bisa saja dilakukan apa jua
mahu ke kiri ke kanan
lepas bebas tanpa sebarang ikatan
buatlah apa jua semahumu
memuaskan rasa hati jua nafsu
saban hari tanpa jemu
aku di sana berdiri keseorangan
melalui hari demi hari
menitip rasa rindu aneh pilu dan asing
menanti detik waktu diri di hitung
bagus mana amalan pilihan hatiku
***
subhanallah alhamdulillah allahuakbar
kehidupan ini sesungguhnya hanyalah permainan dan senda gurau
dan banyak dari tempoh waktu yang aku lalui
adalah berkait rapat kepada sejauh mana BULATNYA keyakinanku kepadaNya
dan pada setiap detik waktu itu
itulah yang mempengaruhi hidupku
betapa mudah telah Allah tetapkan
untuk kenyang, maka harus makan
apabila ngantuk, maka harus tidur
ketika sakit perut, maka harus buang air besar atau makan/sapu ubat
dari seremeh-remeh perkara seperti di atas
kepada sebesar-besar perkara seperti ...
untuk mati maka harus hidup dulu :p ~ehehhehe
apabila hidup pasti adanya mati
dan inilah perkara terbesar yang mengusik relung jiwaku hari ini
dari banyak urusan sehari-hari
dari banyak keputusan dan pilihan
dari banyak perancangan dan penyusunan
dari banyak harapan dan impian
semuanya kembali kepada BULATNYA keyakinan padaNya
dan menyedari hal ini
ku dapati dari banyak sudut
aku kurang bijak dalam kehidupan
jujurnya, keyakinanku padaNya tidak bulat
dalam tiap waktu kesusahan dan penderitaan
dalam tiap nafas yang menyesakkan
dalam tiap denyutan yang mendebarkan
dalam tiap tangisan dan senyuman
tiada keyakinan di situ
yang ada hanya setipis harapan dan lautan kepasrahan
lalu hari berikutnya ku lalui seperti biasa tanpa apa-apabetapa ruginya aku
kerana hidupku hanya monotonus
padahal telah diciptakan kehidupan ini begitu sweet sekali
Allah telah menciptakan sebab dan akibat
dan setiap manusia itu bebas memilih
contohnya : Ali , Abu dan Ahmad sakit perut
1. Ali bersabar atas sakit yang menimpanya, yakin Allah jua yang memberi kesembuhan...lalu Ali sapu ubat sebagai sebab untuk hilangkan sakit, Ali yakin bukan ubat yang sembuhkan, tetapi Allah
2. Berlainan kesnya dengan Abu yang sakit perut, kemudian sapu ubat kerana yakin ubat yang menyembuhkan sakit perutnya...lupa bahawa Allah yang izinkan sembuh
3. Manakala Ahmad yang sakit perut, yakin Allah yang sembuhkan lalu sekadar membiarkan saja tanpa mengambil ubat...tiada usaha walau yakin pada Allah
Berdasar kepada contoh di atas, apakah akan terjadi kepada Ali, Abu dan Ahmad sekiranya ketiga-tiga mereka tidak sembuh selepas 3 hari?
p/s : sila fikir, nanti saye bagi jawapan :p
***
begitu jualah hal yang baru2 saje menimpa diri saye :)
yang sebabkan semua orang risau ^^
alhamdulillah telah ku temui tips dan konsep baru ini
walaupun macam dah tahu, atau orang pernah cerita
tapi still blurr dan bengong
sebab? ...
ayuh kita kembali kepada teori fizik ^^
Inersia ialah sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan kepada keadaan atau bentuk asalnya , sama ada dalam keadaan pegun (statik) ataupun dalam keadaan bergerak.
Secara mudahnya, apabila kita berada dalam kenderaan yang sedang bergerak, kemudian kenderaan berhenti, badan tetap bergerak juga ke depan (menentang perubahan untuk berhenti)...
~ psycho tak? :)
ehehehe...nanti saye share lagi
inersia?
ReplyDelete~ehe. teringat pula time sekolah dulu.
bulat hati kerana Dia.
Sukar untuk digapai andai hati masih sukar melawan segala ujian dan tuntutan dunia malah didorong pula dengan nafsu.
makin kuat kita berusaha makin kuat cubaan yang diturunkan untuk menjadikan hati kita lagi kuat untuk melawan.
~oh maaf. entah apa yang ku repekkan ni. uhu. ~_~
Apa yang pasti setiap yg hidup akan mati
ReplyDeletemulanya bergerak akhirnya akan terhenti
sebaiknya kita kenalah berhati-hati
sesungguhnya banyak pertalian telah ditunjukki
berfikirlah kerana otak dan akal telah diberi
ali, abu dan ahmad berkemungkinan berada di wad jenazah sekiranya tidak sembuh selama 3 hari., sakit perut juga kadang kala boleh menyebabkan kematian.. hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum semua :)
ReplyDeletemaaf atas kelewatan reply...
maklum aja tugas sebagai pelajar :p
alhamdulillah, malam ni free sikit
dan sebentar lagi pun nak redah lebuhraya utara selatan ... weeee ^^^
1. Cik sar
~ehehhehehe
inersia ?
hehehe, saye memang suke aplikasi teori fizik dalam kehidupan harian
adik2 semua dah bernanah telinga dengan teori saye
paling tak bulih blah tu sebab setiap teori saya memang teori fizik, dan kene dengan situasi2 yang saye bebel kat diorang :)
by the way, ape yang cik adik manis cakap tu benar sekali
makin kuat usaha, makin kuat dugaannya ...
2. Kak Zakie
kakakku sorang ni memang comel :)
ayat2 akak macam puisi
yang amat meruntun hati
thanks kakak ^^
3. Encik Botak
:)
maaf lame tak sempat mencoret di blog encik
tapi selalu je cilok2 mase jenguk :)
~ehehhehee
sabo jelah
nanti saye cite kesudahan kisah ali abu dan ahmad :)
take care ^^