Monday, February 13, 2012

di persimpangan termanggu aku keliru

Salam baby :)

lamanya sudah tidak ketemu
bercoret itu ini sama kamu
maaf jua buat cik sar
kerana tidak dapat menerangkan duduk perkara sebenar 

hehe...
bab2 kerjaya ni letak tepi sat
sebab bab hati lebih mendahului

baby,
ingat lagi dolu2 di saat putus cintan bagai?
frust yang tertonggeng tak berapa nak tonggeng tu?

baby,
Dia hadir lagi B
Hadir bukan setakat menagih kasih
Tapi DIRI ini  !!!

B,
Dia kini telah banyak berubah
Tiada maki hamun mahupun kata2 kesat
Sungguh masih  mekar lagi cinta ini buatnya
Namun siapalah aku 
Hakikat tetap hakikat
Kami tidak buleh bersama sebagai suami dan isteri

B,
Amat jelas dari seraut wajahnya
Sinar matanya
Hembusan nafasnya
Jelas turun naik dadanya seiring keluhan nafasnya

Dia menginginiku B
Dia mahukanku B
Dia mahu aku halal buatnya

Benar,
Aku sendiri mahu kan dirinya
tapi...

B,
cinta ku ini setia untuknya
dan dia kini dihadapanku
bersama cintanya yang tulus buatku
kesungguhannya
nekadnya
yakinnya dia
meruntun hatiku


dan hampir seluruh petang sabtu itu
kami berbincang dan berbincang
hingga akhirnya...

perpisahan menjadi pilihan

B,
dan di saat lewat malam tadi
kami berbual buat akhir kali
dan sungguh aku bahagia
mendengar tiap bait ayatnya


sungguh aku derita 
kecewa
namun hati ibu bapa harus dijaga
itulah yang utama


B,
seandainya dia baca ini
ku mahu dia tahu
aku mencintainya
tulus
ikhlas
sedari dahulu
di saat aku dimaki hamun
ditinggalkan dan kemudian di cari balik
di keseluruhan waktu itu
aku terus2 mencintainya


abang, i love you love you and love you
terima kasih kerana faham keadaan saya
dan muga berbahagia dunia dan akhirat


will missing you ever and ever...




dan di persimpangan ini
termanggu aku keliru


persoalan hati yang sukar dimengerti


mampukah aku menerima 
seandainya ada yang merisik dalam  waktu terdekat ini?


seorang lelaki yang telah jatuh hati padaku
dan ingin memilikiku
dan dia juga tahu kondisi hatiku




mampukah aku?
bersalahkah aku padanya?


...

3 comments:

  1. Salam..hi kaklong..hi Baby :)

    lama tak dgr citer dari blog ni..

    soal hati ni mmg payah..kalu tak kena cara..bole gila dibuatnye..

    harap kaklong bykkan berdoa..minta diberi petunjuk..

    Mudah2an kaklong dipertemukan dgn jodoh yg beriman..insyaallah..

    ReplyDelete
  2. salam dear.

    sabarlah dia.

    ada jodoh tak ke mana kan. ~klise nya ayat ni. tapi itulah hakikatnya. :)

    setuju dengan kata encik wan.

    andai bukan dia kini, mungkin ada yang lebih baik Allah janjikan untukmu. inshaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Salam encek wan dan cik sar :)


    hehe...
    baik sungguh kalian
    terus2 sabar menasihati minah senget ni :P

    alhamdulillah
    cuti 5 hari ni sangat membantu
    3 hari 3 malam nangis
    2 hari 2 malam tidur

    kui kui
    esok kerja

    insyaAllah
    hati agak stabil
    cume masih fragile

    adeh, payah cakap lah
    :)

    muga kalian juga ditetapkan yang terbaik


    ^^

    ReplyDelete