Ada 1-2 perkara baru ku pelajari
Hingga menyesakkan dada
Meruntun jari-jari menaip di sini
Untuk sebuah sisi kehidupan yang di cari
Aku taip dalam nada : pertapaan (direct, tak feelings sangat)
1. Ayah di zaman kerjanya sangat bersemangat dan disiplin. Setiap kali meeting, mesti ada sahaja cadangan yang di bangkangnya, kalau cadangan tersebut kurang bernas. Dengan penuh yakin diri, dia menyuarakan idea-ideanya. Walau ramai rakan sepejabat, termasuk bosnya membenci. Hingga dia tidak dapat naik pangkat kerana mulut lasernya.
2. Di saat pencen, ayah di panggil oleh JPA untuk menerima anugerah cemerlang. Dalam perjalanan ke putrajaya, dia berhenti seketika. Terharu hatinya mengenangkan, betapa selama ini dedikasinya terhadap tugas hanya kini baru di hargai. Kepada emak dia meluahkan.
3. Betapa tensionnya ayah sekarang, apabila sampai surat dari perumahan. Tidak semena-mena, pertapaanku terganggu. Walau malas nak ambil tahu, tapi sebenarnya kasihan kat ayah. Lalu dengan tabah aku melayari laman web perumahan :
http://bpp.treasury.gov.my/web/
4. Banyak rupanya aku masih tidak tahu. Selambak akta pekeliling yang ada. Satu-satu aku buka, baca dan fahamkan. Pergh...susah kehidupan ini. Dari mana emak ayah belajar uruskan semua ini? ya, mungkin sahaja aku belum bekerja, maka aku cetek ilmu dalam bab-bab ganjaran, pencen, KWSP, GCR (ganti cuti rehat)...
5. Yang penting, bab pinjaman perumahan. Berkali-kali aku baca, dan kemudian terangkan kat parents aku law yang telah di gazetkan. Menyumpah-nyumpah ayah. PTD (pegawai tadbir & diplomatik) bodoh.bodoh.bodoh... aku hampir sahaja terpengaruh, kerana aku tidak nampak apa rasionalnya 50% dari duit ganjaran kena bayar untuk pinjaman perumahan kedua. Apakah? Sedangkan duit memang sudah di potong setiap bulan dari duit pencen bagi bayaran rumah kedua. Kenapa hendak sibuk-sibuk dengan duit ganjaran orang?
6. Ini klausanya
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 12 TAHUN 2002
b) Bagi peminjam yang layak mendapat pinjaman dikenakan kadar keuntungan/faedah 4% dan 6%, perkiraan ansuran bayaran balik adalah berdasarkan kadar purata wajaran (weighted average rate).
c) Mengenai syarat insuran/takaful gadaijanji, peminjam yang mengambil Pinjaman Perumahan Harta Kedua adalah diberi pilihan untuk mengambil insuran/takaful gadaijanji dengan syarat harta pertama belum lagi dijual dan tidak boleh dijual sebelum selesainya pinjaman keseluruhannya. Walau bagaimanapun, peminjam diwajibkan terus mengambil insurans kebakaran untuk Pinjaman Perumahan Harta Kedua.
d) Tempoh bayaran balik Pinjaman Perumahan Harta Kedua adalah 20 tahun maksima bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib bagi semua pinjaman perumahan.
(memang kena baca 2-3 kali baru fahamkan ? fuuhhhh)
7. Makanya, banyak lagi yang harus aku pelajari. Baru kira bab faedah 4% ja, sudah berasap telinga aku. Mana taknya, aku kira-kira duit yang kena bayar adalah sekaliganda termasuk faedah. Katakan pinjam rm 5, bayar rm 10...tu takpe lagi. Kalau pinjam rm 60 000, kena bayar rm 120 000...tak ke hangin di buatnya?
8. Habis kira, mata aku menyorot pada emak ayah. Serentak mereka menjawab : cara Islam ke konvensional ke sama je. Dalam hati aku : tiada cara lain kah? memang cara bank Islam pun macam ni ke?
9. Jadi kesimpulannya, without knowledge we can be fool by others. So, aku kena ulangkaji bab-bab financial nih...
sambung bertapa ^^
No comments:
Post a Comment