Dan alhamdulillah
Aku lebih tenang
Setelah dihimpit pelbagai perasaan
Aku harus meneruskan langkah hidup ini
Kerana hanya itu pilihan yang aku ada
Kehidupan***
Aku dah dekat suku abad hidup
Zaman kanak-kanakku mewah dgn kasih sayang mak ayah
Adikku hanye muncul setelah 4 tahun aku hidup di dunia ini
Dan hampir 18 tahun aku mengabdikan diri untuk belajar
tadika-sek rendah-men-matrik-uni
dan 6 bulan akan datang nih merupakan detik-detik akhir aku di uni
tak lupe jugak lewat 5-6 tahun lalu aku telah juga mengabdikan diriku untuk cinta
Aku dah pernah rasa kasih sayang mak ayah
Bestnya ada 4 orang adik
Dah pernah buat semua aktiviti lasak waktu jadik kanak-kanak rebina dolu
Syoknya bercinta
Rasa macam seluruh dunia aku yang punya
Khayal dalam dunia sendiri
Suka duka perit pedih siksa
Semua aku dah rasa
Hingga tiba di saat-saat genting nih...
Saat menentukan kehidupan aku
Tak mungkin aku akan terus biarkan diriku terbazir
Memang ramai temanku yang dah berkawen
Beranak-anak
Tak ketinggalan juga yang berboypriend-boypriend/bertunang-tunang
Memang terselit kecemburuan di hatiku
Kerana memang aku juga ingin seorang teman hidup
Kalu boleh, sekarang jugak !!!
Hehehee...demand sangat pulak
Tapi aku tahu
Aku harus sedar dengan realiti
Aku mesti berpijak di bumi nyata
Jodoh ketentuan takdir Tuhan
Aku tak mahu lagi jadi bodoh binti dungu
Aku nak fokus dengan kehidupanku sekarang
Dan menikmati zaman singleku sebaiknya
Aku dah puas dengan zaman kanak-kanak
Zaman persekolahan
Zaman uni
Aku dah puas buat semua aktiviti
Dah puas bercinta
Dah rasa segala nikmat dunia yang ada
Hingga kini aku rasa kosong
Jiwaku sepi
Rasa tak berisi
Dan aku tahu
Inilah masanya aku sedar
bahawasanya
segala nikmat yang ada nih
tak bermakna apa-apa
sikit pun
Aku tengok orang lain bahagianya mereka
Bercintan cintun lup u mish u
Yang dah kawen sayang giler kat bini
Yang dah jadik mak ayah bergolok bergadai pulak utk anak
Aku tengok manusia ni ada yang mengejar kemewahan
Kekayaan
Kemasyuran
Pangkat
Fuuuhhhh...macam macam
Tak pernah terdetik ke rasa kosong dan bluuurrr dalam hidup korang?
Macam yang aku rasa sepanjang cuti nih?
Tak rasa ade sumting yang kureng?
Yang ntahlah..susah nak describe
Aku amat menyedari bahawa dah 3-4 kali pintu hatiku terketuk
Rasa asing dan kosong macam ni
Rasa dunia ni tak bermakna ape pun
Semua benda pun tak minat
Rasa semua kat dunia ni hanya mainan dan senda gurau je
Rasa lebih baik mati jer
Hidup buat tambah dosa watpekan?
Korang rasa tak?
Aku tercari-cari
Apekah yang aku lalui ni
Aku fikir, renung
Teliti
Hinggalah aku dapati bahawa
sebagai hamba, aku masih empunya 1 fitrah
fitrah yang selama ini ku abaikan
fitrah untuk bertuhan
Bertuhan?
apakah selama ini aku tak bertuhan?
hahahaha
ya, memang aku bertuhan
tapi tuhanku hanya sekadar mengisi detik sedih dan susahku...time2x nak exam ^^
sekadar itu !!!!!
dan kini , jiwaku amat kekosongan
alhamdulillah
masih aku diberi hidayah
muga masa-masa mendatang dalam hidupku kelak ku abdikan untuk Tuhanku
cintaNya dan merinduiNya
bertemu dan berdating denganNya saban malam
hurm...
kepada teman-teman yang pernah lalui ape yang aku rasa nih
jomlah kite kembali kepada fitrah kite
dan sebab itulah aku nak study tentang kehidupan ***
aku ada 6 bulan sebelum habis study
ada 2 tahun sebelum sah jawatan
yang akan aku gunakan untuk mendalami kehidupan
pasal encik @ jodohku
aku pasrah
biarlah Tuhan menetukan
jiwaku pun rasa tenang dan bertenaga
napelah bodoh sangat aku membiarkan diri aku hanyut dengan cinta?
buat membazir jer semua cinta aku yang tulus tuh
....
takpelah, mungkin dari situ aku pelajari bahawa cinta manusia nih hampeh :P
cinta Tuhan ja yang best
dan dari cinta Tuhan tulah aku akan mencintai suami aku
baru power gitu :)
dan sekarang, aku harus menikmati masa mudaku ini, masa singleku ini
sebaik dan semantapnya
sebab tak nak serabut, aku gariskanlah perkara-perkara yang mesti aku settlekan dalam tempoh 2 tahun 6 bulan nih
aim aku?
jadik hamba yang di redai
calon isteri yang terbaik
isteri solehah
ibu mithali
anak mitahli jugak
owh tak lupe... pekerja berdedikasi
lagi 1 ---> rakyat malaysia yang bertanggungjawab
So, senarai homework aku : (due date --> 9 jun 2013) 2 tahun 6 bulan +++ dari sekarang
1. Profession
-study mantap-mantap
-training kerja 2 tahun kow-kow (practice semua skill + teori + cedok semua pengalaman)
-tak lupa stay alert utk sambung master after sah jawatan
2. Rakyat Malaysia
-sebab sat gi nak kene pi mengundi utk PRU ke-13, kene lah buat kaji selidik
-insaf tak pi undi masa PRU ke-12, walhal tanggungjawab aku tuh!!!
3. Kerana diriku begitu berharga :)
-kecantikan kene polish --> bace tips awek muda + amalkan
-kesihatan kene jogging every wiken, exercise according to body parts everyday
-perbaik ibadah (wajib + sunat)
-belajar ekonomi --> plan if nak start business dan financial skill
-untuk kereteku terchinta --> belajar servis sendiri
4. Isteri solehah/ibu mithali
-baca buku berkenaan
-hadiri seminar kekeluargaan
-powerkan skill memasak / menjahit
-jaga jesihatan + kecantikan
-carik suami soleh
-study pasal kesihatan ayah+mak (orang tua)
-keperluan diorang aper ye?
+++ mungkin list akan bertambah...stakat nih ja yang aku terfikir
ayuh !!!
B.A.N.G.K.I.T.L.A.H.W.A.H.A.I.P.E.M.U.D.A
No comments:
Post a Comment