Namun kelapangan yang diberi tuhan telah aku sia-siakan
Aku larut study + tidur + bengong
Puas ku tahan ku kawal
Akhirnya terbengong juga
Ya !
aku rindu
dan semakin erat ku dakap encek tedy ku
namun
tidak sampai di situ
aku turut merasai
adrenaline rush
yup !
aku tension
kerana kelapangan masa yang ada
tidak aku gunakan dengan baik
padahal lapang amat
padahal di pengakhiran rejab sudah
dan tadi petang hati amat gelisah
blog walking
lalalalalala~
upps !
ditakdirkan jumpa poster ceramah israk mikraj
ajak roomate pergi sekali
* die just senyum je*
hampa
nak pi ke tak nak?
dub dap dub dap
mata rasa berair
jantung berdegup laju
fikir2 study
fikir2 ceramah
fikir2 hati
lalu laju langkahku ke bilik air
mempersiapkan diri
pinjam beg sandang roomate
lalu ku bertolak menuju ke kereta
langkah demi langkah
terasa begitu indah
baju kurungku juga terasa amat indah
tenang dan mempesonakan
perut berkeroncong pulak
singgah kafe beli burger + air
hari dah 6.50 pm
panas enjin sat
dan bergerak pergi
kepada pak guard kolej
ku lambai tanda hormat
air mata menitis laju
kabur pandangan
lampu merah , aku berhenti
lalu memberi ruang untuk bertenang
Ya Allah
aku merinduiMu
aku inginkan Mu
aku ingin mencintaiMu
aku mahu menujuMu
jangan tinggalkanku
terimalah aku
dan perjalanan lancar
ditemani titisan air mata
ku berharap sempat aku sampai masjid
sebelum azan dan sempat makan
alhamdulillah
ketibaanku di sambut dengan indahnya alunan bacaan quran
parking dan lantas aku makan
7.20pm
Ya Allah
berkahilah masa ini
izinkan ku habiskan makan dan sempat wuduk
aku tidak mahu tertinggal jemaah
azan berkemundang
dan melangkah aku ke masjid itu
pilu sayu
agungNya Dia
kerdil amat aku dihadapanNya
laju air mata menitis
teringat ...
" Bila seseorang itu mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta, bila ia mendekat kepadaKu sehasta, maka aku mendekat padanya sedepa, dan apabila ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari"
(riwayat Bukhari)
lantas ku tunduk...
aku rindu !
aku amat rindu !
Ya Allah tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
i miss You miss You miss You
izinkan ku untuk menggapai cintaMu
aku datang padaMu
menyerah diriku...
banyak orang di keliling berpusu menuju rumahNya
mencari redho dan cintaNya
dan kuliah israk mikraj di malam ini
amat mengesankan
antara yang amat menyentuh hatiku
" keluarlah dari kesempitan dunia dan pandanglah pada keluasan akhirat "
Ya Allah
berkahi usiaku
sampaikan aku ke ramadhan
berkahi masaku
izinkan ku asyik dalam ibadah padaMu
*rasa nak share amat ... indahnya perasaan ini *
salam kak long :)
ReplyDeletemmg indah perasaan itu kn..bukan sume org dpt rase camtu..
kita ni kak long,kena slalu ingat pada Allah..pada pemberi hadiah bak kata cik sar..insyaallah hidup kita tenang dan bahagia :)
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu. “ ( Surah Al Baqarah : 152 )
lagi satu kaklong..bahaya tu bwk kete masa penglihatan kabur..lenkali kalau laju je air mata tu mcm hujan..on kan wiper ye..baru jelas..hihihi.. gurau je;)
assalamualaikum cek adik yang sedang touching2. ~eheh
ReplyDeletehmm, setuju dengan encek wan. ^^,
selalu ingatkan dia.
Bila kita selalu ingatkan dia, apa jua yang kita buat sentiasa kita berpegang apa yang telah digariskan dalam islam. sedar apa yang sewajarnya dilakukan apa yang tidak. Dan sekiranya kita lakukan yang tidak sepatutnya itu, kita akan cepat tersedar dan pastinya air mata penyesalan berjuraian dengan sekelip mata. sebab apa? sebab kita masih diberi peluang untuk menyedari kesilapan yang kita lakukan.
perasaan indah.
~yup, sangat indah perasaan itu cek nob. Alhamdulillah jika itu yang telah kamu rasakan dan alhamdulillah juga seandainya itu sebenarnya yang kamu cari dan kamu dah temui. alhamdulillah. :)
teringat pula kisah saya dan roomate dulu bila cek nob cakap, cik nob ajak roomate pergi ceramah.
~waaa.. sedih! seperti berulang kembali apa yang pernah berlaku dulu. ~uhu..
Assalamualaikum :)
ReplyDelete1. encek wan ^^
ehehehee...geli hati den bace
nak on wiper ye?
ish taklah sampai gitu lebatnye
masih terkawal lagi ^^
2. cik sar ^^
alhamdulillah
memang itulah yang saye cari2 selama ini ^^
best, masyuk rase
macam jatuh cinta gitu :)
tapi tu lah
memang sedih gak
ajak rumate die tak nak joint
padahal kalu pi mane2 shopping beli barang ke, keluar fotostat nota ke... selalu je die ikut
sayang die sangat
nak jugak die pi
tapi takpelah
nanti bley ajak lagi, insyaAllah ^^