Tidak dapat tidak
Hati ini hanyut dengan kisah cinta yang lalu
Gagal 2 kali bercinta sudah cukup membuatku serik
Pakwe 1st aku
Ex aku
Si mamat
Mereka adalah antara lelaki yang pernah mengisi hatiku
Si mamat sebenarnye ade kenalkan aku dengan encik
Encik yang soleh
Yang nak carik calon isteri
Entah nape aku setuju pulak untuk kenal dengan encik
Walau aku tak sedia sebenarnya
Secara maya aku mengenali encik
Baik, beriman orangnya
Membuat aku rasa kerdil
Kepadanya aku ceritakan tentang diriku
Untuk dipertimbangkan samada wajar atau tidak diriku jadik calonnya
Aku insyaAllah sedia terima dia seadanya
Tapi ntahlah, hati aku berbelah bagi
Aku sekadar buat
Buat kerana aku tidak mahu menzalimi anakku
Langkah pertama untuk tidak menzalimi anak adalah dengan mencari calon yang baik utk ayahnya kan? Bukan sekadar baik, tapi beramal dengan tuntutan Islam ^^
Kini ku rasakan aku tak gagah lagi melalui proses tersebut
Aku tak dapat menipu hatiku
Yang masih terluka berdarah dengan kisah lama
Dan lebih parah sebab tersangkut dekat si mamat
Ya, si mamat
Amat sukar untukku hidup tanpa dia
Yang selalu berada di sisiku
Hingga aku tidak betah tanpa dia
Ya, aku akui aku ingin sekali mendapat perhatian seperti aweknya
Mungkin kerana aku telah cukup di maki hamun dan di abaikan oleh ex ku
Jadik aku kepingin lelaki seperti mamat
Yang amat caring, penyayang, setia ... dan paling penting amat menawan hati dengan sifatnya sebagai pendengar yang baik ... he was a very good listener
Aku ingin dia
Amat ingin
Hingga aku tak dapat lagi mengawal jariku
Aku telah kol die 2 kali sepanjang aku cuti nih
Tapi...ntahlah
Die macam menjauhkan diri dari aku
Macam-macam alasan die bagi
Suara aku manje buat die terangsanglah
Ade functionlah
Sakit tekak tak dapat cakaplah
...
sedih, memang sedih
aku amat merasai kehilangannya
rasa pilu
rasa dia dah tiada untukku lagi
ingin sekali ku luahkan perasaan ini padanya
aku ingin dia tahu perihal hati ini
tapi aku tahu
semua itu hanya merumitkan keadaan
aku harus sedar bahawa dia bukan milikku
dan aku harus sedar dengan waras bahawa encik itu sedang mempertimbangkan aku utk calon isterinya
kepada siapa harus ku ungkapkan perasaan ini?
hatiku amat parah
amat sangat
aku lelah lemah longlai
kepada encik ku mohon sedikit kekuatan dan semangat
Jawabnya
Paling penting betulkan niat kita sebagai Hamba Allah kerana makam yang tertinggi di dunia ini adalah manusia yang merasakan dia adalah Hamba Allah. Apa2 masalah di dunia ini pasti akan menambahkan iman kita sekiranya kita sedar kita adalah hamba Allah kerana fitrah sebagai hamba perlu untuk diuji sebelum menjadi hamba terpuji.
Kedua, baiki mutu solah kita dengan memperbanyakkan solah sunat, agar hati kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah dan Allah pasti akan memandang kita dengan pandangan kasih sayang.
Solah yang sempurna disertakan dengan syukur akan mejadi penjana kesempurnaan hidup seorang hamba. Jika berhadapan dengan apa2 masalah, latihlah diri kita untuk memohon bantuan dari Allah dengan mengerjakan solah sunat 2 rakaat.
Dan doakan lah saya agar dapat saya memelihara solah fardhu secara berjemaah di tempat azan dilaungkan sehingga akhir hayat kerana itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W yang terbesar.
Sedikit selingan:
"Isteri yang terbaik bukanlah dikira dengan luarannya tapi dinilai dari hatinya (jujur dan sayang) kepada si suami. Jika hati suami bahagia dan tenang ketika melihat wajah isteri, sudah pasti isteri itulah isteri yang solehah di bumi ini. Samalah juga halnya bagi suami."
Bersama-samalah berdoa agar kita menjadi kekasih Allah di Dunia dan Akhirat dan cemerlang bersama-sama. Amiiiiin...
Kerdilnya aku membaca jawapan emailnya
Ku rasa amat hina
Tak layak untuk dia
Dan paling penting
Aku telah membelakangkan cinta utama !!!
CintaNya ...
Tiada kata mampu ku ungkapkan bagi menggambarkan perasaanku
Muhasabah cinta ... kondisi hatiku saat ini
Note untuk aku :
ReplyDeleteSeorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.