Wednesday, December 29, 2010

Tepu

Tengah siapkan homework yang memerlukan full concentration
Terasa otak tepu tahap maksimum
Kepala mula berdenyut
Jantung berdegup laju
Dengan semangat berkobar tinggi untuk siapkan petang ini jugak
Tapi aku tahu, tiada maknanya kalau siap tapi tak belajar pun dari assignment tu
Maka kena take 5
Sebelum kembali tekun bekerja
Homework siap, ilmu dapat

Tepu
Dengar jap lagu cerita kedai kopi
Rancak 
Blog walking jap
Menarik
Tak sangka ada gathering blogger
Rugi jugak tak joint
Tapi kalau joint pun
Tak reti
Kera sumbang aku nih
Heh^^

Tengok katil kat sebelah macam best
Hujan renyai-renyai pulak kat luar
Langsir kat tingkap bertiup seiring dengan dinginnya angin
Teringat pulak encik
Rindu mula terbit
Serasakan ingin sahaja kol and said
baby, i miss u !
OMG !
nop
that's can't happened
he's nothing
just a little human being

Mesti best kalau dah kahwin
Ada en hubby ^^
Bley manje2x (gatai ^^)


Erm...nape wujudnya peraturan?
undang-undang eh?

Tepu...
Sekali lagi Allah bagi peluang best
Kena amik mak dari pejabat :)

Driving is therapy , yeay !

chow bedah :D




 

Tuesday, December 28, 2010

Pesan dia

Sebab dah rasa bengong
Pi ngadu dekat encik
Minta proses ini di berhentikan
Oleh sebab hati yang masih tidak kuat 
Sayu rasanya membiar dia pergi 
Tapi lagi sayu andai sekali lagi aku jatuh hati
Tanpa sebuah ikatan cinta halal dari Ilahi
T__T

Pesannya :

Jangan mudah mengalah
Kuatkan hati kita
InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui niat kita
Harap di rahmati kita bersama

???




(erm...homework: nak kena revise tindakan terbaik patut di ambil lepas habis exam next week)





Monday, December 27, 2010

Rinduuu

Selain mak dan ayah
Encik turut terlibat
Encik?
Ya, encik
selama 3 hari 2 malam mencari keputusan
dia termasuk dalam faktor mencari tempat
dan sebab hari-hari ada dia
sebab hari-hari dia ada
eh?
same lah tu kan
sebab hari-hari fikirkan dia
berbincang dengannya
...
tanpa ku sangka
terbit satu perasaan asing di ruang kecil hati ini

aduh !
mana mungkin?
dia bukan milikku
terlalu jauh lagi perjalanan kami
mana mungkin hati ini sudah mula merindu?
padahal bukan pernah jumpa dia pun
setakat berbincang through handphone or chatting
erm...
tapi susah nak sangkal rasa hati ini
memang rindu
rindu
rindu
rindu sangat !!!
bengong betullah aku ni :(

kepada cik diriku
sabar
sabar
sabar
ingat tiada cinta sebelum pernikahan
no no no and no
walaupun dia balas " i miss you too...insyaAllah i'll get you"
wahhhh
terkesima aku
waduh waduh
meleburlah aku jadi ais camni
macam mane ni?
parah ni
ayuh !
bertindak sekarang !
encik ? 
harus di jauhi
encik ?
jangan di fikirkan lagi
encik ?
sabar, nanti Allah bagi cinta halal lagi best bercinta
encik ?
muga Allah mentadbir dan menjaga hati kami ini dalam menuju syurga cintaNya

waaaa T__T
tak tahan tanggung rindu :(
napelah bengong sangat aku ni?
selamat tinggal encik ...

Ayahku

3 hari 2 malam memikirkan tempat kerja
Berbincang dengan mengambil kira pelbagai faktor
Nak dekat dengan rumah ke, luar negeri ke dalam negeri
Hurm, payah...

Alhamdulillah, 
Malam ni keputusan telah muktamad
Ada 3 tempat yang kena isi dalam borang 
2 ambil yang dekat dengan rumah
1 luar negeri
Hurm, payah...


Asik payah ja
Memang payah
Rasa satu kesedihan yang luar biasa
Aku bakal menjejakkan kaki ke satu alam baru
Meninggalkan zaman belajar
Yang cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi
Yang bermakna juga aku kena berdikari
Dan semakin mendekati ke satu lagi alam
Yang menakutkan, walau serasakan indah
Perkahwinan...

Sayu,
mengenangkan semua ini
nak nak lagi 
mak dan ayah
dah berapa kali ku seka mutiara jernih
yang setia berjujuran tiap kali perasaan ini hadir

Ayah,
Waktu kecil sebelum hadirnya adik-adikku
Akulah permata hatinya
Saban petang membawaku naik motor 
Pusing-pusing

Kini, aku dah membesar
Sayu hati saat merasakan perpisahan yang bakal terjadi
Oleh kerana fitrah kehidupan ini

Bersamanya di dapur,
dialah seorang chef
dialah seorang guru memasak yang best
dengan sabar mengajarku
melayan soalan-soalanku
kadang-kadang lagi best kalu dapat follow ke pasar
naik motor 
pejam mata bila mencelah di tepi-tepi kereta
sampai chow kit, terus ja masuk sampai dalam
kat bahagian ayam-ayam 
lecak
aku tahu ayah malas nak bawak
leceh
tapi sebab anak manje nak ikut, di bawaknye juga
dengan syarat pakai seluar dan kasut lengkap bertutup
hehe...


kat dapur aku di ajar siang ayam dan ikan
potong sayur pun ada seninya :)
masak itu masak ini
petua itu petua ini
kadang-kadang tu nak balikkan ikan goreng pun tak bagi
takut terpercik melukai kulit halusku
owh ! aku rindu
rindu untuk meninggalkan semua itu


selalu kalau rindu dengan ayah
mesti sibuk-sibuk duduk dapur dengan die
walau homework melambak tak siap
setiap peraturan dapurnya
mekanisma mengurus dapurnya
syarat-syarat kelengkapannya
membuat ku rasakan dialah yang teristimewa


kalau nak belajar servis kereta
pun dengan ayah jugak
sabar je ajar bukak itu bukak ini
isi minyak itu minyak ini
jet kereta 
bercerita tentang sistem pembakaran kereta dan enjinnya
semua-semua lah


kalau belajar sokmo
sampai lupa makan
ayah jugak datang
bawak makanan
kadang-kadang bawak minuman
atau buah-buahan
susah sekali aku nak diet
hehehe
mesti di suruhnya makan jugak

pagi-pagi saat ku pergi belajar
di hantarnya ke pintu
dengan sabar menunggu enjin keretaku panas
dan melambaiku saat ku pergi
waktu aku pulang saban malam
menyambutku
makanan di siapkan
dan sudi mendengarku berceloteh perihal pelajaranku
kadang-kadang kalau lewat sangat, ayah menjemputku dari tempat belajar
kerana khuatir akan keselamatanku


Ayah,
saat aku sedih
moody
sakit
senggugut ke
pasti ubat di siapkan
atau bawak keluar jalan-jalan
atau di suruhnya emak memujuk

Sewaktu aku gatal bercinta
Nak berdating
Dalam marah-marah di hantarnya jugak aku
Bertemu dengan ex ku ... (kejap ja dating, huhu)
Tak dibenarnya aku pergi sendiri
Di saat aku putus cinta
Dia jugak setia menemaniku
Memberi semangat dan nasihat

Kelengkapanku sebagai seorang wanita
handbagku
kasutku
baju kurungku
baju seluarku
jam tanganku
semua ayah yang selalu pilih
kadang-kadang terus belikan
dan aku?
memang selalu jatuh hati dengan pilihan ayah ^^


Nasihat-nasihatnya
Bising mulutnya
Kecerewetan dia
Pasti ku rindui
Aku masih ingat...
"Kaklong, ayah tengok kaklong kurang mengaji sekarang. Kenapa kaklong? Banyakkanlah mengaji, muga hati tu selalu tenang. Istikharahlah, muga yakin membuat keputusan"
Isk isk :(
macam mane lah hidup aku tanpa ayah?



paling best, saat aku meluahkan nak kahwin tahun lepas
seisi keluargaku haru biru
kaklong nak kawen???
berderai air mata seorang ayah
kerana di rasakan baru semalam mengendongku
menukar lampinku
menidurkanku dalam buaian 


saat itu aku lebih excited untuk kahwin
tak terfikir pulak perasaan mereka


tapi, kali ini
di saat aku bakal menghabiskan studyku
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan
aku mula merasai dan memahami perasaan itu


satu kesedihan dan kesayuan yang amat
apatah lagi saat aku di ambil orang sebagai isteri
manakan betah ku tahan rasa hati ini
kasihnya ayah...
kasihnya ibu...


ibu? emak?
owh ...
kalau cerita bertambah sayu lagi
seorang emak lah katakan ...


(dada sesak mengenangkan)

Saturday, December 25, 2010

Jendela laluan masa depan

Detik-detik waktu ini
Berlalu dengan pantas
Detik-detik masa ini
Berakhir tanpa sempat ku isi sebaiknya
Sebentar lagi keputusan harus di buat
Dan aku harus nekad
Juga bertanggungjawab atas setiap yang akan berlaku
Sungguh, tiada lain yang diperlukan ketika ini
Selain teman untuk mengadu dan meluah rasa
Dan semakin ku rasakan bestnya wujud blog ini
Serasakan inilah tempatku menaip kisah hidupku
Yang secara tak langsung
Membuka fikiranku 
Untuk sebuah bentuk kehidupan yang bermakna

Aku tahu aku kecewa
Hatiku terluka
Bukan dengan sesiapa atau oleh sesiapa
Tapi, sebab aku
Aku
Aku 
dan A.K.U.

Hingga kini, aku masih belum mencapai targetku
Hingga kini, aku masih seperti dahulu
Hingga kini, aku sedar siapalah aku
Tidak dapat tidak, aku harus teruskan
Kerana aku tidak boleh berpatah balik
Apatah lagi lari meninggalkan semuanya
Jalan ke hadapan
Itulah satu-satunya pilihan yang aku ada


Banyak perkara harus ditimbangkan. Kehidupan ku rasakan tidaklah mudah. Alangkah bahagianya menjadi bayi dan kanak-kanak. Dunianya simple, penuh keriangan. Melangkah tahun demi tahun, lewat akhir waktu ini...ku dapati cabaran kehidupan ini semakin meningkat. Di saat mengakhiri semester ini,ku rasakan satu perasaan yang amat menghimpit.

Aku tidak pasti apakah dapat ku tempuhi. Aku tidak tahu adakah aku kuat dan teguh. Aku amat khuatir apalah nasibku kelak. Kadang-kadang selalu terfikir, ke mana hala tujuku? Apakah motif kehidupanku? Ke mana aku nak pergi?

Belajar - kerja - berkahwin -  beranak 

Lepas belajar aku bekerja. Kemudian kahwin. Aku pernah rasa excited untuk berkahwin. Tapi baru-baru ini, lain yang ku rasakan. Satu kesedihan yang amat mendalam. Satu kehilangan. Satu keperitan. Kesyahduan. Kegusaran dan kekhuatiran. Semuanya bercampur- baur.

Ya, kerana antara suami dan mak ayah...

Sedih ku rasakan kerana nanti kena duduk dengan suami
Jauh dari mak ayah yang selama ini 
Menjaga dan membelaiku
Yang menyambutku setiap malam saat pulang dari belajar
Menyiap makananku
Memujukku
Bersamaku saat-saat aku susah dan senang
Membawaku berjalan-jalan
Dan segala keindahan bersama seorang emak dan seorang ayah
Dan seorang suami
Yang aku perlukan
Untuk melengkapkan dan menjaga agamaku
Menjadi ayah untuk anak-anakku
Menuju sebuah syurga cintaNya


Pilu,
saat aku mengenangkan semua ini

Perit, 
saat aku terbayang detik pernikahan

Asing,
saat aku akan menetap bersama seorang lelaki yang bernama suami

Khuatir,
saat aku mengandung dan melahirkan anak

Gusar,
saat aku terfikir, 
mampukah aku menjalankan tanggungjawabku sebaiknya terhadap kesemua mereka?
emak - ayah- suami - mertua - anak
Dengan ketidaksiapan mental dan fizikal
Aku harus dan wajib bergerak
Bertindak dan bermula dari sekarang
Tiada lagi alasan
Walau berat meninggalkan kemanjaan
Keindahan hidup sebagai seorang bujangan
Hidup, tetap perlu diteruskan 




Tuesday, December 14, 2010

From the bottom of my heart

Aku dapati semakin hari semakin bengong
Hidup rasa tiada arah tuju
Semua perkara yang di buat pun rasa ntah hape-hape
Rasa kosong
Rasa apakah?

Erm... aku ni tengah depress ke?
Aku sorang ja ka yang rasa macam nih?
Sekejap rasa semangat nak berubah ke arah yang baik
Sekejap rasa amat down hingga rasa dunia ni tak bermakna
Sekejap rasa excited terlampau
Waduh...
Takkan nak camni ja selalu...
Camne nak mewarnai tahun baru nih?
Ape patut aku buat?

pilu...
T__T 


Monday, December 13, 2010

Aku; versi nakal ^^

Owh hatiku amat terganggu
Amat sangat bangat
Tak tahu nak cerita dekat sape
Tapi kene luahkan jugak 
Letak tepi sat rasa takut dan gemuruh 
Pada sebuah ikatan pernikahan

Wiken lepas tengok sepupu kawen
Usia die lebih muda dari aku
Die lelaki...
Isteri die tak kerja
So bley jadi suri rumah sepenuh masa

Tengok diorang, aku pulak yang excited
Bestnya die dapat bini...
Full time housewife pulak tu
Cita-cita aku tu !

Aku yang dah pernah bercinta ni
Pastu sekarang maintain single
Kene jugak mengaku
Bahawasanya lelah dan sesak nafas jugak 
Untuk bersendirian
 Kan best kalau dapat kawen

Dapat siapkan makanan untuk die
Dapat siapkan pakaian die
Kemas rumah
Tunggu die balik kerja
Jalan-jalan dengan die
Balik kampung dengan die
Boleh message dan kol die selalu

Solat jemaah same-same
Hormati die
Taati die
Jaga harta die
Jaga maruah 
Ada anak dengan die (alamak bab ni takut sikit--> amanah tuh)

Paling best dapat bercinte dengan die ^^
Boleh manje2x
Boleh seksi2x
Boleh goda die ^^
Buat die sesak nafas, tak senang duduk setiap kali tengok aku :P


Hehehe
Ish ish ish
nakal betul aku malam ni :P
siapelah agaknye bakal jadi si die?
kepada suamiku, i miss you ^^
(perasan ^^ padahal kawen pun belom...heh)



























Thursday, December 9, 2010

Tahun baru 1

Hampir seminggu lebih bertungkus  lumus dengan study
Hampir setiap hari balik lewat kerana study
Hampir setiap jam sibuk untuk study
Hampir setiap detik hanya study

Lelah...
Dalam kesibukan tahap giga itu
Masih sempat terselit sedikit waktu
Di sudut kecil hati ini
Untuk merasa rindu
Rindu kepada kehidupan yang bermakna

Ku toleh kiri...
Ku lihat setiap insan berlumba-lumba untuk berjaya, mengejar harta dan pangkat
Apakah dorongannya?
Ku toleh kanan...
Ku nampak setiap insan beriya-iya untuk kekasih yang dicintai
Apakah harapannya?

Ku lihat belakang...
Ku dapati setiap ibu bapa bersusah payah untuk anak-anak yang dikasihi
Apakah motivasinya?
Ku pandang depan...
Ku sedari betapa hidupku kosong dan tidak bermakna
Apakah ertinya?

Ku tengok bawah
Ku dapati tanah yang ku pijak ini tidak lama lagi akan jadi kamarku
Sudah sediakah aku?
Cukupkah bekalanku?

Melangkah ke tahun baru...
Bertambah usia
Bertambah tanggungjawab
Ke atas diri, keluarga dan masyarakat
Melangkah ke tahun baru...
Bertambah satu lagi episod dalam kehidupan ini
Mampukah ku corakkan tahun baru ini dengan corak yang lebih bermakna?

Ku tahu, di saat ini
Masih banyak yang harus ku koreksi
Terlalu banyak untuk ku pelajari
Mampukah aku?

Tiadalah lain harapanku...
Selain melalui tahun baru ini
Dengan jiwa yang penuh kehambaan
Dengan hati yang kental lagi gagah
Dengan tulus melalui setiap detik kehidupan ini dengan penuh erti...
Salam maal hijrah buatmu, teman ^^