alhamdulillah aku dah besar gabak dah
macam-macam dah aku lalui
dan kini dah kerja
kerja tetap
tapi aku bengong nak berhenti
kesian mak
kesian ayah
B,
aku tak tahu hidup aku macam ni
dulu kecik2 aku suka study
aku study rajin2
aku aktif bersukan
aku bersosial dengan kawan2
semua sukan aku joint
kawan laki kawan pompuan sume ade
pendek kata meriahnya hidup
masuk form 1 aku dah masuk asrama penuh
hujung bulan balik
pastu masuk pulak matrik
tiap 2 minggu balik
sume jauh2 belaka
masuk Uni je agak dekat
hari2 balik (tipu)
hehehe
semakin dewasa
aku semakin bengong
dah tak rajin study
mudah putus asa
patah hati
hilang harapan dan semangat
tak rajin keluar dengan kawan2
ini dah kerja
dekat 4 bulan
aku dah buat mak nangis
jahat betul aku kan B
...
nape ye B...
aku tak tahu
mane diri aku
yang selalu semangat
diri aku yang kental
diri aku yang dulu
aku asyik memikirkan untuk berhenti kerja
sebab aku tak tahan
aku letih untuk terus memaksa diri
aku tak mampu
tapi mak
tapi ayah
fahamkah mereka?
aku tahu aku anak yang tak berguna
bila dikenang
kesian mak kesian ayah
dari sekolah asrama ke matrik
tak pernah jemu datang jauh nak ziarahi aku
hampir tiap minggu
adik2 aku jugak
kesian diorang sume
setakat 4 bulan kerja ni
alhamdulillah aku dapat tolong keluarga
tapi aku tersiksa
aku penat amat B memaksa diri
B,
nape benda ni sume jadi kat aku B
nape tak habis habis hal yang timbul dalam diri aku B
nape B
...
aku semakin tak faham diri aku B
aku tak tahu apa yang aku nak
pendirianku berubah dari masa ke masa
mengikut kadar emosi dan tekanan jiwaku
adakah aku sorang yang lalui macam ni B
nape aku macam ni B
nape aku tak dapat nak jalani kehidupan macam orang lain?
macam mane orang buleh ade kekuatan untuk bangun setiap hari
meneruskan kehidupan
bekerja sehari-hari
macam mane mereka buleh B
mengapa tidak aku
mengapa aku rasa tersiksa B
masih tidak cukup ikhlaskah aku B
B...
sekarang cuti seminggu
Khamis ni detik penentu
samada aku terus berkerjaya ini atau berhenti
entah bagaimana emak dan ayah nanti?
akankah aku dibuang B
di campak di tepi longkang?
atau mendapat kata2 marah dari mak ayah
atau melihat tangisan mereka
atau mendapat silent treatment
bagaimanakah kehidupan ku nanti?
B...
aku pasrah
hari ni rasa nak pergi jauh dari rumah
sungai petani mungkin
cuti kat sana sehari setengah
khamis datang tempat kerja
tengok apa jadi ...
B...
aku tak pernah sangka akhirnya jadi begini
kuatkanlah aku, Ya Allah
mungkin kerana aku semakin jauh dariNya...
dan ujian ini ... sebagai bonus buatku
Ya Allah,
Seandainya kerjaya ini yang terbaik buatku, keluargaku, dunia dan akhiratku
Permudahkanlah aku meneruskannya , berikanlah aku kekuatan dari kekuatanMu
Bantulah aku untuk terus taat padaMu, pada kedua ibu bapaku
Ringankanlah hatiku untuk meneruskan kehidupan ini
Seandainya ia bukan yang terbaik buatku, keluargaku, dunia dan akhiratku
Maka permudahkanlah aku dan kedua ibu bapaku menerima pemberhentianku
Lapangkanlah dada kami, permudahkanlah urusan kami
Dan kurniakanlah aku jalan rezeki yang Engkau redhai
Ampuni aku, kerana gagal dalam ujianmu ini
Ampuni aku, kerana melukakan hati kedua ibu bapaku
Ampuni aku, kerana dosa-dosaku
B...
I loved as much as you will receive carried out right here.
ReplyDeleteThe sketch is tasteful, your authored subject matter stylish.
nonetheless, you command get bought an impatience over
that you wish be delivering the following.
unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same nearly very often inside case
you shield this hike.
Feel free to surf to my site Xtrasize Review