Wednesday, February 15, 2012

mengurus sebuah kehidupan...

B,
sebenarnya sangat best jadi kanak-kanak
buleh main dan buat apa sahaja
tak perlu fikir 
takde sedih dan kepiluan
paling2 pun sayu sebab tak dapat mainan ke aiskrim ke

B,
semalam terkeluar dari mulut ni
"tak laratnye nak meneruskan hidup"
lebih kurang gitulah
terus kene sound baik punye dengan ayah
hehehe

sape suh mengade sangat ye dak?
tak bersyukur kate ayah
sombong
Allah beri rezeki nak mengeluh sana sini

erm...
benor sungguh kate ayah tu B
tapi memang rasa tak larat pun B
tak semangat
takde pushing factor
untuk terus hidup 

B,
lepas kene cuci baik punye semalam
jadi hari ni
mulai sekarang
kenelah buat 1 perkara paling penting
yang aku dan kamu suka tangguh 
mahupun perlekehkan

Aduh
nak tak nak
harus buat B

apa motivasinya?
Allah
Allah
Allah 

cukuplah Dia saja kan B?
 

Ayuh !
Mari kita mengurus sebuah dan beberapa buah kehidupan

1) hidup aku
2) hidup adik2 aku : 3 lelaki + 1 perempuan  ... chaiyuk !
3) hidup mak dan hidup ayah 

lain2 : hidup umat manusia sejagat <--- beriya sungguh :P

HIDUP AKU

hari ni ja aku dah merempit dengan adik laki aku hujan2
kami pi bukak buku akaun tabung haji (excited nak daftar haji ni - padahal dalam hati rasa malunya nak ke rumah Allah ... dengan diri yang hina ni ...)
owh lupe, by the way aku off day hari ni (dah 5 hari cuti sebenarnya,last2 minute esok nak kerja baru terhegeh2 selesaikan urusan kehidupan...kui kui kui...itupun lepas kene leter ngan ayah :P) 

pastu ?
ape lagi...

kejap. meh ulangkaji balik.

Rukun Islam :
1) mengucap 2 kalimah syahadah 
2) solat fardhu 5 waktu
3) puasa di bulan ramadhan
4) menunaikan zakat
5) mengerjakan haji sekiranya mampu 

ZAKAT  ? ni kene ulangkaji pulak
so ayuh !!! 
aku pi bace kat sini : Lembaga Zakat Selangor 

Khas nota untuk aku :  
(hai dulu mase sekolah kalu aku belajar betui2 kan bagus, takdelah besaw besaw ni susah. sian ustazah aku dulu... isk isk)














                      

   “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”
 Surah An-Nur (ayat 56)                                                                              

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Siapa yang wajib zakat?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
  • Islam

    Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Merdeka

    Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna Milik

    Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat

    Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab

    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup Haul

    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Harta yang wajib dizakatkan


Ada 2 jenis zakat iaitu:
  • Zakat Fitrah -ini sambung study kemudian :)

    Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
    syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat Harta

    Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
***
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)





B... penat kan? banyak lagi rupenye kene belajar


-nanti sambung lagi ^^

No comments:

Post a Comment