Friday, January 7, 2011

Beberapa persoalan

Setelah beberapa dekad hidup ini
Melalui ranjau onak dan duri ( poyo )
Aku dapati aku blurr dengan kehidupan ini
Aku sampai saat ini
Masih belum punya arah tuju yang pasti
Kehidupan ku rasakan entah nak buat apa
Apakah?

Ini kira dah berat jugak ni
Macam yang pernah aku terfikir sebelum ini...

Adakah kehidupan ni setakat makan tido berak ?
Setakat study keroje kahwin beranak bercucu ?
Setakat kerani bos jusa ?
Setakat rm 3oo rm 5ooo rm 9999999 ?
Setakat berjeragat berjerawat berparut licin putih melepak ?
Setakat 34 cup A 36 cup B ?
Setakat 32-27-34 , 36-24-38 ?
Setakat syed dan syarifah ?
Setakat bedminton squasy bola sepak?
Setakat emas perak berlian?
Setakat lemang rendang nasi ayam?
Setakat flat banglo kondo?
Setakat saga honda ferrari?
Setakat vespar suzuki honda?
Setakat saya awak kamu korang?
Setakat semalam hari ini esok lusa?
Setakat pakwe makwe hubby honey daddy mummy?


???


Huh...
Ape yang wajar aku buat untuk menghabiskan sisa kehidupan ni?
Memandangkan aku ada masa singkat sebelum kelas bermula
So aku terpaksa meninggalkan dahulu persoalan lain
Kena fokus pada soal hati yang bersangkut paut dengan wanita dan lelaki 
Kerana aku rasa bab ni paling penting setakat ini
Yang selalu buat aku bengong :P


Aku pernah jadi tomboi anti lelaki
Then pakwe aku meng-usha aku 3 tahun
Dah dapat aku kami bercinta pulak 2 tahun
Jadi ayu lah aku hingga hilang sume ke-tomboian aku
Siap pakai high heels ^^ --> haha tak bley blah
Lepas putus, aku beriman sejenak 2 tahun
Sempat merasa pinangan lelaki yang baik agamanya
Sanggup nak kahwin tu walau tak kenal
Cuma yakin dengan agamanya
Tapi parents kata enggak

So terus maintain single binti solo
Hingga terjebak dengan cinta kedua aku
Bulih dia jatuh cinta kat aku through phone ja
Muahahaha
Power sangat ke aku? Suara aku menggetarkan hati lelakinya kot
Mula-mula nak reject
Dah taubat tak bercinta lagi
Tapi aku pulak yang sotong
Lembik dengan teknik pengoratan die 
Sekejap ja aku jatuh hati 
Tak sampai  2 bulan
Memang bengong betul
Mane pergi nya kekerasan hatiku?
Bercinta tak lama
Dekat 9 ke setahun gitu
Putus oleh kekesaran mulutnya yang tak berinsuran 
Maki hamun sesedap rasa ayamas
Sekali lagi parah hati aku
Erm...

So kira dah 3 kali hati aku punah oleh sebab lelaki
Itu pun still lagi bengong bley jatuh hati kat si mamat
Die yang jadi tempat comfort zone aku
Dengan keprihatinan dia ja aku dah lembik
Tapi dia dah ada awek
Bengang jugak dah ada awek tu jangan lah nak buat aku jatuh hati pulak
Tapi walau aku jatuh hati pun aku tolak setiap ajakan dia untuk keluar
Pergh ! Dia bley marah pulak tuh 
<keciwa lah tu aku 1st perempuan yang tak mo keluar dengan dia>
Muahaha...
Puas hati aku ! Ingat senang nak hangkut aku ke sana ke mari?

Kira masuk si mamat, telah ada 4 lelaki yang pernah aku jatuh hati
Hurm...
Dengan ramadhan yang berlalu
Aku pernah bertekad tak nak bercinta lagi
Serik
Hati lelah
Tak larat
Penat
Nak kawen terus :)
Bley tak?

Tapi al-mangkuk ibni tingkat betul aku ni
Kerana sekali lagi aku tegar membiarkan hati ini jatuh dekat encik
Encik?
Ya encik yang di kenalkan oleh si mamat kepadaku
Entah macam mane
Mula2x tu contact through email ja
Pastu berani massage pulak
Pastu berani calling calling
Then berani cakap "i miss you"
Gila.
Bengong.
Nak nak berani panggil encik hubby
Memang mangkuk bertingkat tingkat betul aku ni
Tapi, memang rindu dekat encik
Dalam tak nak tak nak die jawab kol aku
Sempat tu bagi tazkirah
Gaye ustaz kat kampung aku
Huhu
Tu yang cair tuh
Kira die memang calon yang tepat untuk anak-anakku kelak...
Tapi...nape aku benarkan hati aku jatuh cinta kat dia ni sebelum masanya?
Aduisy :(

Napelah jadi macam ni? 
Termasuk encik, mamat, pakwe ke 2, lelaki masuk meminang dan pakwe 1st aku
5 orang semuanya
Yang telah, pernah, mencurik hati aku
Ada yang dah pulangkan balik, ada yang belum, ada yang on the way nak pulangkan

Nape jadi camni?
Ape solusi yang terbaik?








No comments:

Post a Comment