Saturday, May 21, 2011

ok jujur.

ok jujur.
aku gagal lagi
*sigh*

ok jujur.
semalam balik dari kelas
flat
emosi rase penat amat
memulakan kelas lepas lame cuti
huhu
penat

ok jujur.
dalam penat-penat
bersihkan diri
terus tidur
lewat malam terjaga
dan rasa bengong hadir
rindu !

ok jujur.
aku bengong lagi.
hoiiii !

ok jujur.
aku rindu.
aku nak bercinta.
aku mahu bercinta !
aku nak kahwin.
cepat.
susah jaga hati.
di zaman yang penuh dugaan ini.

kenapa aku bengong ni?
kenapa kecoh2 ?
kenapa tak kuat?
kenapa sayang?



ok jujur.
aku kecewa.
kenapa setiap kali baru nak kuat.
semangat.
berkobar2.
tibe2 jatuh merudum.
terjelepok.

 
ok jujur.
aku benci semua ini.
mainan hati dan perasaan.




bisikan.
nafsu.
was-was.
aku benci.

ok jujur.
aku cuma pingin tenang.
tanpa rasa rindu.
aku mahu hati ini terjaga.
 belum tiba masanya untuk bercinta.
selagi tiada ikatan nikah.

ok jujur.
walau aku gagal lagi.
aku akan bangkit.
takkan pernah aku putus asa.

ok jujur.
cinta Dia yang paling agung.
titik.


*kepada encik hubby, nanti cepat2 masuk meminang lepas saye habis belajar ye*



11 comments:

  1. assalamualaikum :)

    ~ehe. sabar sabar sabar :)

    dari sekarang pun dah boleh usaha.

    istikharah!

    tenang hati. hope ditunjukkan mr hubby yang sebenar. :)

    InsyaAllah. ada lah tu nanti.

    ~cehcehceh..membebel pula saya. :p
    untuk diri sendiri sebenarnya. ~ehe

    ReplyDelete
  2. salam cik nob:)

    harap bykkn bersabar ye..menantikan kehdiran en hubby tu ye..insyaallah akn muncul dia nnti..

    wat masa skang ni..rase nye elok lah fokus kpd pelajaran dulu ye..biar cpt habis..

    dn jangn jemu untuk berdoa ye..

    semoga cik nob sentiasa bahagia dn ceria slalu ye ;)

    ReplyDelete
  3. Kakak datang singgah sementara
    menjenguk ada yang sedang berkecamuk
    mengapa dan mengapa
    jujur ok
    ada DIA di mana-mana
    luahkan dan pasrah padaNya
    Insya-Allah lega
    jujur ok...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum semua :)

    1. Cik sar :)

    waalaikumussalam
    ehehe ~p
    malu kat awak
    hapelah malam2 ni bengong pulak
    tapi memang gatai nak bercinta
    susah jugak nak maintain single nih
    dugaan banyak
    *aduh*

    muga saye terus dilindungi
    dari terjebak lagi ke alam bengong sedunia
    kuat kuat kuat :)

    2. Encik Wan :)

    terima kasih atas ingatan
    tak sedar pulak belum habis belajar ye
    bukan ape
    dugaan kat luar rumah kuat
    selamat lagi bila dah berstatus "isteri orang"
    hehe ~p
    ke salah? tak tahulah >'_"<

    3. Kak Zakie

    owh...sangat suwiittt
    macam paham je perasaan saye
    *menjenguk ada yang sedang berkecamuk*
    aduh malu...
    kata orang kalu kita tahan perasaan cinta kat seseorang, kalau mati dikira syahid
    betul ke?
    wahhh...bestnye kalu gitu
    kena mujahadah kuat2 lah gini :)
    *padehal takde sape pun, gatai ja lebih*
    ehehe~

    ReplyDelete
  5. cek nobody.

    tertarik pula dengan mati syahid tu.

    hmm, tak silap lah. dikatakan mati syahid kerana mencintai dan merindui orang yang kita minati (even kaum sejenis) berdasarkan dua syarat:

    1-penjagaan diri (iffah)- iaitu bila berdua dengannya, tidak berlaku perkara2 yang melanggar syara'.
    2-menutup (kitman)-merahsiakan rasa cinta even dengan siapa2 pun, tmasuk yang dicintai.

    al-imam al-'allamah al-syekh ibrahim al-bajuri

    ~terjumpa benda ni dalam satu blog, tapi dah tak ingat blog sapa. uhu..sorry. :)

    ReplyDelete
  6. Salam cik sar :)

    owh...bestnya kalau gitu^^
    thanks awak ^^

    ReplyDelete
  7. kalu tak silap ini berdasarkan dari Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

    ''Barang siapa yang bercinta dan ia merahasiakannya, berlaku sopan dan menahan diri kemudian ia mati, maka ia mati syahid'.

    hadis ini dikatakan maudhu'(palsu)..

    sy takde la pndai tntg agama dan hadis ni..

    mana mungkin kekosongan hati dari mengingat Allah dan mengisi hati dengan jiwa dan kecintaan kepada selain Allah SubhanaWaTa'ala akan mendapatkan derajat dan ketinggian syahid?

    rasenye elok jgn percaye bulat2 dulu..dptkan lebih penerangan dari mereka yg ahli tntg perkara mati syahid ni..tanye mereka yg arif tntg hadis,agama..sbb skang byk mende tak betul... :)

    ReplyDelete
  8. Salam encik wan :)

    baru ja nak tidur
    terus tak jadi :D

    ade benar juga kata2 encik
    baiklah nanti kena rujuk balik
    saye ni pun tak reti sangat
    thanks atas ingatan
    same2 kita saling mengingatkan ^^

    ReplyDelete
  9. alamak..sy ganggu cik nob tido ke...i'm sori(byngkan amir yg ckp)..hehe

    ReplyDelete
  10. betul betul betul.

    setuju dengan encek wan. tak boleh percaya bulat2.
    tanya pada yang lebih mengetahui.

    maaf, mungkin sekadar perkongsian.
    saya pun tak pandai hal2 macam2 ni.

    terima kasih encek wan :)

    ReplyDelete