Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

mengurus sebuah kehidupan...

B,
sebenarnya sangat best jadi kanak-kanak
buleh main dan buat apa sahaja
tak perlu fikir 
takde sedih dan kepiluan
paling2 pun sayu sebab tak dapat mainan ke aiskrim ke

B,
semalam terkeluar dari mulut ni
"tak laratnye nak meneruskan hidup"
lebih kurang gitulah
terus kene sound baik punye dengan ayah
hehehe

sape suh mengade sangat ye dak?
tak bersyukur kate ayah
sombong
Allah beri rezeki nak mengeluh sana sini

erm...
benor sungguh kate ayah tu B
tapi memang rasa tak larat pun B
tak semangat
takde pushing factor
untuk terus hidup 

B,
lepas kene cuci baik punye semalam
jadi hari ni
mulai sekarang
kenelah buat 1 perkara paling penting
yang aku dan kamu suka tangguh 
mahupun perlekehkan

Aduh
nak tak nak
harus buat B

apa motivasinya?
Allah
Allah
Allah 

cukuplah Dia saja kan B?
 

Ayuh !
Mari kita mengurus sebuah dan beberapa buah kehidupan

1) hidup aku
2) hidup adik2 aku : 3 lelaki + 1 perempuan  ... chaiyuk !
3) hidup mak dan hidup ayah 

lain2 : hidup umat manusia sejagat <--- beriya sungguh :P

HIDUP AKU

hari ni ja aku dah merempit dengan adik laki aku hujan2
kami pi bukak buku akaun tabung haji (excited nak daftar haji ni - padahal dalam hati rasa malunya nak ke rumah Allah ... dengan diri yang hina ni ...)
owh lupe, by the way aku off day hari ni (dah 5 hari cuti sebenarnya,last2 minute esok nak kerja baru terhegeh2 selesaikan urusan kehidupan...kui kui kui...itupun lepas kene leter ngan ayah :P) 

pastu ?
ape lagi...

kejap. meh ulangkaji balik.

Rukun Islam :
1) mengucap 2 kalimah syahadah 
2) solat fardhu 5 waktu
3) puasa di bulan ramadhan
4) menunaikan zakat
5) mengerjakan haji sekiranya mampu 

ZAKAT  ? ni kene ulangkaji pulak
so ayuh !!! 
aku pi bace kat sini : Lembaga Zakat Selangor 

Khas nota untuk aku :  
(hai dulu mase sekolah kalu aku belajar betui2 kan bagus, takdelah besaw besaw ni susah. sian ustazah aku dulu... isk isk)














                      

   “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”
 Surah An-Nur (ayat 56)                                                                              

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

Siapa yang wajib zakat?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
  • Islam

    Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Merdeka

    Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna Milik

    Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat

    Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab

    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup Haul

    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Harta yang wajib dizakatkan


Ada 2 jenis zakat iaitu:
  • Zakat Fitrah -ini sambung study kemudian :)

    Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
    syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat Harta

    Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
***
Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)





B... penat kan? banyak lagi rupenye kene belajar


-nanti sambung lagi ^^

Saturday, May 7, 2011

Mari ulangkaji kira-kira :)

Memang ku akui, awal-awal baca bab financial planning ni
Rasa nak terkeluar biji mata 
Penin ya Robbi
Malu pulak nak ngaku...isk isk
Manalah aku paham saham amanah, takaful, bon
Beza insurans dengan takaful
Refinance, kad caj alRahnu
Pelaburan berisiko tak berisiko lah
Kalau duit kutu tu pahamlah lagi 
Aduhai... adik aku yang Form 5 pun reti saham
Aku ??? takpe2
* dolu aku bukan budak perdagangan + ekonomi*

Sebelum itu, ayuh kita menPSYCHO diri kita ...
Menakutkan bukan? T__T




Masih belum terlambat...
Walau penin + nak termuntah2
Mari kita melihat kepada contoh2 yang diberi --> memang mengujakan
Pelaburan... pelaburan


Ayuh kita sama-sama teruja !!!
ready ???

:)
cuci mata jap ... lalala ^^

Contoh 1 : boleh jadi jutawan tanpa rokok ! *petikan m/s 56-57*


Kami membuat satu sesi perkongsian bajet bulanan keluarga dan didapati ramai golongan bapa merokok. Jadi timbullah persoalan, berapa banyak rokok dihisap setiap hari?


Jawapannya, "tidak banyak, hanya 2 kotak sahaja"


Next Q, "berapa banyak yang dibelanjakan?"


Jawapan diterima," saya beli yang termurah, 3 ringgit sekotak. Jadi sehari baru 6 ringgit"


Tidak terhenti di situ, kami teruskan soalan, " sejak bila agaknya mula merokok?"


Jawapannya pantas sekali, " Umur 18 tahun dah mula"

Pakcik tersebut berumur 48 tahun. Jadi beliau sudah merokok selama 30 tahun. Besar kemungkinan tabiat ini akan diteruskannya sehingga akhir hayatnya (katakanlah sampai 58 tahun... jadi beliau akan merokok selama 40 tahun). 



Kami pun mulalah mengira...


1 hari = 2 kotak x RM 3 = RM 6

1 bulan = 30 X RM 6 = RM 180

1 tahun = 12 x RM 180 = RM 2160

Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahun... AYUH KIRA !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PEMBAZIRAN INI MENCECAH RM 4, 148, 400.69

mak aiiihhhh
banyak tuh !!!

so sebenarnya ramai orang melayu kita yang jutawan
tapi...
ramai yang masih tak sedar
dahlah merosakkan kesihatan
membazir dekat 4 juta pulak tu
tu baru sekotak 3 ringgit
kalau RM 10
hurm...sedih mengenangkan


ayuh kembali serius
tapi kalau korang kira gini,
1 tahun RM 2160
pastu sebab pelaburan 40 tahun 
jadi RM 2160 x 40
mane dapat jumlah atas tuh

kan dalam statement di atas, dia cakap :
 kita laburkan duit ini dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahun


maksudnya:


tahun 1 = RM 2160
tahun 2 = RM 2484    ( 15% dari 2160  = 324)
tahun 3 = RM 2856.6 (  15% dari 2484 = 372.6)
tahun 4 dan  seterusnya macam tulah, makin meningkat
tu pasal boleh dapat jumlah tersebut *kalau tak silap aku lah*
diorang pakai financial kalkulator
aku punye kalkulator budak tadika pun boleh gune :)


tapi aku pun penin jugak... saham mana atau pelaburan mana nak pakai?
halal ke guano... 


dalam buku tu ada cerita jugak pasal saham + takaful
tapi aku tak berapa nak paham T__T
takpe, ape yang penting?
Kerjasama !!! eh :P


Contoh 2 : Kenaikan gaji *petikan m/s 33*


Seandainya anda berumur 40 tahun dan anda menikmati kenaikan gaji melebihi RM 800 sebulan, kami cadangkan yang berikut :


Bagi perlindungan:
Caruman RM 300 sebulan untuk polisi takaful sebanyak RM 150 000 dan penyakit kritikal RM 40 000 selama tempoh 25 tahun.


Jika tiada sebarang musibah dan anda hidup sampai tarikh matang, nilai matang polisi adalah RM 68 000


Bagi pelaburan:
RM 200 sebulan selepas pelaburan permulaan sebanyak RM 1000 selama 25 tahun dengan kadar 15% setahun akan menghasilkan RM 584 231


Cukuplah 2 contoh, bagi banyak2 takut termuntah hijau kuning pulak nanti
So korang paham sikit lah perasaanku kan?
Penin sebab ape bendalah perlindungan , tarikh matang, POLISi itu ini 
tapi at least aku dapat basic financial planning

dan aku paham pentingnya MERANCANG KEWANGAN
 
macam aku yang newbie dalam blogging nih
tau jugak lagi 1 sumber menjana pendapatan : nuffnang
tapi tulah aku tak paham sangat ^^


ada jugak aku jumpa macam2 pasal saham nih...
tapi tulah aku tak tahu mana yang terbaik


yelah, seperti pesan Puan Hajah Rohani (penulis buku), walau apa pun...
melabur berlandas syariah...kalau tak pasti berjumpalah atau bertanyalah pada yang pakar ^^ 


pastu dah banyak duit, jangan lope zakat ^^
ade zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat saham, zakat pendapatan dan zakat perniagaan ... mudah2an dengan reda Allah, menyucikan harta yang akan kita guna, makan untuk diri jugak keluarga tercinta :)




Sekian dolu
*tak jadi ngantuk sebab kira uwanggg*

Thursday, May 5, 2011

Aplikasi Ilmu " Ke Mana Wang Anda"

Bismillahirrahmanirrahim...
"kita tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi sering gagal untuk merancang"

sebelum ini aku telah gagal untuk merancang
maka berbekal ilmu yang baru dapat
aku dengan penin kepala 
cube melakar plan perancangan kewangan aku bila kerja kelak
tahun 2012 insyaAllah 
another 7 months to go 
saje tulis kat sini
sharing is caring
mmmuuaahhhh *eh tibe2*


Tahun 2012
1.daftar jadi pembayar cukai LHDN 

2.potongan gaji :
-zakat
-KWSP + ambil pencen jugak
-kereta ( for 7 years)
-PTPTN ( for 1 year)
-haji --> cukup tabungan RM 1300 boleh daftar
-pelaburan (selama aku bekerja) --> tak sure lagi method pelaburan *harus belajar lagi*


3.Dana khas untuk 2 tahun pertama bekerja
-kahwin *hehe...*
-NGV kereta
-omak eden
-ambil short course Perancangan Kewangan Islam 
-3 monthly servis + car major servis + road tax + insurans kereta

4.Kecemasan
- ??? (akan difikirkan - perlindungan takaful mungkin ???)

5. say no to CREDIT CARD ! 

Tahun 2014
1. ulangkaji plan perancangan kewangan

-alhamdulillah kalau naik gaji - agih kepada pelaburan 
(samada saham amanah/polisi takaful)

2. insyaAllah, jika berkahwin :
-tahu pendapatan pasangan + kedudukan kewangan (maksudnya pinjaman loan dia...dll)
-catat perbelanjaan keluarga (mesti ada buku perancangan dan penyata kewangan keluarga keluaran Bank Negara Malaysia)
-minta izin suami untuk bekerja
-rancang kewangan --> jumlah yang patut dianggarkan dan kenal pasti cara untuk mendapatkan jumlah tersebut (especially setiap awal tahun) berdasarkan :


JANGKAMASA PENDEK
Bahagian A 
1. balik kampung
2. makan luar
3. barang dapur bulanan 
4. perbelanjaan harian
5. payment (bills) - air, elektrik, streamyx, astro, telefon, cukai pintu, cukai tanah, indah water

Bahagian B (kena budget siap2 awal tahun)
1. keperluan hari raya Puasa + Haji
2. perbelanjaan ketika mengandung + melahirkan + nursery
3. keperluan anak-anak sekolah
4. percutian tahunan keluarga
5. untuk beli barang2 rumah/keperluan --> adakan tabung khas untuk beli barang 
cth : nak beli perabot RM 1500, nak pakai lagi 6 bulan --> maka tabunglah RM 250 sebulan
bukan beli mendadak, atau guna kad kredit mahupun secara ansuran
6. 3 monthly servis + car major servis + road tax + insurans kereta yang mahal amat 
7. things for hubby


JANGKASMASA SEDERHANA
1. beli kereta baru
2. beli rumah
3. mengerjakan haji
4. memulakan perniagaan (9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan)
-yang penting displin
-ada akaun aliran wang
-simpan at least 20% monthly dari hasil perniagaan
-chaiyuk !!! malaysia boleh 
-cth perniagaan online sumber inspirasi :


JANGKAMASA PANJANG
1. pendidikan anak-anak --> SSPN ???
2. persaraan
3. wasiat - kalau tiada harta pun, at least kena senaraikan hutang2 (termasuk zakat/fidyah) bagi memudahkan waris
 
" sesiapa yang meninggal dunia dengan meniggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan" -riwayat Ibnu Majah


" sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya) - riwayat at-Tabrani


dan paling akhir, untuk di renungkan ...


" adalah lebih baik kamu meninggalakan waris kamu kaya daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta" - riwayat Bukhari


gua harus belajar lagi  
- saham amanah + produk takaful ( untuk pelaburan)
- andai tak sure kehalalan, usah labur
- ciri2 pelaburan halal, antaranya :
mesti ada panel syariah yang telah menganalisis portfolio pelaburan dan sistem pemantauan tahunan bagi sesuatu saham amanah itu Islamik


secara mudahnya :
pendapatan terbahagi kepada
1. yang boleh digunakan
2. tidak boleh digunakan (cth : potongan KWSP)
3. untuk kegunaan masa depan (pelaburan)


sekian dolu, sharing yang ringkas ^^