Detik-detik waktu ini
Berlalu dengan pantas
Detik-detik masa ini
Berakhir tanpa sempat ku isi sebaiknya
Sebentar lagi keputusan harus di buat
Dan aku harus nekad
Juga bertanggungjawab atas setiap yang akan berlaku
Sungguh, tiada lain yang diperlukan ketika ini
Selain teman untuk mengadu dan meluah rasa
Dan semakin ku rasakan bestnya wujud blog ini
Serasakan inilah tempatku menaip kisah hidupku
Yang secara tak langsung
Membuka fikiranku
Untuk sebuah bentuk kehidupan yang bermakna
Aku tahu aku kecewa
Hatiku terluka
Bukan dengan sesiapa atau oleh sesiapa
Tapi, sebab aku
Aku
Aku
dan A.K.U.
Hingga kini, aku masih belum mencapai targetku
Hingga kini, aku masih seperti dahulu
Hingga kini, aku sedar siapalah aku
Tidak dapat tidak, aku harus teruskan
Kerana aku tidak boleh berpatah balik
Apatah lagi lari meninggalkan semuanya
Jalan ke hadapan
Itulah satu-satunya pilihan yang aku ada
Banyak perkara harus ditimbangkan. Kehidupan ku rasakan tidaklah mudah. Alangkah bahagianya menjadi bayi dan kanak-kanak. Dunianya simple, penuh keriangan. Melangkah tahun demi tahun, lewat akhir waktu ini...ku dapati cabaran kehidupan ini semakin meningkat. Di saat mengakhiri semester ini,ku rasakan satu perasaan yang amat menghimpit.
Aku tidak pasti apakah dapat ku tempuhi. Aku tidak tahu adakah aku kuat dan teguh. Aku amat khuatir apalah nasibku kelak. Kadang-kadang selalu terfikir, ke mana hala tujuku? Apakah motif kehidupanku? Ke mana aku nak pergi?
Belajar - kerja - berkahwin - beranak
Lepas belajar aku bekerja. Kemudian kahwin. Aku pernah rasa excited untuk berkahwin. Tapi baru-baru ini, lain yang ku rasakan. Satu kesedihan yang amat mendalam. Satu kehilangan. Satu keperitan. Kesyahduan. Kegusaran dan kekhuatiran. Semuanya bercampur- baur.
Ya, kerana antara suami dan mak ayah...
Sedih ku rasakan kerana nanti kena duduk dengan suami
Jauh dari mak ayah yang selama ini
Menjaga dan membelaiku
Yang menyambutku setiap malam saat pulang dari belajar
Menyiap makananku
Memujukku
Bersamaku saat-saat aku susah dan senang
Membawaku berjalan-jalan
Dan segala keindahan bersama seorang emak dan seorang ayah
Dan seorang suami
Yang aku perlukan
Untuk melengkapkan dan menjaga agamaku
Menjadi ayah untuk anak-anakku
Menuju sebuah syurga cintaNya
Pilu,
saat aku mengenangkan semua ini
Perit,
saat aku terbayang detik pernikahan
Asing,
saat aku akan menetap bersama seorang lelaki yang bernama suami
Khuatir,
saat aku mengandung dan melahirkan anak
Gusar,
saat aku terfikir,
mampukah aku menjalankan tanggungjawabku sebaiknya terhadap kesemua mereka?
emak - ayah- suami - mertua - anak
Dengan ketidaksiapan mental dan fizikal
Aku harus dan wajib bergerak
Bertindak dan bermula dari sekarang
Tiada lagi alasan
Walau berat meninggalkan kemanjaan
Keindahan hidup sebagai seorang bujangan
Hidup, tetap perlu diteruskan
hurm. gratis.
ReplyDeleteEncik Psychopath...
ReplyDeleteRindu penulisan awak
Akhirnya muncul jua
Malu nak komen di blog awak
Ramai perempuan-perempuan
Ehehehe ^^
Pape pun, teruskan menulis ^^
I always be there reading although as a silent reader :)