Sudah hampir 1 bulan aku bekerja
Dan pada hari ini aku semakin hilang diri aku
Hilang kehidupan aku
Suasana kerja ini lain rentaknya lain
Anginnya lagi lain
Aku tak pernah sangka aku akan menamatkan pengajianku
Aku tak pernah sangka akhirnya aku bekerja
Setelah segala yang telah ku lalui

Kerja kerja dan kerja
Ada kalanya aku dapat makan dapat tidur
Kadangkala berhari-hari tak makan
Kalau makan pun alhamdulillah roti dan air susu kotak
Yang aku beli di kedai 24 jam
Tidur cuma sejam dua

Kerja kerja dan kerja
Itulah hidupku
Kosong
Pilu

Pulang aku ke rumah
Masih lagi aku merasa pilu dan kekosongan
Dengan gaji yang masih belum dapat
Terkapai – kapai jugak mahu meneruskan kehidupan
Takkan pula mahu meminta dari mak ayah?

Dahulu waktu aku belajar
Aku amat ingin lekas tamat dan bekerja
Kini aku bekerja aku ingin berhenti dan tukar kerja
Hurm… nafsu nafsu yang tak pernah cukup dan puas

Yang aku tahu aku rasa tersiksa
Dengan keadaan sekarang
Aku masih sukar melalui kehidupan kini
Meniti hari demi hari
Banyak tanggungjawab aku abaikan
Even terhadap diriku sendiri
Bukan niat menjadi persoalan
Tapi hati yang kelelahan 

Apakah yang patut aku lakukan?

_hati pilu lagi kekosongan_