Aku seorang pemudi
Dan aku alhamdulillah telah bebas dari zaman kebengongan
Kini ku kembali ke alam realiti
Berpijak di bumi nyata
Dan dalam diri ini ku rasakan
Ada tanggungjawab untuk ke Bersih 2.0
Tapi aku terhalang
Oleh Akta Universiti
Wajarkah aku pergi?
Sedangkan lagi beberapa bulan nak habis study...
Sedangkan mak ayah gila berharap aku habis tahun ni
Sedangkan adik-adik aku dah siap pesan beli itu ini
Sedangkan wan aku dah tunggu gaji pertamaku
Sedangkan aku?
Masih berkira-kira mahu pergi atau tidak
Perhimpunan aman ini adalah suara rakyat
Bukan tiap hari diadakan
Bukan tiap minggu ada
Bukan juga tiap tahun
Dan peluang ini datang sekali lagi
Wajarkah aku pergi?
Kalau hidup aku hanya bersendiri
Mudah saja aku jawab
Aku akan pergi !
Tapi kini banyak hal nak fikir
Kerana aku tidak hidup bersendiri
Aku seorang pemudi
Dan aku lah tonggak pewaris negara !
up to u dear :) but, carefully.
ReplyDeletetanggungjawab ke bersih? kan perhimpunan haram tu. yang haram tetap haram.
ReplyDeletehehehe. guraw.
kak long nk join Bersih 2.0 ye..
ReplyDeletehati2 ye kalu join tu..byk sgt provokasi perkauman untuk kali ni..
dan perhimpunan kali ni terlalu politik..
kalu nk ckp pasal tanggungjawab kpd negara kn..belajar tu pun tanggungjawab juga..
ok kaklong smoga gembira slalu :)
Salam guyz :)
ReplyDelete~eheheehe
cik sar, encik psychopath dan encek wan
>"_'~ <
nanti kita cerita ceriti ye :)