Monday, September 5, 2011

beginilah kehidupan



kehadapan baby
yang dikasihi lagi dirindui
terima kasih kerna sentiasa sedia
di sisi menemani 
melalui saat2 sukar

dear baby
ramadhan telah berlalu pergi
sebaknya rasa 
usah terkira
syawal menjelma 
tanpa sepenuhnya sedia

benarlah baby
manusia itu selalu rugi
aku rasanya termasuk dalam golongan yang rugi tu 

ramadhan ku rasakan amat pantas berlalu
tanpa dapat ku nikmati sepuasnya
lantaran lemahnya iman diri

ingat lagi detik2 berakhirnya ramadhan
sayunya hati
penyesalan bertimpa2
tapi apakan daya
ia akan tetap berlalu pergi
dan pada detik2 akhir itu
aku masih berteleku di atas tikar sejadah
mengalunkan ayat suciNya
mengharap berkat akhir sebelum ia melabuh tirai
menitip baris-baris doa 
dan merenung kaku di tikar itu

alhamdulillah makanan berbuka telah awal2 ku siapkan
memang saja mahu berdua2 denganNya di saat akhir ramadhan
cukupkan bekalanku buat 11 bulan akan datang?
mampukah bateri yang tak cukup cas ini 
berhadapan dengan bulan2 seterusnya ?

beginilah kehidupan
sering saja merasa rugi saat ia telah berlalu pergi
tapi tidak hargai saat ia dalam dakapan tangan

syawal juga hadir
bersama dugaan2 kecil
kami accident di pagi raya
alhamdulillah tiada yang cedera
melainkan kereta kami

juga buah hati kesayangan kami
telah pergi meninggalkan dunia ini

pada lewat tengah malam raya itu
hujan lebat membasahi muka bumi kuala lumpur
lantas aku yang sedang giat mengemas rumah 
berlari pakai baju sejuk
ambil payung dan berlari keluar dengan kain batikku

alhamdulillah tiada kilat
ke seluruh tempat aku cari
dengan cahaya lampu suluh yang malap2 terang
tidak juga ketemu
di padang , belakang dewan, bawah kereta
sepanjang baris rumah kawasan kami
tiada

pulang dengan hampa
pencarian diteruskan esok pagi oleh adik
"kaklong, ayah, adik dah jumpe dah"

bergegas kami berlari
dan berderaian titisan air mata kami
dia keras, bersama bulunya yang basah
semut2 kecil mengiring pemergiannya
hancur luluh hati melihat keadaannya
mata terbuka
tubuhnya yang mula mengurus sejak sakit
amat memilukan

aku pergi ke situ malam tadi !
tapi aku tak angkat kayu penutup
lalu tak jumpe die 

die mati kesejukan di situ
setelah beberapa hari sakit
muntah2

kucing tersayang telah pergi tak kembali ...
tinggal Neng sekor lagi
yang kini sering saja mengiau ngiau memanggil Tam yang telah pergi 

beginilah kehidupan
setiap yang hidup pasti akan pergi
dan aku masih dungu di sini
tanpa sebarang persiapan serius
untuk kembali ke tempat asalku
 
dan kini
malam ini
sekali lagi aku di uji

dia kol aku lagi
setelah setiap hari kol dari hari puasa ke 26
dan malam ini
berat 
terlalu amat berat

sebentuk cincin buatku
telah tersedia
tinggal jumpa dan beri padaku

mampukah aku?
pilu hati saat dengar luahan hatinya

 saya nak jujur dengan awak. nak terus terang
melukakan tak? kalau melukakan saya tak nak dengar
saya nak cakap ni, dengarlah
saya sebenarnya sayang awak
saya sayang awak
awak ingat saya tak ingat ke segala kenangan kita bersama?
tapi saya melukakan awak kerana
saya tahu kita tiada masa depan bersama
perlukah awak buat saya macam tu?
walau ada halangan keluarga sekalipun
tak perlulah melukakan
cinta tetap cinta
dah berapa kali saya cakap
saya tulus menyintai awak
perkara2 yang awak buat tu hanya melukakan
awak tahu tak peritnya rasa bila rindu
tak buleh kol
tak buleh msg
tak buleh jumpe
kalau dapat pun
kena marah
kena tengking
kalau mak saya bagi sekalipun kita kahwin
saya tak nak
luka yang awak buat keterlaluan dalamnya
saya amat penat mencintai awak
awak buat saya macam sampah
dan sekarang awak nak saya mengahwini awak?
awak selalu melukakan
minta maaf pun sekali je tak bersungguh2 langsung
tak pernah nak memujuk
tak pernah nak layan saya baik2 macam pakwe
dan paling melukakan
saya tak pernah rasa awak menyintai saya
itulah kelukaan yang paling dalam
saya sayang awak
kahwini saya
cincin awak masih ada dengan saya
saya tak jual pun
saya simpan
saya nak cincin tu
kahwini saya
takpelah
awak cari gadis lain
saya ni sampah je bagi awak
time nak kol
time tak nak campak je kan?
watpe nak kahwini saya?
saya kan manje , kuat nangis
...

sudahlah
sampai sini ja
jaga diri baik2
maaf salah silap

beginilah kehidupan
tak kan pernah lari bab bercinta dan berkasih sayang
dan aku masih bengong binti bendul bin mangkuk ayun
kerana masih dalam kemelut cinta tak bertepi
di saat manusia lain maju mengurus hidup
aku di sini terkontang kanting 
mencari ubat penyembuh luka ini

tapi benarkah dia menyayangi aku?
segala hinaan, kutukan dan kritikan itu?
dia yang sibuk cakap aku manjelah mengadelah kuat nangislah hapelah
nape nak kahwin dengan aku?
sungguh tak paham lelaki ini
atau mungkinkah aku sememangnya istimewa?
tapi terbengong kerana selalu di hina, di kutuk dan di kritik?




2 comments:

  1. assalamualaikum my dear :)

    salam takziah. saya faham perasaan tu my dear. sabarlah lagi sayang.

    hmmm... masih krisis lagi rupanya. istikharah lah yang terbaik mydear. mana tau kalau memang dia yang Allah janjikan untuk kita. boleh jadi apa yang dibenci, itulah yang terbaik untuk diri kita. janji Allah, tiada siapa yang tau mydear.

    hmmm.. mydear, saya pun masih dalam kerugian. gagal memenuhi apa yang sewajarnya dilakukan dan peluang yang sewajarnya diambil untuk bekal 11 bulan yang akan datang. tak habis cas lagi. rugi sesangat. kecewa sangat. diri ni pun tak cukup kuat.

    sama2lah kita kuat mydear. jadi lagi kuat dari sebelum ni. InsyaAllah. :) ganbatte!

    take care :)

    ReplyDelete
  2. Salam dear sar ^^

    hehe
    tulah sar
    saye tak dapat tipu diri saya
    saya memang kusut dan runsing
    masih lagi terbelenggu hal2 remeh cintan cintun nih

    aduhailah
    saya rasa mungkin sebab ujian ni saya belum score lagi
    sebab tu Allah terus uji dan uji lagi
    kalu dah score
    dah lepas
    mesti ade ujian lain kan?

    hehe... pepandai je.

    anyway, miss you baby.
    salam lebaran ^^

    ReplyDelete