Lame rasenye meninggalkan blog curhat ni (curhat=curahan hati ^^)
Dalam kesibukan yang semakin memuncak berikutan dekatnya tarikh exam
Hari ini, memang terpaksa bukak dan taip jugak
Kerana hati rasa berat, jiwa gundah gulana dan otak mereng ke laut
Subhanallah, betapa sebulan telah berlalu
Dan dalam sebulan ini banyak mengimbas kembali sisi-sisi kerdil diri ini
Semakin aku sedari masih banyak harus ku lakukan ...
Ya, wiken lepas aku terpana
Terduduk aku seketika
Ingin aku berlari, menjerit
Hati rasa nak pecah
Ingin saja ku nangis sekuatnya
Ingin ku benamkan diri ini
Jujur, aku teramat sangat kecewa
Malam itu ...
" adik, pergi kencing sebelum tidur"
" ok kaklong"
*** lalu aku teruskan kerja aku ... tiba2x
" jangan mengade-ngade ye...owh, pandai pulak die tipu. ayah pukul nanti"
bergegas aku keluar bilik ...???
" kaklong, adik belum kencing lagi. Die just tanggal seluar then pakai balik"
ayah masih lagi dengan bebelannya yang semakin samar-samar dari telingaku
kaku
pilu
retak hatiku
aku marah, tapi wajarkah?
aku mahu berleter, tapi layakkah?
aku mahu menjentiknya, tapi rasionalkah?
perlahan aku ke bilik, beristighfar
satu konklusiku, THERE'S A FAILURE OF THE SYSTEM !butir-butir mutiara yang gedik nak keluar, ku seka pantas
dia, adik bongsuku
dianugerahkan tuhan dengan keistimewaannya
inilah kali pertama berlaku ketidak jujuran dalam dirinya
inilah kali pertama hati mulus miliknya telah pandai berhelah
inilah kali pertama jiwa bersihnya bijak bertindak
aku, sebagai seorang kakak
teramat kecewa
ku amati semula diriku
kerana aku pasti, bukan salah adikku
tapi salah kita, yang dewasa ini dalam mendidik dan memberi tauladan
hatiku sayu. fikiranku buntu. owh adikku :(
betapa aku harus memperbetulkan diriku
ini baru adik, belum anak
owh bagaimanakah ???
Ya, aku bodoh
Kerana aku mengharapkan adik-adikku teguh akidahnya ,mulia akhlaknya dan luas pengetahuannya ...
Tapi...
Wiken aku bangun lewat
Wiken jugak aku banyak tidur
Solat lewat
Ngaji kalau rasa rindu
Baca paper kalu rasa nak
Kemas rumah sorang-sorang
Banyak masaku lebih untuk diriku
So, what do you expect ?
Peerrrrggghhhhhhhh...
Memang sebulan aku bereksperimen ni banyak menyedarkan aku
Betapa aku ni masih bengong
Eksperimen aku gagal kerana bekalan aku kurang
Lalu hati turut ke sungai, jiwa ke laut
Huhuhu
Jujurnya, putus asa jugaklah
Tapi, apa lagi jalan yang aku ada ?
Terus putus asa dan jalani hidup cam biasa?
Tidak, tak mungkin
Aku ingat lagi dulu masa aku bercinta
Beriya ni pujuk boyfie keluar
Kalau buat salah, minta maaf berkali-kali
Janji tak ulang lah hape lah
Tup tup tup buat jugak salah lagi
Ape kate boyfie?
"you ni manje sangatlah ... leceh" atau "you buat salah lagi, i tinggalkan you"
bengong tak? pastu masih nak jugak bercinta dengan die
So, bila aku pikir pikir balik
Kenapa aku tak buat gitu dengan Tuhan aku?
dan confirm confirm Dia Maha Pengampun
terima taubat, siap datang dengan berlari kalau kita pergi dengan berjalan
syok tak?
cinta apa yang lagi syok dari ni?
rasa Dia sentiasa ada untuk kita, lindungi kita, tempat kita memohon, bergantung harap
in depth love kalu dapat rezeki qiyam malam-malam
rasa sesak dada rindu dendam bila period dah hari ke-5
hurm...jadi nape nak putus asa kan?
Ape yang penting?
TERUS USAHA ^^ Chaiyuk !
mode --> eksperimen ke 2
untuk hasil eksponential, selalu renungkan:
para sahabat seringkali menangis saat ramadhan berlalu pergi , kesedihan mereka 6 bulan berlarutan ... tapi setelah itu, mereka menyiapkan diri 6 bulan lebih awal sebelum tibanya
next ramadan ^^
chaiyuk !
go go girls :)
"Ya Allah, ketemukan aku dengan ramadhan
Temukan aku dengan lailatul qadarMu
Sihatkan tubuhku, lapangkan urusanku
Izinkan aku untuk meraih cinta dan redaMu"
Ramadhan 2011 = Julai/Ogos (another 5 months to go)
No comments:
Post a Comment