cubaan cubaan
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
setakat ni dah dekat seminggu
hari ni je masuk hari ke-6
ini kira satu rekod
cemerlang gemilang terbilang
bagi aku budak hingusan tiga suku ni
dan semakin hari semakin yakin
untuk terus mengorak langkah
meninggalkan detik2 waktu lalu
dan semakin hilang kegusaran
kerinduan kebengongan
juga paling penting
T.R.A.U.M.A.
semuanya makin pudar
dan aku makin bisa
bertatih sendiri hari demi hari
cuma fitrahnya
kadang2 ade jugak
pakcik mangkuk ayun
si rindu itu
datang menjenguk
kalu tak puas hati
di ketuk2 nye pintu hati aku ni
kalu lagi ganas
hampir tewas berperang dengan tangan
nak picit butang dail ke tak
dan akhirnye kalu dah tak kuat sangat
lembik macam hape je
mengalirlah mutiara2 jernih
membasahi pipi mulus nih
pastu last2 pi tengok gambar buat lepas rindu
(hurm...cik adik sorang nih)
mengenangkan kisah lalu
tak sangka jugak
betah aku melalui perit getir
hidup lagi sampai sekarang
alhamdulillah
aku yakin semuanya bukan sia-sia
pengalaman yang ku kutip
tidak sedikit
malah amat berharga buat aku
meneruskan sisa-sisa hidup
melihat kembali post2
under label Makhluk Bernama Adam
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah
ini kah aku?
memang spesis tanjung rambutan sungguh aku ni !
bile bace balik
nak gelak ade nak sedih ade
macam2 rasa ade
hurm...
memang hebat penangan cintan nih
ntah nape hari ni rasa yakin semacam
mungkinkah doaku telah termakbul?
amin...
syukur alhamdulillah
its a new beginning
and i want to start it slow and steady
may Allah give me strength
bismillahirrahmanirrahim...
mekasih buat teman2 yang sudi menemani
saat2 gundah ke bengong ke
tak jemu memberi nasihat jua dorongan
muga Dia memberkahi kalian
-towards crystal clear heart-
salam dear.
ReplyDeletefirstly.. nak gelak dulu. ahahah
baru tau ke sebenarnya ke tanjung rambutan semuanya. eheh. kelakar sebenarnya. alhamdulillah kamu dah sedar.
2ndly. nak buat pengakuan.
tiap kali baca post2 kebengongan tu saya selalu gelak2 dan selalu je cakap dalam hati
"hmm.. budak ni tak perasan lagi nampaknya. takpa, nanti lama2 mesti dia perasan. biar dia rasa semuanya dulu."
~ehehe. sorry. sebab saya pun pernah je rasa kebengongan macam tu. tapi tak sebengongan kamu. cuma kesewelan je. ahah. sorry dear. alhamdulillah. kamu dah sedar. alhamdulillah. semoga kamu lebih tabah lagi selepas ni. insyaALlah. :)
take care kamu dear :)
p/s- pakcik tu kalau nak kamu, dia dah datang jumpa your parent minta izin nak kenal dengan anak dara dia sorang ni. :)