Saturday, May 21, 2011

untukmu sayang :)

Untukmu sayang
Yang akan menjadi penyeri hati ummi
Ummi nukilkan surat ini untukmu
Buat tatapan dan ingatan pada diri ummi
Untukmu sayang
Ummi lakukan semua ini
KeranaNya
Juga keranamu yang ummi cintai


Untukmu sayang
Ummi tinggalkan cinta hati ummi
Lelaki yang pernah hadir 
Bertakhta di relung jiwa ini 
Ummi tinggalkan 
Zaman percintaan itu
Muda mudi bersuka ria
Keranamu sayang
Ummi memilih untuk bersendiri 
Sebelum tiba waktu dinikahkan
Demi menjaga keberkahan kelahiranmu di dunia ini


Untukmu sayang
Saban hari ummi solat dan berdoa
Tanpa sedikit rasa jemu
Agar dikurniakan seorang abi yang soleh
Kerana tanggungjawab ummi 
Memilih seorang ayah yang baik untukmu
Agar kamu bisa mendapat didikan yang baik kelak


Untukmu sayang
Ummi berkorban
Memperbaik diri dan akhlak 
Mempersiapkan diri semampu ummi
Dari pelbagai sudut ilmu 
Terutamanya ilmu untuk mendidikmu
Ummi tidak mahu kamu di zalimi
Oleh sebab ceteknya ilmu
Seorang ummi


Untukmu sayang
Ummi rela berkorban
Kerana engkaulah permata hati ummi
Kamu amanah dariNya untuk ummi
Ummi mahukan yang terbaik buatmu
Jadilah kamu anak yang soleh/solehah


Untukmu sayang
Ummi kan cuba sedaya upaya ummi
Memang ummi tak sehebat bapanya Imam Syafie
Yang rela bekerja bertahun-tahun
Hanya kerana sebiji epal
Atau semulia Maryam ibunya Isa
Namun ummi kan cuba yang terdaya 


Dari itu
Tolonglah ummi
Doakan agar ummi kuat
Melawan semua perasaan ummi
Doakan agar Allah lindungi ummi
Dan limpahi ummi dengan rahmat dan keberkahan
Untukmu sayang
Muga kamu menjadi hambaNya yang taat
Ummi cintaimu nak
Muga Allah ketemukan kita
InsyaAllah



mood : 
menpsycho diri - susah jadi ibu
jadi jangan gatai nak encik hubby !
ehehe~ :p

8 comments:

  1. encik wan ni ...
    cubit nanti baru tau
    ~ehe :p

    *dah tentu2 tak terpikir lagi, abinya pun takde*

    ReplyDelete
  2. ~ehe

    suweet je.

    ~ingat dah jadi ummi tadi. ~uhu :p

    ReplyDelete
  3. Salam sar :)

    hehe ^^
    saje taip
    dalam bengong2

    sedikit sebanyak insaf lah jugak
    diri ni tak sedia dan tak layak lagi
    nak pikul tanggungjawab berat

    berangan ade anak pulak
    ehehe~

    ReplyDelete
  4. tibe2 lepas makan tadi
    terfikir

    takut orang salah faham petikan ini:

    Ummi memilih untuk bersendiri
    Sebelum tiba waktu dinikahkan
    Demi menjaga keberkahan kelahiranmu di dunia ini

    erm...ni bermaksud cenggini -->
    saye pernah bace 1 buku tentang perkahwinan
    dalam buku tu memang diceritakan semua aspek2 dari memilih calon, merisik, bertunang + adab2

    salah 1 point yang best
    dinyatakan bahawa segala tindak tanduk bakal suami/isteri akan memberi kesan kepada bakal anak yang akan dilahirkan (in terms of keberkahan)

    contoh yang paling saye suka untuk menpsycho diri adalah kisah bapanya Imam Syafie, lebih kurang gini :

    "ada seorang pemuda yang lapar + nampak sebiji epal di sungai. Dia pun memakannya. Seusai makan, baru terfikir siapa yang empunya epal. Halal ke makan. Lalu ditelusuri sungai itu untuk mencari tuan punya epal. Hinggalah berjumpa dengan sebuah kebun epal yang letaknye di tepi sungai, dan ada dari buahnye yang jatuh ke sungai. Pemuda tadi lalu berjumpa dengan tuan punya kebun epal, dan minta dihalalkan epal yang dimakannya tadi. Tuan punya kebun kasi halal dengan syarat pemuda itu harus bekerja 7 tahun di kebun. So pemuda itu setuju hanya kerana 1 biji epal yang dimakannya...kemudian setelah berakhir tempoh, lalu tuan punya kebun menawarkan ... mahukah kamu wahai pemuda bernikah dengan anak gadisku yang buta, pekak dan bisu? ... dan mereka pun menikah... lahirlah seorang pemuda yang hebat, iaitu Imam Syafie ^^
    suwiiitttkan?

    gadis itu sebenarnya sempurna. dia dikatakan buta, pekak dan bisu kerana semua anggotanya terpelihara dari perkara yang tak baik :)

    akhlak ibu, bapa --> indirectly influence anak

    jadi, sebab itulah ayat saye berbunyi sedemikian
    teringin nak cube jadi lebih baik, walau sebenarnye nakal amat saye ni... isk isk T__T

    sekian dulu, berita terkini dari TV9

    ~ehe :p

    ReplyDelete
  5. yup setuju..ibu bapa mempengaruhi anak2..

    nak jadi yg lebih baik tu tak salah walaupun cik nob ni nakal yg amat..hehe

    ReplyDelete
  6. menarik! thanks for sharing. :)

    inginkan yang terbaik untuk diri kita pastinya kita harus menjadi yang lebih baik supaya ianya baik untuk yang terbaik itu. ~eh, banyak pulak word baik. ~ehe.

    hidup kene sentiasa berubah untuk jadi yang lebih baik kan. tidak mungkin kita nak jadi yang lebih tak baik. ~uhu. bebel untuk diri sendiri. :p

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum :)

    1. Encik wan ^^

    yelah, taulah kite ni nakal
    isk isk

    *buat2 merajuk :p*

    2. Cik sar ^^

    ~ehehehe
    betul betul betul
    hurm tu yang ternanti2 ramadhan tu
    nak cuci kudis banyak daki2 pun
    bulan ramadhan bulan keampunan + rahmat
    isk isk
    muga diberkahi usia
    dan sempat ketemu ramadhan ...
    T__T

    ReplyDelete