Friday, February 18, 2011

Koreksi diri


Beberapa hari aku flat
Tak makan tak minum tak mandi tak keluar bilik
(okeh, tipu ^^ over pulak)
Sebab si mamat the kampung boy !
Yang merobek-robek hatiku
Hurm

Hapelah bengong sangat aku
Mamat tu dah tentu tentu bersukaria dengan awek die
Yang aku mental sengsorang
Ape ke he?

Cukuplah
Cinta yang telah berlalu
Biarlah pergi

Hati
Lepaskan dia pergi
Lupakanlah segalanya
Usah tanggung derita lagi
Kau bukannya di timpa gempa bumi ke tsunami ke
Masih bernyawa lagi ni
Mak ayah kau pun segar bugar
Adik-adik sihat walafiat
Kaki tangan masih mampu bergerak
Ape sedih-sedih sangat?

Maafkanlah dia
Kerana kemaafan itu ubat mujarab buatmu
Mungkin dia buta bin bengong binti dungu
Tak reti menilai cintamu
Doakan kebahagiaannya
Kerana cinta tulusmu

Ya
Baik
Baiklah
Aku maafkan dia
Segala kezaliman caci maki kecurangan terhadapku
Aku maafkan setulus hatiku
Pasti ada hikmah di sebalik semua ini
Kau kurnaikanlah dia kebahagiaan dunia akhirat, Tuhan

Mari
Diriku
Kita memulakan semula hidup baru
Menyusun bongkah-bongkah
Mengatur langkah-langkah
Menuju kebahagiaan hakiki :)

Aku mungkin perlu beberapa waktu
Untuk bertapa di gua
Bagi membersih dan menguatkan hatiku
Merenung hakikat kejadian dan kehidupan
Muga sekembalinya aku
Dengan penuh semangat dan kegagahan
Untuk meneruskan jauhnya perjalanan
Sebuah kehidupan


















To all
take care
we'll meet again soon
InsyaAllah
(maybe in Mei, lame nak bertapa nih)

T_T

No comments:

Post a Comment