Bersama dengan warganegara lain
Menuju ibu kota Kuala Lumpur
Dalam hati masih ragu2
Wajarkah aku pergi atau tidak
Huiii menghampiri Kuala Lumpur
Jalan memang tak payah cakap lah
Memang tak larat
Alhamdulillah perut aku kenyang
Melepasi tol sungai besi
Jalan masih lagi nyek nyuk nyek nyuk
Bukan setakat jem lagi
Tapi melekat binti lekit
Aku dah mula cuak jugak
Dah lah solo
Kereta aku pulak mula dihimpit
Kiri kanan dua-dua kamu Adam
kanan lori cina
kiri kereta india
tak semena-mena kena wusha aku kat situ
Dalam hati jenuh aku berdoa
Cepatlah aku melepasi diorang yang tak cukup vitamin nih
Jalan gerak sikit tapi still slow
Boring2 aku layan pemandangan kiri kanan
Ada kereta rosaklah
Budak menangis ayah die keluar kereta jalan2 dukung die
Gadis india, pakcik makcik jalan pi buang air kecil
Pastu nak balik kat kereta tercari2
Ada yang keluar kereta duk sembang2
Hehehe
Kelakar pun ada
Suasana meriah macam nak raya
Bayangkanlah kereta sesak tengah jalanraya tak gerak2
Macam2 aktiviti ada
Keadaan mula tegang bila orang dah mula hon2
Bas pulak huiii bukan main banyak
Lepas satu satu tak putus putus
Lori minyak exon mobil siap melintang tengah jalan
Nak u-turn balik masuk tol sungai besi balik patah ke selatan, tak jadi ke KL
Waduh2 nasib baik polis tolong
Banyak jugak kenderaan yang ikut u-turn balik
Tapi aku?
Ala dah sampai, takkan nak u-turn?
Pantang menyerah sebelum berjuang !
Hari dah dekat kul 11 malam
Aku dah hampiri roadblock
Dan lepas dengan baik
Terus meluncur ke ibu kota
Berhenti isi minyak , buang air dan lurus pinggang
Setelah 4 jam tersekat di jalanan !
Huh , memang pengalaman syok habis
Masa tu lah aku lebih appreciate kereta auto ku
Tercabut agaknya lutut kalu pakai manual :p
Dan alhamdulillah, hati ku kuatkan
Malam itu aku tidak singgah mana2
Terus saja pulang ke pangkuan keluargaku
Yup ! KL is my hometown :)
Rumah mak ayah kat situ, kampung je jauh kat nogori ^^
Study pulak kat selatan :)
Aku sampai umah dekat kul 12 malam
Di sambut oleh ayah yang dah risau
Cuak dah tu aku tersekat berjam2 kene raodblock
Balik sembang2 ngan mak, tengok tv
Tidur ^^
Esoknye aku just watching rally tu dari rumah je :p
Aku masih separa matang
Suasana politik Malaysia, banyak aku tak paham
Aku tak tahulah kalau umur mengundi diawalkan
Macam mana lah
Sedangkan umur aku ni
Still lagi tak reti nak decide mana yang patut di undi
Huh !
Bersih 2.0
aku ada bace dan buat kajian jugaklah sikit
di celah2 kesibukan belajar
takkan aku buat tak kisah je kan?
dolu2 mungkin aku macam tu
tapi kini aku mahu ambil peduli !
kalau bace dengan teliti
memang dah dinyatakan detail2
apa yang perlu dibawa/tak perlu
sebelum/semasa/selapas rally
kalau bertemu polis/di provoke guano
siap di bagi lagi camne nak jawab bila disoal siasat
:)
entahlah
aku konpius
bace pulak bab perlembagaan malaysia...
tahu tak ada berapa bab?
tahu tak nak baca kat mana?
:)
aku jujur
seumur hidup aku
tak pernah tengok pun perlembagaan malaysia
macam buku ke tesis ke hape tak tahulah
berapa bab ke bahagian ke tak tahulah
so aku cari sini
owh ok ada 16 bahagian
aku nak cari pasal kebebasan bersuara
so website ni tak cukup
aku jenguk lagi
jumpa ini :
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
- (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
- (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
- (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
- (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
- (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
- (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
***
huiii
tak paham aku ayat die
berkali2 jugak aku bace
waduh2
memang perlu lebih lagi kepada pembacaan
dan kematangan diperlukan untuk menganalisa setiap yang dibace
bukan mengikut orang semata2 atau mengikut membabi buta
"Hak untuk berhimpun secara aman ada dalam Perlembagaan MalaysiaAda pula ini :
Kita haruslah yakin bahawa ini merupakan hak kita
Kita mestilah yakin tindakan ini bukan kesalahan
Apa lagi berhimpun untuk menuntut keadilan dan kebenaran
Berhimpun untuk tegur kezaliman dan penyalahgunaan kuasa pemerintah
Ini merupakan langkah amar makruf nahi mungkar"
Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.
Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.
dan paling tragis :
*pengsan*
-yang perlu terus membaca, mengkaji dan menganalisa,
aku masih separa matang :(
No comments:
Post a Comment