Monday, April 18, 2011

Sayang ^^

bersendiri aku memuhasabah diri
berlalunya 2-3 hari dengan penuh kesibukan
mengapa hati masih dirudung pilu?


beberapa hari ku tahan kepiluan ini
ku letak tepi demi menunaikan hak-hak manusia 
juga hak sebuah masa


malam ini ku kelapangan
pingin sekali ku nukil hasil muhasabah ku disini
buat tatapanku saban waktu
ingatan diri yang lemah dan lalai


kehidupan ini sememangnya hanya permainan dan senda gurau
manusia dan alam seisinya memenuhi keperluan masing-masing
setiap satu terkait dan saling melengkapkan


betapa seorang manusia itu dirinya boleh berubah sekelip mata
sesaat seminit sejam emosi boleh turun dan naik
hanya kerana sesuatu berita atau perkara
sedang gembira tetiba sedih
sedang letih tetiba gembira
sedang sakit tetiba lelah
dan macam-macam turun naik emosi
sama seperti turun naiknya saham


buat diriku... 


Sayang,
kau harus teruskan kehidupan ini
jalankan tanggungjawabmu... 
tunaikan hak tuhan, hak insan juga hak masa
jalani hidup ini berlandas peraturan alam 
yang telah tercatit dalam kitab suci
meski ombak tsunami melanda

tabahlah, sabar dan kuatkan kesabaranmu
lalui hari-hari tersebut dengan penuh motivasi
sesungguhnya motivasi terbaik adalah tuhanmu
biarlah kau senyum di khalayak
simpan tangismu di hadapan penciptamu
kongsilah kisahmu dengan insan terpercaya
seawal waktu kau mula merasa ketidak enakkan 
setiap sesuatu yang berlaku pastikan ada jalan keluarnya
atau paling tidak,kau luahkan di sini
blog curahan hatimu
muga kamu sayang, bisa lapang


Sayang,
di saat kekeliruan dan kekosonganmu
tundukkanlah lututmu
rapatkanlah dahimu
menghadapNya
jangan kau terus terlarut dengan kekeliruan
isi waktumu dengan bacaan yang membuka nilai kehidupan
menghidupkan jiwa menyuburkan ruhi
sesungguhnya sebaik-baik bacaan dan zikir adalah kitab suci alquran
ingatlah tiada kekosongan kerana dunia ini ada pertanggungjawaban
yang akan dipersoalkan kelak


Sayang,
di saat kamu merasa kecewa dan putus asa
ingatlah bahawa kamu adalah insan terpilih
diciptakan untuk mewarisi bumi ini
ketahuilah putus asa itu sifatnya orang kafir
yakinilah rahmat tuhanmu
usah kamu berduka lara akan setiap yang berlaku
tapi semaklah setiap usahamu
mungkin usahamu masih cetek, tiada keikhlasan di hati
manusia hanya akan peroleh apa yang diusahakannya


Sayang,
di saat kamu di uji dengan cinta adam dan hawa
ingatlah bahawa nafsu itu kalau diturut membuatmu gila
yakinilah nikmatnya bersabar sepertimana nikmatnya berbuka puasa
kamu adalah wanita muslim
diciptakan untuk seorang adam
yang belum kamu ketahui siapa dan bila
tapi kamu diwajibkan untuk terus menjaga dirimu
kamulah wanita hiasan dunia
dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
kamu boleh sayang


Sayang,
kamu tidak akan dapat memuaskan hati manusia seluruhnya
meski kamu telah mencuba sedaya upaya
hingga membeban dan merobek hatimu sendiri
puaskanlah tuhanmu, jagalah hakNya
kerana apabila hubunganmu denganNya kau jaga
maka Dia akan menjaga hubunganmu dengan manusia

Sayang,
dunia ini seperti kau tahu
hanya permainan dan senda gurau
laluinya dengan penuh hati-hati
setiap langkah penuh waspada
cubalah yang terbaik sedaya upayamu
jauhkanlah diri dari melakukan kesalahan
namun janganlah kau lupa bahagianmu di akhirat sana


Sayang,
kematian itu pasti
cuma entah bila dan di mana
bersiap sedialah
berusahalah semampu
walau selalu kau gagal 
jangan sesekali kau berputus asa
memang fitrah adanya kegagalan dan kejayaan
tapi persoalannya adakah kau bangkit setelah kegagalan itu
teruskan teruskan dan teruskanlah sayang
yakinlah tuhanmu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang




Sayang,
kau boleh !
aku yakin padamu
dan aku menyintaimu, diriku 








buat tatapan...
diriku sayang

2 comments:

  1. assalamualaikum :)

    ni macam menarik ni. tiba2 diri ini turut bersemangat sama!

    thanks! ;)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sar ,

    ^^
    alhamdulillah, sekadar perkongsian
    lepas bengong2 2-3 hari
    hehe...
    buat ingatan kat diri yang selalu lalai T__T
    isk isk

    jom same2 semangat !
    chaiyuk! ;)

    ReplyDelete