Monday, March 28, 2011

Major service 80 000km

Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai major service for 60k
Now, looking forward to 80k

So buat homework sikit 
Sebagai tambahan kepada homework yang lepas :

Ku catit di sini buat rujukan ku kelak
Terutama rupa benda alah yang asing ku lihat
Simple, but sweet note for young lady like me ^^

Difference between oil and fuel filter :
basic function as a filter, just one filter oil(minyak hitam), and the other one fuel(minyak petrol)


 










lebih kurang serupa je oil/fuel filter ni; difference in postion, oil filter in bottom of the engine...while fuel fliter can be in tank,under car or on engine


Ini pulak adalah gasket + drain plug
Kene change every time change oil

Lain-lain untuk ingatanku
 
air filter
spark plugs

p/s: for my lovely baby ^^

Monday, March 21, 2011

hidup ini sebuah pilihan

melalui detik detik persimpangan hidup ini
yang ku rasakan payah, susah dan penuh gundah
aku pernah dan sudah dan mungkin sedang melalui
fasa-fasa di mana kehidupan ini umpamanya seperti binatang
ya binatang
itu yang kawanku sebutkan lewat panggilannya petang tadi

seusai tamat perbualan kami
ku telusuri balik setiap kata-katanya

manusia ini, perempuan especially; mempunyai 9 nafsu dan 1 akal
betapa lemahnya perempuan ini, andai terus terus mengikut nafsu
samalah seperti binatang
yang hidupnya tanpa arah tujuan
hanya makan tidur mengawan bertelur beranak
ada pendengaran tapi tak di gunakan untuk mendengar seruanNya
ada penglihatan tapi tak di gunakan untuk melihat kebesaran ciptaanNya
ada akal tapi tak di gunakan untuk berfikir tentang kehidupan dan penciptaannya
dan paling penting...
mempunyai hati tapi tak di gunakan untuk memahami erti sebuah kehidupan
melalui ayat-ayatNya yang suci

aku baru sedar
hidupku memang seperti binatang
malah lebih teruk dan hina lagi
kerana aku umpama binatang ternak !

apa beza binatang dan binatang ternak?
sangat jauh bezanya
binatang
sangat berdikari
mencari makan
tempat tinggal
sangat percaya dan yakin diri
tahu bahaya di sekeliling
tahu selamatkan diri
tahu survival skill !

tapi, seekor binatang ternak itu
di siapkan makan
di beri tempat tinggal
tidur makan mengawan beranak
sampai masa di sembelih
huh !

memang hangin dengar 
panas cuping telinga aku
tangan pun rasa ringan ja nak melayang
tapi, adat orang mencari nasihat
kenalah dengar walau pedih mana sekalipun kan ?
benar,
benar,
dan amat benar kata kawanku itu
tak dapat ku sangkal
semua kata-katanya
memang tepat kene hidung mancungku

hidup ini sebuah pilihan
setiap tahun
setiap bulan
setiap minggu
setiap hari 
setiap jam
setiap minit
setiap masa
setiap detik
merupakan sebuah pilihan

semudah hari ini nak bangun pukul 6 ke 6.01 minit
baju kurung ke baju seluar
sarapan ke tidak
ceria ke monyok
even untuk kentut pun boleh pilih nak tahan ke nak lepas kuat-kuat

aku sedar
aku telah terlalu hanyut
terlalu mengikut perasaan
terlalu emosi
keterlaluan amat
aku telah mengabaikan hidupku
apatah lagi hak-hak yang di tuntut ke atasku

aku tahu
aku tenggelam dalam dunia ciptaanku sendiri
aku lemas kerana sepi dan sunyinya duniaku
aku tersiksa kerana terlalu emosi

ya
aku terlalu emosi
itulah yang dapat di simpulkan hasil renungan dan nasihat 
teman rapat mahupun jauh

memang hidup ini sebuah pilihan
nak islam ke kafir
nak tutup aurat ke tak
nak solat ke tak
nak couple ke tak
nak kerja ke tak
nak si A ke si B
nak kahwin ke tak
nak beranak ke tak
semuanya adalah pilihan

dan sememangnya tuhan maha baik
maha penyayang
di hamparkan pilihan-pilihan yang ada
dari yang baik ke yang buruk
pilihlah, pilih dan pilihlah

namun atas dasar apa aku mahu memilih?
sekali lagi tuhan maha baik
maha sweeeeeet
sebab Dia dah beri buku panduan
sebuah manual kehidupan
seperti mana bila beli benda baru seperti kereta, PS3, wash-in-machine, antivirus
semua di sertakan buku panduan
nak pakai ke nak guna benda tu, kena rujuk buku panduan
kalau jadi pape, rujuk buku panduan
semua kembali ke buku panduan

malah kadang-kadang
kalau bukan buku pun
cukup sekadar 
sekeping kertas atau notis 
panduan tentang penggunaannya
contoh paling ringkas dan mudah adalah tandas duduk
kadang-kadang kita boleh 
tengok kat dinding 
cara yang betul gunakannya
semudah berak/kencing pun
ada manualnya
ada panduannya









dan ia tidak berhenti di situ
di sertakan juga sebab akibat
dari tidak menggunakan atau mengikut panduan
yang ditetapkan

begitulah kehidupan...

pilihan pilihan di hamparkan
semua ada boleh pilih ikut suka
tiada paksaan mahupun ugutan

manualnya telah di beri
itulah dia Al-Quran
siap bonus lagi
ada kisah nabi2 dan sahabat
sirah sebagai panduan
apa-apa terjadi
kembalilah pada manual itu
rujuk dan hayati
serta amalkan dalam kehidupan



maka..
inilah masa untuk memilih bagaimana harus sebuah kehidupan ini diteruskan


Ya Allah...
bantulah aku, tunjukkan aku jalan yang tepat buat hidupku...
 





KeLiRu 2

Dan hatiku amat bergetar
Dengan ketulusan cinta seorang lelaki
Yang pernah hadir dalam hidupku

Air mata laju menghayati bait-bait lirik lagu kedua 
Yang menggambarkan kata hatinya



Betapa benar
Kehidupan ini tidak mudah
Dan seringkali ujian yang mendatang
Membuat aku lemah dan kalah
Dan aku turut merasa takut
Adakah aku akan terus terus begini
Janganlah setiap ujian ini membawa aku jauh dariNya
Janganlah aku tersungkur jatuh saat jalan menujuNya cerah terbentang


Benarlah, syurga itu hanya buat mereka yang layak...


Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang Engkau redai
tetapkanlah yang terbaik buat kami
Seandainya Dia jodohku
Lembutkanlah hatiku untuk menerimanya
Satukanlah kami dalam ikatan pernikahan yang barakah
Kuatkanlah kami
Bantulah kami
Dalam mencari keredaanMu
Satukanlah kami kerana cinta padaMu

KeLiRu

Dalam tempoh pertapaanku ini
Banyak sekali dugaan datang menyinggah
Satu demi satu
Benarlah dunia ini hanya permainan dan senda gurau
Benarlah ujian itu datang untuk lihat sejauh mana keimanan
Keimanan pada akhirat yang abadi

Minggu lalu...
Aku dikejutkan dengan panggilan 
3.54 minit pagi Khamis
Aku biarkan
Namun masuk panggilan yang ke 4
Ku angkat jua (lemahnya aku)


Ya
Dia
Dia yang dahulu memaki hamun
Meninggalkan aku
Dan curang dengan perempuan lain
Kembali mencariku
(dia --> entry Hari Bengong Sedunia, cinta ke 3 )

Well
Aku kaget
Keliru apa harus dilakukan
Dia menginginkanku
Sebagai isteri !


Segala perbuatan dia yang lalu
Di terangkan satu persatu
Sebab musabab
Sebab akibat
Setiap persoalan aku
Di jawab dengan sabar dan tenang
Meski dia ego
Namun akhirnya dia kalah
Kalah kerana aku berjaya membuatnya tunduk padaku
Dia masih mencintaiku !


Aku keliru...
Hatiku gundah
Jiwaku goyah
Benar, aku rasa bahagia
Dia yang selama ini ku cintai telah berada di sisi
Datang menyerah


Kepadaku dia berjanji
Untuk berubah
Untuk menjadikanku permaisurinya
Cinta hatinya

Perlukah aku beri dia peluang?


Di saat ini
Aku amat keliru
Aku mencintainya
Tapi aku takut
Aku khuatir andai aku di lukai lagi
Aku trauma
Fobia
Baru aku tahu kenapa ada sesetengah artis yang aku minat
Sampai sekarang belum kahwin lagi
Memang benar
Peritnya parahnya bercinta
Membuat kita takut untuk bercinta lagi
Nak nak dengan orang yang mencederakan hati 


Aku keliru
Kepadanya ku katakan
Aku benci kaum Adam
Aku malas fikir
Dan aku lebih enak bersendiri
Aku mahu dia pergi 
Dan berbahagia dengan perempuan lain


Aku keliru
Dan hatiku bertambah sayu
Saat di utus gambarnya
Saat 2 lagu ikhlas di tujukan untukku...




Berderai jatuh air mataku
Tak tertahan lagi
Sayunya hati ini ...






Friday, March 11, 2011

Its the max

Sebelum terjadi apa-apa
Aku di sini ingin mencoret kisahku
Mungkin barangkali pengalaman ini sukar di dapati
Dan mungkin aku lupa once i've gone through it

Kepada mak,
Yang setiap masa risaukan aku
Menanya itu ini
Namun ku buat tak tahu
Sekadar menjawab
Baik mak
Ok mak
Takde pape mak

Kepada ayah,
Yang sibuk suruh aku makan
Makan nasi
Makan buah
Hingga akhirnya
2 hari ini dia mogok
Marah mungkin dengan aku
Sepatah pun tak mahu cakap dengan aku

Kepada adik-adik,
Hanya si kecil yang mampu ku layan
Kerana hanya dia yang putih bersih
Masih tak memahami keadaan
Hanya dunianya saja penuh hilai tawa kegembiraan

Adik-adik yang lain,
Cuba ku rapat seperti biasa
Namun mungkin kerana mereka semakin dewasa
Lelaki pulak
Bahasa dan perilaku mereka kasar
Baru sekejap nak bemesra dengan mereka
Udah keluar bahasa yang cepat benor buat hati terguris
Padahal kalau biasa-biasa aku ok ja
Maklum aja keadaan hati yang tak stabil
Mudah rapuh
Lalu cepat ku melarikan diri ke kamar
Sebelum berderai jatuh mutiaraku

Ya benar,
lewat hidupku kini
saban hariku di temani mutiara-mutiara kecil
saban waktu acap kali pipi mulusku basah
mudah sekali aku menangis


Aku tidak pernah merasakan satu situasi hidup yang dahsyat seperti ini
Aku tidak pernah buntu, bengong dan pilu sebegini
Ya, dulu mungkin pernah
Mungkin sama
Mungkin lebih teruk lagi
Hidup ku rasakan kosong amat
Tiada motivasi langsung
Bahkan untuk mengurus diri
Makan, mandi ...
Aku hanya tahu satu
Nangis
Dua
Tidur
Penat menangis, aku tidur
Penat tidur, menangis balik


Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah


Bukan aku tidak ingat Tuhan
Bukan aku tidak solat
Bukan aku tidak ngaji
Aku malah selalu merenung dan termanggu memikirkan hikmah kejadianku
Pencipataanku
Perihal tujuan dan kelangsungan hidupku


Namun acapkali tangisan mengakhiri
Atau aku tertidur sendiri


Betapa kosong
Pilu
Sedih
Apakah

Dunia tidak bermakna, kosong kosong kosong
Pernahkah sampai satu stage dalam hidup kalian merasa apa yang aku rasa
Anyway...What i feel, its hard to be explained in words

Aku kosong
Sehingga diriku rasa tidak bernyawa
Jantung tidak berdegup
Nafas sejuk memenuhi ruang paru-paruku
Tubuhku sekadar memenuhi ruang kosong bumi ini
Fikiran stagnant kekosongan
Dunia sekelilingku kosong
Dan amat kekosongan

Kepada insan yang menyayangiku,
Maafkan aku
Bukan niat aku untuk melukai kalian
Percayalah,
Aku lebih merana melihat kalian
Aku lebih sengsara terperangkap di situasi begini
Teruskan hidup kalian
Abaikan aku
Biarkan aku sendiri

Aku sayang kalian sepenuh hatiku

Di segenap jiwaku


-aku mahu tidur- 


Wednesday, March 9, 2011

Red Alert !!!

Aku tak mampu lagi
Tak tertahan
Ingin ku luahkan
Tak tahu nak cerita dekat siapa
Kembali aku ke blog curhat ini

Sikit lagi
Sikit lagi
Tak sampai sebulan lagi
Kenapa susah sangat untuk aku teruskan
Kenapa berat sangat untuk aku habiskan
Padahal hampir bertahun-tahun hidupku bergelumang dengannya
Berhari-hari
Berjam-jam
Bersaat-saat
Dan di saat saat ini
Aku ingin berhenti?
Masa kecederaan !
Silap langkah, tamat segalanya
Mak ayah
Pak cik mak cik
Adik adik
Sepupu sepapat
Kawan kawan

Owh tidak
Kalau aku
Aku ingin quit
Ingin berhenti
Ingin lari

Aku ingin memulakan hidupku sendiri
Mengapa perlu aku teruskan sesuatu yang aku benci
Yang aku tak yakin
Tak mampu
Semak fikiran

Tiadakah jalan keluar untukku?
Aku ingin mati
Tapi belum ajalku
( Sediakah aku )
Aku ingin lari
Tapi nak ke mana
Aku ingin semua ini tamat
Tapi bolehkah?

Owh Tuhan...
adakah aku di ciptakan begini
adakah aku looser?

jauh perjalananku untuk sampai di tahap ini
tapi kini
aku tak mampu teruskan lagi
apa pilihan yang ada

aku tak tahu
tak tahu
tak tahu

rasa nak mati
rasa hidup tak beerti
tiada makna
tiada tujuan
owh apakah ertinya aku masih bernafas
apakah ertinya setiap denyutan nadi
apakah ertinya kehidupan ku ini

aku mahu keluar hang out
aku mahu somebody
aku mahu ceritakan kisahku
aku mahu bercerita
tapi aku tiada siapa-siapa
kecuali Tuhanku

apa yang harus aku buat
bagaimana nak teruskan hidup
apa tujuan hidupku
ke mana arah tujuku

adakah begini sudahnya nasibku
aku tak tahu
tolong aku
tolong aku
bantu aku
pimpin aku
tunjukkan ku jalan
sudilah bersamaku
mengharungi detik sukar hidupku
aku tak mampu

astaghfirullah
aku tak mampu T__T