3 hari 2 malam memikirkan tempat kerja
Berbincang dengan mengambil kira pelbagai faktor
Nak dekat dengan rumah ke, luar negeri ke dalam negeri
Hurm, payah...
Alhamdulillah,
Malam ni keputusan telah muktamad
Ada 3 tempat yang kena isi dalam borang
2 ambil yang dekat dengan rumah
1 luar negeri
Hurm, payah...
Asik payah ja
Memang payah
Rasa satu kesedihan yang luar biasa
Aku bakal menjejakkan kaki ke satu alam baru
Meninggalkan zaman belajar
Yang cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi
Yang bermakna juga aku kena berdikari
Dan semakin mendekati ke satu lagi alam
Yang menakutkan, walau serasakan indah
Perkahwinan...
Sayu,
mengenangkan semua ini
nak nak lagi
mak dan ayah
dah berapa kali ku seka mutiara jernih
yang setia berjujuran tiap kali perasaan ini hadir
Ayah,
Waktu kecil sebelum hadirnya adik-adikku
Akulah permata hatinya
Saban petang membawaku naik motor
Pusing-pusing
Kini, aku dah membesar
Sayu hati saat merasakan perpisahan yang bakal terjadi
Oleh kerana fitrah kehidupan ini
Bersamanya di dapur,
dialah seorang chef
dialah seorang guru memasak yang best
dengan sabar mengajarku
melayan soalan-soalanku
kadang-kadang lagi best kalu dapat follow ke pasar
naik motor
pejam mata bila mencelah di tepi-tepi kereta
sampai chow kit, terus ja masuk sampai dalam
kat bahagian ayam-ayam
lecak
aku tahu ayah malas nak bawak
leceh
tapi sebab anak manje nak ikut, di bawaknye juga
dengan syarat pakai seluar dan kasut lengkap bertutup
hehe...
kat dapur aku di ajar siang ayam dan ikan
potong sayur pun ada seninya :)
masak itu masak ini
petua itu petua ini
kadang-kadang tu nak balikkan ikan goreng pun tak bagi
takut terpercik melukai kulit halusku
owh ! aku rindu
rindu untuk meninggalkan semua itu
selalu kalau rindu dengan ayah
mesti sibuk-sibuk duduk dapur dengan die
walau homework melambak tak siap
setiap peraturan dapurnya
mekanisma mengurus dapurnya
syarat-syarat kelengkapannya
membuat ku rasakan dialah yang teristimewa
kalau nak belajar servis kereta
pun dengan ayah jugak
sabar je ajar bukak itu bukak ini
isi minyak itu minyak ini
jet kereta
bercerita tentang sistem pembakaran kereta dan enjinnya
semua-semua lah
kalau belajar sokmo
sampai lupa makan
ayah jugak datang
bawak makanan
kadang-kadang bawak minuman
atau buah-buahan
susah sekali aku nak diet
hehehe
mesti di suruhnya makan jugak
pagi-pagi saat ku pergi belajar
di hantarnya ke pintu
dengan sabar menunggu enjin keretaku panas
dan melambaiku saat ku pergi
waktu aku pulang saban malam
menyambutku
makanan di siapkan
dan sudi mendengarku berceloteh perihal pelajaranku
kadang-kadang kalau lewat sangat, ayah menjemputku dari tempat belajar
kerana khuatir akan keselamatanku
Ayah,
saat aku sedih
moody
sakit
senggugut ke
pasti ubat di siapkan
atau bawak keluar jalan-jalan
atau di suruhnya emak memujuk
Sewaktu aku gatal bercinta
Nak berdating
Dalam marah-marah di hantarnya jugak aku
Bertemu dengan ex ku ... (kejap ja dating, huhu)
Tak dibenarnya aku pergi sendiri
Di saat aku putus cinta
Dia jugak setia menemaniku
Memberi semangat dan nasihat
Kelengkapanku sebagai seorang wanita
handbagku
kasutku
baju kurungku
baju seluarku
jam tanganku
semua ayah yang selalu pilih
kadang-kadang terus belikan
dan aku?
memang selalu jatuh hati dengan pilihan ayah ^^
Nasihat-nasihatnya
Bising mulutnya
Kecerewetan dia
Pasti ku rindui
Aku masih ingat...
"Kaklong, ayah tengok kaklong kurang mengaji sekarang. Kenapa kaklong? Banyakkanlah mengaji, muga hati tu selalu tenang. Istikharahlah, muga yakin membuat keputusan"
Isk isk :(
macam mane lah hidup aku tanpa ayah?
paling best, saat aku meluahkan nak kahwin tahun lepas
seisi keluargaku haru biru
kaklong nak kawen???
berderai air mata seorang ayah
kerana di rasakan baru semalam mengendongku
menukar lampinku
menidurkanku dalam buaian
saat itu aku lebih excited untuk kahwin
tak terfikir pulak perasaan mereka
tapi, kali ini
di saat aku bakal menghabiskan studyku
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan
aku mula merasai dan memahami perasaan itu
satu kesedihan dan kesayuan yang amat
apatah lagi saat aku di ambil orang sebagai isteri
manakan betah ku tahan rasa hati ini
kasihnya ayah...
kasihnya ibu...
ibu? emak?
owh ...
kalau cerita bertambah sayu lagi
seorang emak lah katakan ...
(dada sesak mengenangkan)
No comments:
Post a Comment