Aku masih bernafas hingga ke hari ini
Dan betapa baiknya Allah
Dia mengujiku dengan sesuatu yang aku sukai
Cuti ^^
ya, cuti
aku di uji dengan cuti yang panjang
cuti 2 bulan
betapa selama ini aku mengimpikan suatu masa untuk diriku
dan akhirnya aku peroleh satu anugerah dan kenikmatan yang tak terhingga ini
aku baru saja memulakan cutiku
dah masuk minggu ke-2 ni
dan sepanjang minggu pertama telah ku isi sebaiknya
semua plan yang ku rancang berjalan dengan baik, on time
penuh semangat kesukanan. eh tetibe pulak :D
masuk minggu ke-2 ni
ntah nape gear mula rendah
nak masuk gear 3 pun payah
ape kurang minyak gear ke?
ni kes bahaya ni
masuk hari ni je dah 2 hari takde output
tak buat pape pun untuk masyarakat
hehe
sekadar ajar adik aku sepanjang ahad hingga senin
lain-lain tak buat
tidur je banyak
hurm...
malam ni tak dapat tidur
susah gelisah
memikirkan cara terbaik untukku isi cuti kali ni
mampukah aku?
menggunakan masa yang di beri ini dengan bermanfaat?
yang aku dah buat, aku dah kemas store
huiii boleh turun 3 kilo kemas barang
angkat katil almari baju almari buku komputer baju lame
macam2 barang ade
alhamdulillah, dah comel dah store
sekarang jadi bilik belajar adik-adikku
mula2 plan nak buat perpustakaan
tapi tak terdaya aku nak setup
banyak barang kene keluarkan
mak ayah pulak jenis penyayang
semua barang lama nak di simpan
habis aku kena marah bila nak buang barang
aduhai lah
takpe2 ... at least jadi separa library pun ok gak
dan perkara kedua aku dah buat adalah menumpahkan perhatian
untuk adik-adikku
yang sorang aku siapkan UPU sambung ijazah
sekali ngan SPA untuk kerja
kira dia nanti nak part time keje ngan study lah
lagi 2 orang pulak
aku mengajar diaorang macam personal teacher
huii penin berpinor mato den
pi bace balik buku form 2 form 5
hurm...
one of them siap request
kaklong adik nak belajar ngaji ^^
baik...
tinggal si kecik ja aku tak buat pape untuk die
macam mane ye
currently she's 11
being a down's
make her special in her own way
sekarang die tengah sibuk dengan "adik-adik baru die"
neng ngan tam
???
apekah?
kucinglah. 1 warna kuning, panggil neng...1 hitam, panggil tam
semenjak ibu kucing tu datang beranak kat umah kami
keluarga ku dilanda kucing mania
hehe. kelakor betul
dan perkara yang baru ja aku settle
adalah : (klik kat words in red) ex aku yang tersayang
hehe
tu ja pun punca gear aku rendah
tak high speed macam last week
mana taknya
dah ditinggalnya aku
carik aku balik tetibe nak kawen ngan aku
terperanjat beruk lah aku
huii aku dah lah memang sayang kat die
berperang emosilah aku dekat sebulan kot nak wat keputusan
dalam sebulan tu sempat jugaklah aku berbaik ngan die
beri die peluang jadi boyfie
rasa kasih sayang manje2
huii memang bengong !
dan akhirnya aku menguatkan diri aku untuk bersara dari alam percintaan
kami memilih untuk berpisah
bukan sebab tidak sayang tidak cinta
malah dia sangat mencintaiku
dan aku jua begitu
cuma kerana keadaan tidak mengizinkan
titik
tapi mampukah aku?
sekarang ni pun dah rasa rindu kat die. rindu gile :(
tapi takpelah
pesan kawanku
" kau sabarlah. elok bercinta lepas kahwin. hati tenang. kalu rindu bley peluk terus." haishhh, mangkuk betul lah kawan aku ni. ade ke camtu pulak.
tapi seperti mana hasratku sebelum ni
saat aku ditinggalkan, aku memang dah bertekad "no love anymore"
aku yakin jodoh telah ditetapkan
tinggal kena usaha cara betul , doa + persiapkan diri
cuma keadaan jiwa aku lemah sikit sekarang
khuatir andai aku tak kuat untuk tahan rindu
dan sekali lagi membiarkan diriku terperosok dalam alam psiko itu lagi
mudah2an aku kuat
sabar, sabar dan sabar
sesungguhnya berkat kesabaran itu indah
nanti dah kahwin, dapat bercinta
bukankah lagi sweet baru nak kenal si dia?
saat akad di lafaz...
then baru mula bercinta
"erm...awak.eh abang. terima kasih sebab sudi memperisterikan saya. bimbinglah saya, muga rumahtangga ini diberkahi "
"abang suka makan ape? minum?"
"awak. rasa janggal pulak. takpe2 saya panggil awak sayang eh. nak biasakan diri"
"eh takpe2. kita pakai awak awak pun takpe. atau awak abang ke. nanti dah berputik perasaan tu, panggil lah pape pun awak nak. sayang ke, baby ke, honey ke"
"tapi...saya dah mula menyintai awak saat lafaz akad tadi...kerana Allah. sayang adalah anugerah terindah diciptakan dan dikurnaikan untuk abang"
" ^^ (ku tersipu-sipu) abang pun di anugerahkan Allah untuk saye. You are mine ;)"
ahaks ! kan best gitu. sweeeeettttt. berangan pulak.hehe. ish3
aku tak tahu samada aku mampu
tapi aku akan cuba
sungguh aku amat ingin bercinta
sungguh aku rindu dia
tapi...pengalaman yang lalu buat
aku tahu rendahnya nilai cinta manusia
dan hebatnya cinta Dia
muga aku kuat
aku kuat
aku kuat
insyaAllah
No comments:
Post a Comment