Monday, May 16, 2011

Being single 2

Secara ringkasnya, saye just nak share outline yang setakat ini perlu di lakukan, sebagai persiapan @ persediaan sebelum masuk alam baru --> beRUMAHTANGGA.
InsyaAllah bulih top up lagi bila ada idea kelak... ^^
(suke share kat sini sbb untuk note diri sendiri jugak, malas tulis kat buku, nanti buku berhabuk ke hilang ke...yelah, kahwinnye ntah bilekan? this blog is the perfect note book  for me^^)


Sebelum tu, sebagai ingatan untuk empunya badan jugak, bahawasanya persiapan dan persediaan ini adalah kerana Allah, untuk mencapai keredaanNya --> Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Niat baik, dapat pahala. Bila dikerjakan kebaikan, tambah lagi pahala. Niat jahat, tak dapat ape. Bila dikerjakan kejahatan, baru dapat dosa. Sweetkan Allah ? ^^ Ayuh kita berniat sekarang ! Sahaja aku berpuasa pada esok hari ... eh???   :P

***

Untuk diri sendiri + future family
-       1. Sentiasa jaga kesihatan. Mempunyai gaya hidup yang sihat dan berdisplin. Bersenam dan work out to tone our body. We must maintain our curves...sexy and beautiful throughout our life till the golden age. Kesihatan penting kerana kita tidak mahu sakit ketika suami memerlukan belaian, anak mahukan perhatian dan pendidikan, ibu bapa sedang sakit...paling penting kita mahu sihat untuk beribadah...samada ibadah harian mahupun menunaikan haji kelak

-       2. Perbaik penampilan, berpakaian menutup aurat dan sopan kerana Allah. Segala aset indah kita hanya untuk suami. *pheewiiit* mana bulih kasik orang lain tengok. Sikit pun tak bulih. Sesungguhnya yang tertutup itu lebih mahal nilainya dari yang terdedah...
-        Perbaik ibadah dan menambah ilmu yang sepatutnya
o   Ilmu tentang tanggungjawab suami isteri
o   Ilmu sewaktu tempoh mengandung dan melahirkan
o   Ilmu ketika berpantang
o   Ilmu mendidik anak- dari sudut aqidah, ibadah, kemasyarakatan, akhlak, perasaan,jasmani, intelektual, kesihatan dan seksual

-        3. Belajar menari untuk suami
-        4. Menambah kemahiran2 hidup yang belum dikuasai
o   Lesen kereta
o   Lesen motor
o   Sedikit asas kenderaan – tukar tayar bocor, jet kereta,  cek @ tukar minyak hitam, major servis ape kena tukar... kira tahu basic lah – bila kena tukar timing belt kalau tak nak kena overhaul
o   Berenang
o   Menjahit
o   Memasak – healthy cooking to prevent obesity and chronic disease such as diabetes mellitus (kencing manis) and hypertension(darah tinggi)
o   Pelaburan, perancangan kewangan juga asas perniagaan
o   Seni mempertahankan diri – seperti silat atau karate do

***
( enjoying single life)

Keluarga

Mungkin selama kita bercinta kita kurang prihatin pada keluarga kita. Asik sibuk berdating bergayut bercinta. Being single, ayuh kita berbakti pada keluarga. Lebih banyak waktu dan ruang untuk menolong mak ayah, bershopping berjam-jam dengan mak, gardening, belajar dan bermain dengan adik2...tengok wayang dengan adik, belajar dengan die...balik kampong buat aktiviti kampong yang mengujakan macam panjat pokok ambil buah, mandi sungai, masuk hutan, kacau dodol dan macam-macam lagi. Paling sempoi bawak wan @ nenek dan makcik-makcik ibu tunggal dekat kampung tu jalan2. Best gile. Kira keluar dating dengan warga emas gitu ^^ best, tak caye cobe buat :) bersame mereka, kita akan lebih insaf...dan lebih menghargai masa muda...insyaAllah

Sebagai rakyat bertanggungjawab
1. Selain itu, mari kita ambil peduli tentang ekonomi dan keadaan politik negara. Kita tidak mahu menjadi remaja yang tidak endah tentang negaranya. Kita tidak mahu negara ini jadi caca merba. Kita tidak mahu jadi remaja yang dunianya hanya cinta, facebook, wayang, artis, lagu-lagu, drama korea, konsert, sibuk dengan gajet terbaru di pasaran, melepak sana sini. Kerana kita tahu dan yakin, kemajuan dan kehebatan sesebuah negara bergantung pada pemuda pemudinya...kerana kitalah yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara...tak percaya? Contoh kecil. Lihat saja pada rakan-rakan kita yang freshly graduate, either dari dalam mahupun luar negara...mereka yang melepasi temuduga dan dilantik jadi PTD. PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK. People that involve in penggubalan dasar-dasar negara. Tak semestinya perlu jadi  wakil rakyat atau menteri kabinet ke hape. Secara indirectly, merekalah yang mentadbir negara. Andai jati diri tak kuat, jadilah kita PTD yang terima duit kopi bawah meja. Saye katakan ini, kerana kawan saye yang kerja PTD cerita sendiri pengalaman kerja dia.

2. Ingatlah teman, kita tidak mahu menjadi seperti Palestin, terpaksa berjuang demi mempertahankan negara sendiri. Fatah dan Hamas telah bersatu. Lebih kuat untuk menentang Israel. Lihat saja jiran terdekat kita, Singapura; bagaimana dahulu dan sekarang. Fikirkanlah, tidak mustahil kita akhirnya tewas di bumi sendiri. Mahukah kita merempat dan mengemis di Negara sendiri?

3. Setiap dari kita punyai position dan fungsinya sendiri. Be it you are a student, a father, an accountant, a lawyer, an engineer, a clerk, a lorry driver or even seorang penanam anggur berjaya...you have your own responsibilities. Each one of us is one brick of  Malaysian wall.  We are part of it.


4. Dan setiap insan itu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas apa yang di pimpinnya. Suami, atas isteri dan anak-anaknya. Isteri atas anak-anaknya. Ayuh kita menjadi lebih bertanggungjawab ! Sudah berdaftar belum untuk mengundi ? *muka penuh semangat kesukanan. Eh tibe2*

5. Nak mengundi yang mane, bukan isu. Itu seperti kata Nabil, "kamu fikirlah sendiri" - hehe. gaye sopan. Yang penting, adalah sejauh mane KEPEDULIAN KITA TERHADAP NEGARA. JUST THAT.

erm... ade lagi nak share, sambung part 3 lah, nanti panjang sangat :D

No comments:

Post a Comment