanyalah namanya.
Aku berhubung dengannya atas urusan keluarga, namun entah bagaimana hati ini terlalu lemah dan lalai, hingga aku tersentuh dengan pujuk rayunya.
Darinya, aku peroleh kekuatan dan keyakinan untuk melalui alam itu sekali lagi, walau aku dah pernah bertekad untuk tidak lagi termasuk dalam golongan bodoh.
Hatiku di curinya.
Jiwaku di belainya.
Hidupku hanya mengimpikan dia.
Anganku bersamanya.
Malamku memimpikannya.
Hari-hariku gembira bersamanya.
Hujung mingguku penuh menemuinya.
Hingga diriku hanya mementingkan dia.
Aku tewas. Aku kalah.
Aku telah jatuh cinta sekali lagi.
Aku benci untuk mengakui, aku rasa bodoh untuk melaluinya lagi.
Namun, sukarku ungkapkan perasaan itu.
Ia memang indah.
Dan aku amat merasakan kebahagiaan.
Dan aku kira dia amat bertuah, kerana aku mencintainya.
Aku tahu dia juga mencintaiku.
Kami melalui saat-saat indah bersama.
Namun, semuanya tidak seindah yang di sangka.
Semakin lama, perangai masing-masing terserlah.
Kami mula saling mengenali, memahami perangai masing-masing.
Yang baik, jugak yang buruk.
Dia dgn keburukannya, aku dgn keburukanku.
Mulai detik-detik itu, kami sering selisih faham.
Hingga akhirnya dia menengking dan memaki hamun diri ini.
Luluhnya hati ini, hancurnya jiwa ini di marah sebegitu oleh insan yang di sayangi.
Hanya kerana sifat manjaku dan ketidakstabilan emosiku.
Kebergantunganku kepadanya. Keutamaanku untuknya.
Kelemah lembutan, hormatku untuknya.
Semuanya serba tidak kena.
Semuanya dia tidak suka.
Menyampah katanya.
Aku bingung. Aneh. Pelik.
Mengapa wujud lelaki sebegini?
Yang menyampah pada seorg perempuan bersifat sepertiku?
Aku mungkin salah sebab aku manja, bergantung padanya dan tidak stabil emosi.
Tapi salahkah aku untuk berlemah lembut, mengutamakannya dan menghormatinya?
Bersamanya, aku selalu melatih diriku untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya.
Tidak pernah aku membangkang kehendaknya, meninggi suara padanya.
Dalam banyak hal, aku menurutinya selayaknya seorang suami.
Masih salahkah aku?
...
Aku pernah cuba untuk perbaik hubungan kami, tapi acapkali gagal.
Dia terlalu menyampah. Dan aku pula susah membuang sifat manjaku kerana telah puluhan tahun aku dibesarkan dgn penuh kasih sayang dan kemanjaan. Kerana cinta padanya, aku menggagahkan diri untuk memujuknya. Datang dari jauh berpuluh-puluh kilometer untuk memujuknya. Namun tidak diendahkan. Pulang aku dengan keremuakan. Kerana sayangku padanya, aku menguatkan diri untuk memicit butang handphone. Berpuluh, malah ratus message dan panggilan aku lakukan untuknya. Namun tidak dipedulikan. Kalau nasib baik, maki hamun aku dapat sebagai habuan.
Keluluhan, kehancuran, keretakan hati ini hanya Tuhan yang tahu.
Akhirnya, setelah terlalu lama berselisih faham, dia meninggalkanku.
Menamatkan percintaan kami.
Memungkiri segala janji untuk hidup bersama.
Permintaanku untuk sekadar menjadi teman, di tolaknya mentah-mentah.
Yang di pinta, adalah
" aku tak nak ada kena mengena dengan kau. jangan hubungi aku lagi"
Aku pernah cuba membalas sakit hatiku di maki hamun, menyakiti dan melukainya.
Aku ingat hati aku puas membalas dendam.
Aku menuntut hutangku darinya, walau aku tahu dia tidak mampu bayar.
Aku desak, aku ancam, aku maki hamun dia balik.
Hingga akhirnya dia menuruti kehendakku, membayar hutang secara ansuran setiap bulan.
Aku terdesak, kerana aku juga memerlukan wang.
Duit simpananku habis, ku beri padanya untuk dia beli barang yang dah lama dia mahukan.
Hingga kini, aku terpaksa mencatu makananku. Menahan membeli barangan keperluanku.
Kerana aku tiada wang.
Namun, tanggapanku salah.
Aku turut luka melihatnya tersiksa. Aku tidak sampai hati memaksa dan mendesaknya.
Kerana aku masih mencintainya.
Akhirnya, aku katakan bayarlah apabila dia mampu.
Walaupun aku tidak makan, tidak berbelanja.
Kerana aku ingin dia bahagia.
Aku tidak mahu dia berduka dan serabut dengan hutang-hutang.
Walau hati ini sakit dan pedih ditinggalkan, aku memilih untuk mengikut kehendaknya.
Biarlah, asal dia bahagia.
Bahagia, walau tanpa aku di sisinya.
Bahagia, walau aku derita dan tersiksa.
Cukuplah, hati ini mencintainya setulusnya.
Mencintai walau bukan memiliki.
Darinya, aku belajar untuk kuat.
Darinya, aku belajar untuk menstabilkan emosi.
Darinya, aku belajar untuk matang (tidak manja).
Darinya, aku tahu bahawa...
Aku seorang wanita yang setia pada cinta
Dengan cintanya, aku menggagahkan diri meneruskan hari mendatang
Dan cintanya terus tersemat di hatiku ini
Ku maafkan segala kekejamannya terhadapku
Kerana hati ini masih miliknya
No comments:
Post a Comment