Alhamdulillah, telah selamat sampai dari Kuantan
Percutian dengan family kat sana memang best
Rileks habis dan menenangkan
Banyak jugak berfikir + berangan + termenung
Rasa semangat membuak-buak untuk share something pagi ni jugak
*tak ngantuk sbb dari muadzam shah ayah drive, so tidur siap2*
Sharing kali ini ada 2 part, sebab panjang sangat (sharing is caring)
Semangatnye exponential >'_"<
***
Sepertimana muda mudi lain, aku adalah gadis yang pernah gagal bercinta
Dan aku melalui fasa2 frust menonggeng yang amat
Bersedih, bertemankan air mata adalah kemestian buat setiap malamku
Tak lalu makan, tak keluar bilik, tak bersosial
Dunia rasa gelap tanpa sebarang harapan
Yelah hati hancurkan
Aku juga pernah memaki ex aku untuk melempiaskan rasa amarahku
Mengganggu hidupnya sampai puas hati aku
Menanam rasa benci dan dendam padanya
Berharap perkara malang menimpa hidupnya...dilanggar penyek lori taik
Aku ingat aku bahagia begitu
Malangnya tidak
Aku semangnya tak bisa sedemikian, kerana aku ikhlas mencintainya
Maka dari situ, aku belajar menerima takdirku seadanya
Dan terus menerus mencintainya hingga kini, walau tidak memiliki
Merindu dari kejauhan tanpa diketahui pemilik badan...
Betapa Alhamdulillah, hidupku kini lebih stabil dan bermakna
Rupanya nikmat yang diberi amat indah
Being single, is the most wonderful things in life
Dan aku yakin dengan pilihanku ini
Zaman dating, tengok wayang, gayut telepon malam2...
Juga aktiviti percintaan yang lain telah berlalu
Semua telah aku tinggalkan jauh di belakang
Aku tak ingin berpatah balik ke zaman itu
Berkomitmen pada seorang MAKHLUK yang belum pasti sahnya milik aku
Berpenat jerih merindu , menyayangi, merajuk, bergaduh, berbaik
Mengalir air mata, wang dan kerugian masa mudaku
It’s really NEUROTIC AND FATIGUE
Sebab tu sebenarnya tiada percintaan sebelum pernikahan
Sweetkan Allah, semua aturan hidup Dia dah ajar
Saje aku lah yang bengong nak melukakan diri sendiri
Padahal pilihan di tangan aku *isk isk*
Sekarang, biarlah aku melalui zaman single ini to the fullest
Sebelum aku dinikahi dan memikul tanggungjawab lebih berat *adeh*
Soal jodoh, telah pasti di tangan Tuhan
Kita hanya perlu berusaha dan berdoa
Berusaha guano tu kalau dah tak nak bercinta lagi?
Berusaha kat sini maksudnya persiapkan diri
InsyaAllah, sampai seru...adalah jodohnya
Biar mak ayah carikan, senang
Dan iringi dengan solat2 sunat dan doa
Tok kadi dah kasik green light, apalagi bercinta sakanlah puas2
Dah tentu2 suami tu milikku *mmuuuaaahhhh*
***
(tetibe semangat kus-kus datang)
Ayuh gadis-gadis !
Kita adalah gadis paling hebat , cun dan berdikari
Kerana kita kuat dan tegar untuk being single
Di saat teman-teman remaja lain masyuk bercinta
Kita bisa hidup tanpa lelaki
*saat ini akan kita lalui jugak andai Dia menguji kita bila suami tercinta lumpuh seluruh badan atau minta untuk memadukan kita atau menceraikan atau meninggalkan dunia ini... kalau bukan suami, kita juga mungkin kehilangan lelaki lain yang berpengaruh kuat dalam hidup ini seperti ayah, atau adik beradik lelaki yang selalu support dan jaga kita*
Ayuh kita nikmati zaman single ini dengan mantop sekali
Sebelum kita bergelar isteri ... juga ummi
Kita punya ruang waktu yang luas untuk mempersiapkan diri, memperbaik diri
Ketahuilah bahawa persiapan diri amat penting kerana kita pengurus rumahtangga :)
Sedangkan nak bekerja pun kita belajar berpuluh tahun *dari tadika- university* , inikan pula mahu mendirikan rumahtangga kelak, insyaAllah. Haruslah sama serius menimba ilmunya kan?
Suami memerlukan seorang isteri yang cekap mengurus rumah, berjiwa besar dalam mendidik anak, menghormati ibu bapa, berdikari dan tahu jaga diri, pandai bermanja dan sentiasa cantik untuk tatapan matanya.
Being single, is the best time to enjoy life and prepared to be isteri solehah dan ummi mithali *beriya ni cita2, insyaAllah*
Go go girls !
Bestnya kalau dapat cenggini ^^
Jom hayati ...
No comments:
Post a Comment