Saturday, November 27, 2010

Kecewa

Aku masih ingat di saat aku berjanji dengan diriku
Segar bugar waktu itu
Bangkitlah wahai pemuda konon ...

Aku dapati, semenjak azamku untuk berubah
Terdapat beberapa detik aku tersungkur jugak
Susah benar nak melawan nafsu ni
Tambah-tambah untuk aku yang dah pernah melalui keindahan bercinta
Hurm...
Perit jugak melalui kehidupan ni sorang-sorang
Takde tempat bermanja, nak mengadu...
Bestnya kalau aku tak pernah bercinta
Taklah aku rasa sunyi sampai macam ni
Aku memang respect habis kat kengkawan aku yang sampai hari ni
Tak pernah bercinta
Tak tahu pun rasa cinta
Keindahan di lamun cinta
Rasa rindu nak jumpa
Rasa rindu nak bergayut setiap malam
Rasa rindu untuk segalanya

Hurm...
Jujur, aku kecewa
Kecewa amat dengan diriku
Aku tahu apa yang aku buat ni salah
Aku tak patut ada lagi rasa rindu
Rasa ingin bercinta
Semua tak patut
Aku wajib menggunakan waktu muda ini sebaiknya
Bukan tenggelam dengan angan-angan mat jenin aku
Owh Tuhan...
Aku kecewa
Dahlah minggu ni datang bulan
Dengan taklimat SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) yang buat rasa nak lari
Dengan encik yang slow and steady
Rasa tertekannya
Astaghfirullah

Entahlah...
Aku akui 
Aku mahukan teman
Teman hidup

Tapi aku juga tahu
Aku tidak bersedia lagi
Boleh ja nak kawen after habis exam ni
Tapi aku tak berani
Kalau ikut nafsu, nak kawen terus ja
Tapi memikirkan tanggungjawab dan amanah yang akan dipersoal kelak
Kecut perut jadinya
Bab kawen ku letak jauh dari matlamat hidup aku sekarang

Tapi entahlah
Sukar
Sukar 
Sukar amat menahan perasaan ini
Aku tidak mahu percuma ja aku buat dosa kering
Ada ke aku berani call encik tu?
Tapi aku setakat dengar die cakap "hello" je lah
Pastu aku letak...tak berani
Tak sanggup aku nak buat dosa baru..heh --> konon :p
Dunia sekarang amat mencabar
Di sana sini ada ja dugaannya
Aku tak tahu sekuat mana iman aku ni ...muga Allah lindungi dan pelihara aku
Baik kawen ja kan
Dari bercinta berdating bagai
Takde halangan dah pun
Dah habis belajar...mak ayah memang bagi green light
Encik pun kata dia ada plan nak kawen dalam 2 tahun ni
Semua pun macam ok ja
Tapi kalau pengantin perempuannya rasa tak ok
Camne majlis nak berlangsungkan?

Huhuu
Adeh...aku nih
Nak kawen, tapi tak berani
Tak nak kawen pun tak berani jugak

Ape patut aku buat?
muga-muga cepat lah habis datang bulan ni... rindu nak solat ^^

erm...
yang paling dekat di hatiku sekarang...


Aku nak kawen, untuk menjaga diri dan agamaku


kalian camne?
heh ^^

Aku teringat pesan seorang kakak...

"adik, sebagai manusia kita memang takkan pernah sunyi dari ujian dan dugaan...satu ja yang paling penting, walau apa pun terjadi...adik mesti jaga hubungan adik dengan Allah"

 Patutlah bengong minggu ni...konon sibuk...quran tak bertengok...mathurat tak baca...asik lalai...leka dengan dunia...astaghfirullah...patut senang ja tewas dengan pakcik setan...isk isk T__T




Friday, November 26, 2010

Suri rumah proaktif

Assalamualaikum :)

Hari ni tengah sibuk-sibuk nak siapkan assignment
Ada pulak tetamu yang nak berziarah
Hari dah pukul 9 lebih dah ni
Sape pulak nak datang malam-malam ni
Bila tanya mak, owh rupanya pakcik nak datang menjemput ke kenduri kawen anak die
Biasalah, hujung tahun, bulan 12 ni adalah bersamaan dengan bulan kawen , honeymoon ^^

Terpaksalah aku meninggalkan assignment dan tolong mak get ready
Rumah dah lah tunggang langgang
Maklumlah hero-hero adik aku nih
Bukan reti nak kemas
Adik perempuan aku pun same je
Barang mainan bersepah-sepah
Wusshhh
Kain baju lagi
Tandas
Pinggan mangkuk tak habis cuci
Banyak keje nih...
Dalam hati rasa menyesal pulak balik umah malam ni
Kalu duk hostel, mesti dah masyuk dapat siapkan assignment
Astaghfirullah...

Niat kembali diperbetulkan
Islam mendidik kita untuk memuliakan tetamu ^^


So bermulalah aku mengemas
Masak air
Adik aku pulak pi beli biskut dengan roti
Dapur kehabisan stok malam ni 
Sementara tu, aku siapkan cawan hidang
Pastu salin baju yang proper ^^
Pastu siap-siap je, tetamu pun sampai


Terus jemput masuk dan lepas salam-salam
Aku lari balik ke dapur
Buat air teh tarik
Carik pulak bekas nak isi air
Basuh pulak bekas air baru
Siapkan biskut letak atas piring
Siapkan roti dengan jem
Nak buat roti bakar, toaster pulak rosak...
Lepas potong-potong roti dengan jem, hantar depan
Air basuh tangan ja aku terlupa tadi


Baru siapkan roti, air pulak dah nak habis
Kena buat air baru
Pastu roti pulak nak habis, kena cepat-cepat siapkan lagi roti
Hurm...


Pastu dah settle, baru dapat joint mak ayah dengan tetamu
Dalam hati, banyak benda jugak aku terfikir
Bukan tak biasa melalui semua ini
Cuma, sebagai pemuda yang berwawasan (heh)
Sekarang, banyak aku fikir
Tak macam dolu
Matang lah kiranya sekarang ^^


Hurm...
Penting ni untuk terima tetamu secara ad-hoc
Suri rumah kena sentiasa bersedia dan kreatif
Rumah kena selalu bersih
Pastu pinggan mangkuk untuk tetamu kena ada
Takkan nak bagi pinggan atau cawan yang kita pakai hari-harikan?
Kenalah istimewa sikit
Pastu kene kreatif nak bagi makan apa
Dapur kene ready

Dari pemerhatian aku tengok mak cik aku kat kampung,
Dia memang pakar bab ni
Superb
Anytime tetamu datang pun tak kelam kabut
Barang dapur ready je
Ada tepung cucur ikan bilis, ada mee..bihun...kentang goreng..sume die prepare ja
Kadang-kadang tu buat bubur, kek
Kreatif betul idea die


Aku pun teringin nak jadik suri rumah yang cekap macam mak cik aku nih
Tetamu datang bley buat hidangan best2x...
Banyak kene belajar nih..adeh


So, aku rasa mulai hari ni aku kene bertindak dan belajar sebagai suri rumah yang proaktif
Sebagai isteri, maruah suami kena jaga
Di saat tetamu datang, mesti siapkan yang sehabis baik
Demi maruah suami dan keluarga jugak :)

Lesson for today : be a proactive housewife ^^


(nak ada set kabinet dapur yang complete and comprehensive for a busy working housewife like me...heh...tambah 1lagi homework...find and create my own kitchen)


Dapur idaman ???




Saturday, November 20, 2010

kesyahduan

Hari yang sibuk ku lalui
Membuat kepala berat , mata layu
Seusai kerjaku, aku meyiapkan diri untuk tidur
Ku ingat malam ni mesti takde insomnia
Yelah, dah penat sangatkan
Tambah-tambah, hujan pulak renyai-renyai malam nih...

Apakan daya, dalam kelelahan ini
Hatiku terusik
R.I.N.D.U padanya
Ingat dah lepas dari dia (my ex)
Tapi masih gagal lagi

Titis titis hujan
Seiring dengan titis titis air mataku
Semakin laju
Mula membasahi pipi dan bantal busukku
Ku peluk erat bantalku
Buat mengurang sesaknya rasa rindu
Gagal
Malah dia semakin jelas di ingatanku
Menari-nari di hatiku
Tak tahan...ku lihat handphone di sebelahku
Ku picit nombornya

***

Beberapa saat aku termenung
Wajarkah?
Bolehkah?
Tidak !!!

Handphone ku campak tepi
Derai air mata ku seka
Lantas kaki ini ku kuatkan untuk ke bilik air

Wuduk ku ambil
Telekung ku pakai
Sejadah ku bentang


Di hadapanNya ku adukan perasaanku
Walaupun aku malu
Kerana aku hanya ada Dia
Malah Dia sebenarnya lebih mengetahui isi hatiku


Ya Allah
Ku khususkan doa ini buat diriku
Ampuni aku
Aku malu untuk meminta padaMu
Kerana ceteknya amalku dan dalamnya dosaku
Namun ku tiada pilihan
Aku hanya ada Engkau di sisiku
Engkaulah tempat aku memohon dan bergantung harap
Engkaulah satu-satunya harapanku


Ya Allah
Janganlah rinduku padanya melebihi rinduku padaMu
Ampuni aku
Kerana sehingga kini aku masih menyintainya
Kurniakan dia kebahagiaan
Kurniakan dia isteri yang terbaik buatnya

Ya Allah
Bantulah aku
Kuatkan hatiku
Sesungguhmya Engkaulah yang memegang hatiku
Keluarkanlah perasaan cintaku padanya dari hatiku
Penuhkanlah dengan cintaMu
Berikanlah aku peluang untuk mencintaiMu

Ya Allah

Seandainya encik itu yang terbaik untukku
Satukanlah kami dalam rahmat dan keberkahan
Peliharalah hati kami agar sentiasa takut padaMu
Sesunggunhnya kami mencintaiMu dan pingin menggapai redaMu
Permudahkanlah kami mencapai redaMu
Seandainya encik itu bukan yang terbaik, maka Engkau putuskanlah urusan kami ini dalam rahmat dan kebaikan


Seusai solat dan doa
Ku melangkah ke katil
Merehatkan tubuh
Dan lap top kecil penemanku ku buka
Lalu ku coret kesyahduan malam ini...


Pingin sekali aku melafazkan kerinduan ini padanya
Pingin sekali aku mengungkapakn cinta ini padanya
Biar dia tahu kesetiaanku untuknya
Walau di maki hamun
Di halau balik setelah datang berpuluh kilometer
Kol dan massage yang tak bereply
Dan segala cacian untukku
Namun semua ini mustahil...hanya sekadar perasaanku

Aku juga ingin dia tahu betapa tulusnya cintaku
Menyintainya walau tidak memiliki
Mendoakan kebahagiaannya walau diri di lukai
Ku berharap agar dia tidak mencariku lagi
Biarlah dia melupakanku
Dan terus berbahagia, tanpaku ...
aku
2.11am



Friday, November 19, 2010

My baby Part 2

Sebenarnye banyak je nak share... pasal tayar , alignment and balancing, minyak hitam, radiator, minyak brek, komponen-komponen kereta dan juga jenis-jenis servis yang perlu kita buat. Tapi memandangkan aku sedor diri aku nih, biarlah orang yang lebih arif ceritakan. Hasil pembacaan tentang semua benda tu, aku dah buat nota dan jadual untuk major servis. Alhamdulillah, puas hati rasa :)

Muga dengan itu, aku lebih arif pasal kereta aku dan tahu mana yang patut di ganti pada km yang ke berapa... kalau tak tahu, nanti kena tipu. Aku dah pernah kena masa hantar servis kali 3, ada ke aku boleh setuju nak tukar 1 spark plug  dengan harga rm 43.40. Bengong. Heh...itu pun aku baru sedar masa aku buat ulangkaji pasal kereta nih, which is dekat 1 tahun lebih dari tempoh kejadian.
( selepas aku semak balik bil servis yang lepas dalam fail kereta aku)

Padahal spark plug tukar every 20 000km. Pastu bukan tukar 1 unit je. 4 unit sekali. 4 unit tu pun baru rm 38...tak sampai pun rm 43.40...isk isk isk...itulah padahnya kalau tiada ilmu.
Dari itu, mari kita tingkatkan ilmu kita dari masa ke masa agar tidak di perbengongkan oleh orang yang tak bertamadun. Huhu...
At least amik tahu lah time bile kena tukar ATF(auto transmission fluid), minyak brek, timing belt, fuel filter dan air filter...dan yang seangkatan dengannya.

Part yang best, nak share adalah tentang penjimatan bahan api ^^

 
1. Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunakan lebih banyak bahan api. Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.
2. Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.
3. Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%
4. Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat. (Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik". --> part ni, aku sendiri tak faham ape nilai fizik di sebaliknye...)
5. Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.
6. Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)
Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%
7. Secara Umum (General Advice)
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan penggunaan minyak.
8. Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)
 
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

sumber asli : 

EXTRA TIPS
*Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.

*Amalan hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. 

Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

*Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

*Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

*Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.

"Specially for my baby"