Rasa nak terkeluar biji mata
Penin ya Robbi
Malu pulak nak ngaku...isk isk
Manalah aku paham saham amanah, takaful, bon
Beza insurans dengan takaful
Refinance, kad caj alRahnu
Pelaburan berisiko tak berisiko lah
Kalau duit kutu tu pahamlah lagi
Aduhai... adik aku yang Form 5 pun reti saham
Aku ??? takpe2
* dolu aku bukan budak perdagangan + ekonomi*
Sebelum itu, ayuh kita menPSYCHO diri kita ...
Menakutkan bukan? T__T
Masih belum terlambat...
Walau penin + nak termuntah2
Mari kita melihat kepada contoh2 yang diberi --> memang mengujakan
Pelaburan... pelaburan
Ayuh kita sama-sama teruja !!!
ready ???
:)
cuci mata jap ... lalala ^^
Contoh 1 : boleh jadi jutawan tanpa rokok ! *petikan m/s 56-57*
Kami membuat satu sesi perkongsian bajet bulanan keluarga dan didapati ramai golongan bapa merokok. Jadi timbullah persoalan, berapa banyak rokok dihisap setiap hari?
Jawapannya, "tidak banyak, hanya 2 kotak sahaja"
Next Q, "berapa banyak yang dibelanjakan?"
Jawapan diterima," saya beli yang termurah, 3 ringgit sekotak. Jadi sehari baru 6 ringgit"
Tidak terhenti di situ, kami teruskan soalan, " sejak bila agaknya mula merokok?"
Jawapannya pantas sekali, " Umur 18 tahun dah mula"
Pakcik tersebut berumur 48 tahun. Jadi beliau sudah merokok selama 30 tahun. Besar kemungkinan tabiat ini akan diteruskannya sehingga akhir hayatnya (katakanlah sampai 58 tahun... jadi beliau akan merokok selama 40 tahun).
Kami pun mulalah mengira...
1 hari = 2 kotak x RM 3 = RM 6
1 bulan = 30 X RM 6 = RM 180
1 tahun = 12 x RM 180 = RM 2160
Katakanlah kita laburkan duit ini dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahun... AYUH KIRA !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PEMBAZIRAN INI MENCECAH RM 4, 148, 400.69
mak aiiihhhh
banyak tuh !!!
so sebenarnya ramai orang melayu kita yang jutawan
tapi...
ramai yang masih tak sedar
dahlah merosakkan kesihatan
membazir dekat 4 juta pulak tu
tu baru sekotak 3 ringgit
kalau RM 10
hurm...sedih mengenangkan
ayuh kembali serius
tapi kalau korang kira gini,
1 tahun RM 2160
pastu sebab pelaburan 40 tahun
jadi RM 2160 x 40
mane dapat jumlah atas tuh
kan dalam statement di atas, dia cakap :
kita laburkan duit ini dengan pulangan 15% setahun selama 40 tahunmaksudnya:
tahun 1 = RM 2160
tahun 2 = RM 2484 ( 15% dari 2160 = 324)
tahun 3 = RM 2856.6 ( 15% dari 2484 = 372.6)
tahun 4 dan seterusnya macam tulah, makin meningkat
tu pasal boleh dapat jumlah tersebut *kalau tak silap aku lah*
diorang pakai financial kalkulator
aku punye kalkulator budak tadika pun boleh gune :)
tapi aku pun penin jugak... saham mana atau pelaburan mana nak pakai?
halal ke guano...
dalam buku tu ada cerita jugak pasal saham + takaful
tapi aku tak berapa nak paham T__T
takpe, ape yang penting?
Kerjasama !!! eh :P
Contoh 2 : Kenaikan gaji *petikan m/s 33*
Seandainya anda berumur 40 tahun dan anda menikmati kenaikan gaji melebihi RM 800 sebulan, kami cadangkan yang berikut :
Bagi perlindungan:
Caruman RM 300 sebulan untuk polisi takaful sebanyak RM 150 000 dan penyakit kritikal RM 40 000 selama tempoh 25 tahun.
Jika tiada sebarang musibah dan anda hidup sampai tarikh matang, nilai matang polisi adalah RM 68 000
Bagi pelaburan:
RM 200 sebulan selepas pelaburan permulaan sebanyak RM 1000 selama 25 tahun dengan kadar 15% setahun akan menghasilkan RM 584 231
Cukuplah 2 contoh, bagi banyak2 takut termuntah hijau kuning pulak nanti
So korang paham sikit lah perasaanku kan?
Penin sebab ape bendalah perlindungan , tarikh matang, POLISi itu ini
tapi at least aku dapat basic financial planning
dan aku paham pentingnya MERANCANG KEWANGAN
macam aku yang newbie dalam blogging nih
tau jugak lagi 1 sumber menjana pendapatan : nuffnang
tapi tulah aku tak paham sangat ^^
ada jugak aku jumpa macam2 pasal saham nih...
tapi tulah aku tak tahu mana yang terbaik
yelah, seperti pesan Puan Hajah Rohani (penulis buku), walau apa pun...
melabur berlandas syariah...kalau tak pasti berjumpalah atau bertanyalah pada yang pakar ^^
pastu dah banyak duit, jangan lope zakat ^^
ade zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat emas, zakat saham, zakat pendapatan dan zakat perniagaan ... mudah2an dengan reda Allah, menyucikan harta yang akan kita guna, makan untuk diri jugak keluarga tercinta :)
Sekian dolu
*tak jadi ngantuk sebab kira uwanggg*
No comments:
Post a Comment