Wednesday, February 16, 2011

Izinkan aku jiwa jap

Perit, luka, sayu, pilu
Ntah apa lagi perkataan yang dapat ku ungkapkan 
Bagi menggambarkan hati ini

Mengapa sukar sekali
Untuk hati ini melupakannya
Mengapa mudah sekali 
Diri ini dipermainkan


Salahkah aku mencintai setulus hati
Dosakah hatiku yang ikhlas ini
Mengapa tegar aku disakiti
Dilukai dan dimaki-maki
Mengapa begitu zalim dan kejam
Apakah salahku hingga begini nasibku

Di saat hati ini ingin di culik
Buat menjadi milikmu
Mengapa begitu lembut bak softlan?
Mengapa begitu bersungguh?

Mengapa saat di tinggalkan

Aku di maki
Di cemuh
Apa salahku?


Tahukah betapa dalamnya lukaku?
Tahukah betapa peritnya jiwaku?
Tahukah bengkaknya mataku saban malam?
Tahukah?


Mengapa ketulusan hati ini di balas sedemikian rupa?
Apakah dosaku terhadapmu?


Dan hati ni pun satu
Mengapa masih bisa memaafkan dia?
Mengapa masih mampu membahagiakan dia?
Mengapa masih berlembut terhadapnya?


Kau sedar tak dia buat apa?
Kau sedar tak dia dah ada awek?
Kau ingat tak setiap cacian dan makian dia?


Owh hati...
Kau memang pantas dilukai
Tau kenapa?
Kerana kau terlalu tulus
Ikhlas
Kau terlalu mudah memaafkan


Hati,
Kau nak tahu sesuatu?


Nape ye Allah takdirkan ini semua untuk kau?
Membiarkan kau di sakiti, di lukai
Hingga kau jatuh terjelepuk 
Kau ingat semua yang ditakdirkannya sia-sia?
Owh tidak , tidak


Nak tahu nape?
Sebab ...


Dia nak kau tahu keciknya cinta manusia ni
Cetek, sempit, penuh nilai-nilai mementingkan diri
Itulah cinta seorang manusia bernama lelaki


Kerana mungkin selama ini
Kau tak sedar
Betapa ada sesuatu
Yang amat menyintai kau
Menyayangi kau
Berada selalu dengan kau
Segalanya untuk kau
Kau tak sedarkah?
Butakah kau ni hati?


Tenanglah wahai hati
Ujian ini membantumu mengenal cinta yang paling agung
Berbahagialah wahai jiwa
Kerana dengan sedikit usaha 
Kau akan dapat menikmati cinta itu


Cinta asyik yang membuatmu tegar bangkit saban malam untuk berdating
Meruntun kerinduan untuk memanjangkan sujud
Menjadikan dunia tiada makna tanpaNya
Berbahagia asal adanya Dia


Beruntung bukan?
Sabarlah hati...
Kuatlah jiwa...
Tidak jauh lagi perjalananmu
Sebentar cuma
Kau akan bertemu cintamu


^^

2 comments:

  1. Encik Psychopath,

    janganlah gitu
    saye penat dah nangis :(
    tak sangke pulak entry ni menyentuh hati

    aura dari jiwa yang terluka kot ^^



    p/s: kat Marina beach tu macam best je :)

    ReplyDelete