Wednesday, January 18, 2012

sikit homework

Salam baby :)

hari ni ade sikit homework . tapi tak larat nak bace habis.

1) buku ekonomi SPM - baru mula nak bace

2) takaful malaysia punye website : (sebagai nota aku)

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) diperbadankan pada 29 November 1984. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modal berbayar ialah RM162.817 juta. Ia mula beroperasi pada 22 Julai 1985 sebelum pembukaan rasminya pada 2 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Perbadanan Takaful Malaysia adalah atas sokongan "Pasukan Petugas atas Kajian Penubuhan Syarikat Insurans Islam di Malaysia" (Pasukan Petugas) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1981. Pasukan Petugas dalam laporannya memutuskan bahawa sebuah syarikat takaful yang berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memandangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.

Takaful Malaysia dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 30 Julai 1996 disusuli dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini bergelar 'Pasaran Utama' di Bursa Malaysia Securities Berhad. Modal dipertingkatkan kepada RM55 juta. Struktur modal sejak kini telah dipertingkatkan disebabkan oleh urusan penyusunan semula pada akhir tahun 2003 membawa kepada modal saham berbayar Takaful Malaysia kini berjumlah RM162.817 juta.

BIMB Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 65.22% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 51.00% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Selain kegiatan perbankan dan takaful, Kumpulan BIMB Holdings juga mempunyai minat di dalam broker saham, modal usaha rentan, amanah saham dan perbankan luar pesisir. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal Islam. Pada 1 Julai 2009, BIMB Holdings Berhad menjadi subsidiari Lembaga Tabung Haji selepas menambahkan pemilikan saham dalam BIMB Holdings Berhad kepada 51.47%.

Visi & Misi
Visi: Menjadikan kami pilihan utama insurans

Matlamat kami adalah untuk melangkaui jangkaan/harapan pelanggan melalui:
  • Kecemerlangan Operasi
  • Kebolehan Dalam Daya Saing Teknologi
  • Inovasi Produk
  • Budaya Kerja Berorientasikan Prestasi

Di dalam usaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham

 
Islam dan Insurans


Berhubung dengan kesemua pernyataan di atas serta dengan adanya keperluan sebenar untuk perlindungan insurans, pakar undang-undang Islam meneliti sistem insurans Islam dengan lebih mendalam. Mereka berpendapat bahawa insurans menurut pandangan Islam seharusnya berlandaskan prinsip saling bekerjasama. Berdasarkan prinsip-prinsip ini, sistem insurans merangkumi prinsip saling bertanggungjawab, indemniti bersama, kepentingan bersama, kesetiakawanan, dan lain-lain. Menurut pakar undang-undang, konsep insurans diterima dalam Islam kerana pemegang polisi akan bekerjasama sesama sendiri untuk kepentingan mereka; setiap pemegang polisi akan memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan; ia tertakluk di bawah kontrak derma yang bertujuan untuk membahagikan kerugian dan menyebarkan liabiliti mengikut sistem pengumpulan komuniti; unsur ketidakpastian mengenai sumbangan dan pampasan akan dihapuskan; ia tidak bertujuan mengambil kesempatan ke atas individu yang lain.

Pakar undang-undang Islam berpendapat bahawa operasi insurans biasa sebagai satu transaksi pertukaran di bawah perjanjian jual beli tidak dalam bentuknya yang sedia ada, menepati peraturan dan keperluan Syariah yang merangkumi tiga unsur berikut:

al-Gharar
Terdapat unsur al-Gharar (faktor yang diketahui dan tidak pasti dalam operasi sesuatu kontrak) dalam kedua-dua polisi insurans hayat dan am. Ini berpunca daripada ketidakpastian isi kandungan kontrak atau`ma'qud'alaih' di mana salah satunya ialah peraturan asas kontrak dalam Islam yang mengatakan ma'qud'alaih perlu jelas.

Di dalam kontrak seperti ini, pihak yang diinsuranskan atau pemegang polisi bersetuju untuk membayar sejumlah premium dan syarikat insurans akan menjamin untuk membayar jumlah ganti rugi tertentu (jumlah yang diinsuranskan) sekiranya berlaku sesuatu kecelakaan atau malapetaka. Tetapi pihak yang diinsuranskan atau pemegang polisi tidak akan tahu bagaimana jumlah pampasan yang akan dibayar oleh syarikat kepadanya diperolehi ataupun jumlah amaunnya yang akan diterima.

Tambahan, sebarang bentuk kontrak yang berat sebelah berpihak kepada satu pihak dengan mengorbankan dan mengakibatkan kerugian kepada yang lain juga dikelaskan sebagai Gharar. Ini jelas kelihatan di dalam polisi-polis insurans hayat dan am. Dalam polisi insurans hayat, umpamanya, kehilangan premium yang ditanggung oleh pemegang polisi sekiranya dia mahu membatalkan polisinya sebelum polisi memperoleh status pelucutan. Begitu juga dengan keadaan “dua nilaian” yang mengenakan bayaran jangka masa pendek dalam insurans am jika pemegang polisi yang bertanggungjawab menamatkan polisi manakala pembayaran balik yang setimpal diberikan, jika syarikat insurans yang membatalkan perlindungan.

al-Maisir
Terdapat unsur-Maisir (atau berjudi) yang berpunca daripada kewujudan al-Gharar, terutamanya dalam ke insurans hayat. Apabila pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh polisinya tamat setelah hanya membayar sebahagian premium, contohnya mereka yang bergantung padanya akan menerima sejumlah wang yang tidak diberitahu kepada pemegang polisi pada mulanya dan tidak mempunyai pengetahuan bagaimana dan dari mana ia diperolehi. 


Mudharabah


Menurut prinsip ini, usahawan atau pengendali takaful, al-Mudharib akan menerima bayaran insurans takaful atau sumbangan takaful yang dinamakan Ra'sul mal dari pelabur atau pembekal modal atau dana (peserta takaful) yang berperanan sebagai Sahib-ul-Mal.

Kontrak menerangkan bagaimana keuntungan (lebihan) daripada operasi takaful yang diuruskan oleh operator takaful dikongsi, mengikut prinsip al-Mudharabah, di antara pembekal modal dan operator takaful sebagai usahawan. Perkongsian keuntungan (lebihan) mungkin mengikut nisbah 5:5, 6:4, 7:3, dan lain-lain. Sepertimana yang dipersetujui bersama di antara pihak-pihak di dalam kontrak.

Untuk menghapuskan unsur ketidaktentuan di dalam kontrak takaful, konsep `tabarru' (untuk menderma, menyumbang dan memberi) dimasukkan ke dalamnya. Sehubungan itu, peserta bersetuju untuk memberi sebagai tabarru', sebahagian daripada insurans takafulnya atau sumbangan takaful atau bersedia membayar dengan itu membolehkannya memenuhi obligasi bantuan bersama dan jaminan bersama sekiranya mana-mana peserta mengalami kerugian tertentu.

Pada asasnya, tabarru' membolehkan peserta membantu dengan ikhlas rakan peserta lain yang mungkin mengalami kerugian, kerosakan akibat bencana atau malapetaka. Perkongsian keuntungan atau lebihan yang wujud daripada operasi takaful, dibuat hanya selepas obligasi untuk membantu rakan peserta dipenuhi. Adalah penting bagi operator takaful untuk mengekalkan aset dana tertentu di bawah penjagaannya di samping terus berusaha untuk memastikan dana terlindung daripada mana-mana pendedahan yang berlebihan.

Justeru, peruntukan perlindungan insurans sebagai bentuk perniagaan yang menepati syariah berdasarkan prinsip al-Takaful and al-Mudharabah.

Al-Takaful merupakan satu pakatan antara sekumpulan orang bergelar peserta, yang memberi jaminan sesama sendiri, manakala Al-Mudharabah merupakan kontrak perkongsian keuntungan komersil di antara pembekal atau pembekal-pembekal dana bagi modal usaha rentan dan usahawan yang mengendalikan perniagaan. Operasi takaful boleh digambarkan sebagai modal usaha rentan yang berkongsi keuntungan di antara operator takaful dan ahli-ahli kumpulan peserta yang mempunyai keinginan untuk menjamin sesama sendiri daripada kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa diri mereka.

Oleh itu adalah perlu dipertekankan sejak awal lagi bahawa perniagaan takaful yang dikendalikan di Malaysia bersifat takaful koperatif (al-takaful al-taawuni) dan disertai oleh sekumpulan orang awam di sektor swasta untuk kepentingan sendiri.
Takaful


Dalam erti kata lain, objektif asas takaful ialah untuk membayar kerugian tertentu daripada sebuah dana yang ditentukan. Setiap ahli kumpulan akan berusaha untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan. Ini bererti memberi bantuan untuk kebaikan bersama ahli kumpulan.

Sebagai satu sistem insurans, kami terhad kepada operasi takaful di dalam lingkungan sektor 'Tijari' (komersil)atau lebih dikenali sebagai sektor swasta.

Justeru, aspek transaksi aktiviti komersil takaful seharusnya tertakluk kepada undang-undang kontrak Islam untuk memastikan ia mematuhi prinsip Syariah. Dalam rangka dasar ini kontrak takaful 'tijari' adalah berasakan prinsip komersil berkongsi keuntungan Islam al-Mudharabah.
TAKAFUL PERIBADI 







SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA


3) pelaburan emas di Maybank

contoh :


 buka akaun simpanan emas




***

pendapatan terbahagi 3
- dibelanjakan
- simpanan (kegunaan masa depan)
- tak boleh digunakan ( bayar bil2/duit kereta/duit rumah)


bentuk simpanan/pelaburan yang aku tengah usha :

-takaful
-maybank emas
-ar-rahnu emas

- erm... lagi?

kena bace banyak lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii 


 

1 comment: