Saturday, April 30, 2011

Indahnya menjadi seorang wanita

Sudah 2 minggu berlalu since last aku mencoret di sini
Kini genap sebulan aku cuti
2 minggu yang berlalu ni tak sebegitu efektif sepertimana 2 minggu yang awal
Kecewa jugak rasa gagal menggunakan anugerah masa yang ada dengan baik
Hari ini, kembali aku menyemak semula perjalanan sebulan bercuti
Nak rancang semula perjalanan cuti lagi sebulan sebelum mula kelas

Yang nyata, satu perkara yang berhasil aku buat sepanjang 2 minggu ni
Adalah belajar motor dan amik test JPJ 23 hb 5 kelak
Walau aku dah ada lesen kereta
Tak salah belajar motor pulak, menambah kemahiran hidup :)
Tercapai jugak cita2ku ini
*sebab jeles tengok gadis2 KL ligat bawak motor, aku pun nak jugak*


Hurm...
Dalam 2 minggu ini jugak
Aku belajar menjadi suri rumah sepenuh masa
Bukan dolu2 tak belajar
Masa cuti sekolah atau cuti sem
Tapi cuti kali ni amat menyentuh hati dan perasaanku
Akan tanggungjawab sebenar seorang suri rumah
Dolu2 aku buat kerja2 rumah sekadar buat je
Sekarang, setiap kali aku buat kerja2 rumah
Aku rasa lain
Gadis2 ade rasa tak ?
Lain
Lain sangat
Mungkin sebab ini cuti panjang last aku sebagai student sebelum kerja ^^
Jadi aku rasa nervous + cuak pada ketumpatan kepadatan hasrat yang tinggi 
*penin dengan ayat sendiri...huhu*


Jujurnya,
Aku amat merasakan indahnya menjadi seorang wanita...terutamanya suri rumah
Aku amat kagum
Kira tabik spring kat wanita2 yang 
jadi suri rumah sepenuh masa
Huii...memang terbaiikkk
Seawal pagi bangun menunaikan hak Tuhan
Kemudian kejut family
Kemas2 rumah
Kalau hari belajar motor (selasa & rabu), pi belajar sejam belah pagi
Basuh pinggan
Memasak
Kemas dapur
Jemur kain
Kira sampai tengah hari baru rest
Makan tengok berita solat
Petang kot baru ada masa untuk diri sendiri...tu pun kejap ja
Kena angkat kain
Lipat, susun kain berlipat kat almari
Lepas Asar kena amik mak kat pejabat dengan adik kat tadika
Then baca paper kalau belah pagi tak sempat baca


Karang malam kena ajar ngaji
Pastu sambung belajar dengan budak2
Membawa ke malam
Ada jugak malam tertentu yang kena bawa mak keluar jejalan
Pastu tidur dengan kepenatan


Fuiii...itu jadual aku lebih kurang 2 minggu ni
tapi ade gak aku terkantoi sana sini
dan sejujurnya juga ku akui
memang penat + bosan + lelah 

hari2 takde kerja lain
mengemas + masak
mengemas + masak
kalu delay atau tangguh ja
adik2 balik sekolah lapar
kain berlonggok tak berlipat
pinggan mangkuk menggunung kat dapur
lantai berhabuk tak bersapu
bilik air berlumut tak berbasuh
dan of course mak membebel tak berhenti 

huhu
pernah satu hari tu
aku menangis sebab penat gile
baru kejap aku lepak2 *maklumlah jiwa muda remaja tau nak lepak ja*
tergendala habis kerja rumah
bila qodho balik buat semua
menangis tak berlagu lah aku
dari ruang tamu, membawa ke bilik2, dapur, bilik air
mane tak nangis T__T


dan malam tu
dengan sakit2 badan lepas menyapu, mengemop seluruh rumah
dengan mak membebel 
aku rasa DOWN GILE *ish tak baik, sifat orang kafir nih*
nangis jap
pastu terus tertidur


tapi ntahlah
mungkin Allah nak ajar aku
aku masih betah buat semua tu
dan di saat itulah aku rasakan indahnya menjadi seorang wanita
iaitu SURI RUMAH 

betapa mudahnya seorang wanita tu dapat pahala
hanya dengan duduk rumah dan siapkan tanggungjawabnya
yang penting, hari2 buat kerja ikhlas kerana Allah
barulah tak rasa penat + bosan + lelah  *macam aku rasa...kui kui kui*
tak cukup ikhlas aku ni
barulah bila ada orang mengkritik "kaklong ni nape ni ade habuk kat sini ni? "
kita tak rasa DOWN --> sebab kita dah buat yang terbaik , dan hanya keranaNya
bukan untuk menambat hati mak ayah :D
kita buat keranaNya, dan is a bonuslah bila mak ayah gumbira kan?

hurm...
sweetkan jadi wanita?
indah
sebab bila wanita kuat, orang di sekelilingnya juga akan kuat
sebab aku perasan bila aku malas + lepak2 
satu family aku pun joint same macam mood aku
virus M atau penyakit M *malas*
mak asik baring...ayah lagilah " hapelah anak ni, kita nak amik semangat dari die.." 
adik2 ngaji ntah ke mana ulangkaji entah ke mana
fuhhh ! berat tanggungjawab seorang kaklong nih


sebab tu aku dah tak emo dah dengan satu statement nih
" di belakang seorang penyamun, perompak, perogol...ada seorang wanita"
memang betul pun
awal2 aku emo gile bace
rase nak koyak ja utusan ni
tapi, memang betul pun
betapa peranan wanita amat penting dalam membentuk peribadi anak
hurm...


memang best jadi wanita ni
duduk rumah, jaga anak baik2 *opps bukan jaga... didik anak*
malam pakai cantik2 layan suami pulak
jaga solat, jaga puasa, jaga maruah
dah dapat masuk syurga


bestnyaaaaaaaaa !!!


nak jadi suri rumah !
kepada bakal suamiku, izinkan ku jadi surimu :)


tetibe dengar bebelan 
"mana boleh jadi suri rumah. nanti laki meninggal ke ceraikan kamu ke...nak bagi anak makan batu agaknye? wanita kena berdikari !"
aduh...sadis. Mak ni kacau daun betui :(


indahnya menjadi seorang wanita









2 comments:

  1. hehe. menarik :)

    hmm. pernah gak rasa macam tu. rasa give up pun ada lagi2 time nak kena bebel tu. ahah.

    tu la. respect la kat ibu2 yang sanggup jadi suri rumah. orang tengok senang je sebab duduk rumah. tapi, kerja di rumah sebenarnya, non-stop kan, :)

    kualiti seseorang anak tu, kita boleh tengok asal dari pengurusan di rumah dulu. ape2 hal semua dari rumah kan :)

    p/s- semangat2! eheh

    ReplyDelete
  2. Sar yang comel ^^

    awak pun rase jugak eh?
    sadis kan time kene bebel
    huhu...

    tapi ni mak takde
    kursus 3 hari
    rindu pulak nak dengar die bebel
    bebel = sayang ^^

    thanks, semangat cket hari ni, curik semangat awak :)

    ReplyDelete