Friday, January 7, 2011

Eksperimen 01

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Bismillahirrahmanirrahim
InsyaAllah pada malam ini aku ingin memulakan eksperimen ^^
Lepas 1 bulan, dapat result akan ku kongsikan teori penjagaan hati yang mantap :) 
So kira 7/2/2011 nanti tamat eksperimen ini insyaAllah


Pembolehubah malar --> diri aku yang single
Pembolehubah manipulasi  -->  bekalan ***
Pembolehubah bergerak balas -->keteguhan hati


Hipotesis : semakin cukup bekalan *** semakin teguh hati
( kiranya keteguhan hati berkadar langsung dengan bekalan)

Butiran lanjut untuk bekalan ***


Bahagian A

1. Qiyam
2. Solat berjemaah
3. Solat rawatib
4. Mengaji satu juzuk setiap hari
5. Membaca mathurat pagi dan petang
6. Solat sunat duha
7. Berpuasa sunat isnin dan khamis

Bahagian B


1. Menjaga kelima deria (mata, telinga, mulut, bau dan rasa atau sentuhan) 
    dari perkara yang di tegah


2. Pengalaman percintaan lampau di lupakan ( chaiyuk ! )


3. Ingat aim untuk kerjaya dan menjadi wanita sempurna
    (ketepikan soal lelaki yang remeh)


Sekian,
Selamat maju jaya baby ^^




Aku Wanita Biasa




masa bila pulak aku ade kekasih nih?
huhu...
dalam lagu ni, kekasih tu aku rujuk kepada hati aku yang berbolak-balik nih :(

forgive me,
myself

Beberapa pengakuan

Sebelum aku mencari solusi hatiku ini
Biarlah aku coretkan beberapa perkara nakal di hatiku
Kire inside me lah ( ahaks !
Semua yang aku sebut kat bawah, adalah dalaman aku, bukan  kat luar ye 
Malu jugak nak ngaku, tapi just state je lah :(
Owh ye lupe
Segala nombor/figure yang di pakai adalah contoh semata
Tiada kaitan dengan diriku atau sesiapa baik yang hidup atau tidak
Sekian harap maklum


Aku seorang yang suka menyeksi
Keseksian
Penyeksian
Yang menyesakkan dada dan melajukan nadi seorang lelaki


Aku seorang yang suka menggoda
Penggodaan yang amat mengghai***kan
Yang mendirect laluan darah ke peni*


Aku seorang yang manja
Kemanjaan yang mencairkan
Yang melembutkan dan menyejukkan hati seorang lelaki

Aku seorang yang suka perkara-perkara yang seksi, kemanjaan, penggodaan
Seperti tarian, gelekan, pakaian and high heels

I just love all that



Tapi...
Belum ada suami untuk di praktikkan :(
Kena sabar banyak-banyak
Siap kena puasa lagi. Heh.


Antara banyak-banyak lelaki
Yang dah berkahwin memang best cket
Badan bley tahan 
Sedap peluk
Angkat aku pun stabil je kot
Bley lambung-lambung skali  
Ish ish nakal tahap cipan
Part kematangan tu yang sangat alhamdulillah :P
Tapi takkan kot kan?
Aku ni perempuan, takkan melukai kaumku yang tersayang pulak kan?
Sekadar rasa best jerk, bukan pe pun :D


erm...
ape lagi ye kebengongan aku?
 yang senarai kat bawah ni pulak, memang dalam dan luar aku
memang aku buat secara realitinya
tak macam kat atas, banyak perasaan ja


aku seorang yang setia
amat setia pada cinta
sebab semua yang pernah mencintai aku mengakui aku setia
even encik yang hanya kenal aku through email and phone
pun akui aku wanita yang setia

aku seorang yang aktif
stamina aku tinggi
so aku boleh settle kerja berlambak dalam masa yang suntuk
be it housewife's work or assignment2x aku
cekap dan efisien dalam berurusan ke sana ke mari
amat suka joging dan buat kerja rumah
 
aku seorang yang suka travel
be it a day or few days
be it by car train or bus
be it alone double triple or family
be it rainy or not


aku seorang yang suka kereta dan motor berkuasa tinggi
sudah dan tengah belajar servis kereta sendiri
memahami enjin kereta
dan perkara yang patut tahu pasal kereta


kelemahan aku ...

aku seorang yang tak suka shopping
selalu kena marah dengan mak sebab tak teman dia shopping
barang-barang aku kebanyakannya mak ayah aku belikan
heh.
sampai ja umah ada tudung baru baju baru kasut baru handbag baru
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
dapat parents yang penyabar macam diorang


aku seorang yang selalu fail diet
sebab aku suka makan
tapi badan maintain :P
aku rasalah
dah suka menyeksi dan menggoda
takkan 38-36-40 pulakkan?

aku seorang yang emo jugak kot
sekarang cepat nangis berbanding dulu
zaman hati batu 
hurmm...payah jugak

aku seorang yang risau tentang kehidupanku
agamaku
owh bagaimanakah?
apakah?


***


baiklah
sekarang hati pun clear
nampak dah punca-punca
yang mungkin boleh contribute
pada ketewasan menjaga sekeping hatiku
mungkinkah?


yang sedang...
looking forward jawapan kepada penjagaan hati yang mantap

chaiyuk baby ^^












 












Beberapa persoalan

Setelah beberapa dekad hidup ini
Melalui ranjau onak dan duri ( poyo )
Aku dapati aku blurr dengan kehidupan ini
Aku sampai saat ini
Masih belum punya arah tuju yang pasti
Kehidupan ku rasakan entah nak buat apa
Apakah?

Ini kira dah berat jugak ni
Macam yang pernah aku terfikir sebelum ini...

Adakah kehidupan ni setakat makan tido berak ?
Setakat study keroje kahwin beranak bercucu ?
Setakat kerani bos jusa ?
Setakat rm 3oo rm 5ooo rm 9999999 ?
Setakat berjeragat berjerawat berparut licin putih melepak ?
Setakat 34 cup A 36 cup B ?
Setakat 32-27-34 , 36-24-38 ?
Setakat syed dan syarifah ?
Setakat bedminton squasy bola sepak?
Setakat emas perak berlian?
Setakat lemang rendang nasi ayam?
Setakat flat banglo kondo?
Setakat saga honda ferrari?
Setakat vespar suzuki honda?
Setakat saya awak kamu korang?
Setakat semalam hari ini esok lusa?
Setakat pakwe makwe hubby honey daddy mummy?


???


Huh...
Ape yang wajar aku buat untuk menghabiskan sisa kehidupan ni?
Memandangkan aku ada masa singkat sebelum kelas bermula
So aku terpaksa meninggalkan dahulu persoalan lain
Kena fokus pada soal hati yang bersangkut paut dengan wanita dan lelaki 
Kerana aku rasa bab ni paling penting setakat ini
Yang selalu buat aku bengong :P


Aku pernah jadi tomboi anti lelaki
Then pakwe aku meng-usha aku 3 tahun
Dah dapat aku kami bercinta pulak 2 tahun
Jadi ayu lah aku hingga hilang sume ke-tomboian aku
Siap pakai high heels ^^ --> haha tak bley blah
Lepas putus, aku beriman sejenak 2 tahun
Sempat merasa pinangan lelaki yang baik agamanya
Sanggup nak kahwin tu walau tak kenal
Cuma yakin dengan agamanya
Tapi parents kata enggak

So terus maintain single binti solo
Hingga terjebak dengan cinta kedua aku
Bulih dia jatuh cinta kat aku through phone ja
Muahahaha
Power sangat ke aku? Suara aku menggetarkan hati lelakinya kot
Mula-mula nak reject
Dah taubat tak bercinta lagi
Tapi aku pulak yang sotong
Lembik dengan teknik pengoratan die 
Sekejap ja aku jatuh hati 
Tak sampai  2 bulan
Memang bengong betul
Mane pergi nya kekerasan hatiku?
Bercinta tak lama
Dekat 9 ke setahun gitu
Putus oleh kekesaran mulutnya yang tak berinsuran 
Maki hamun sesedap rasa ayamas
Sekali lagi parah hati aku
Erm...

So kira dah 3 kali hati aku punah oleh sebab lelaki
Itu pun still lagi bengong bley jatuh hati kat si mamat
Die yang jadi tempat comfort zone aku
Dengan keprihatinan dia ja aku dah lembik
Tapi dia dah ada awek
Bengang jugak dah ada awek tu jangan lah nak buat aku jatuh hati pulak
Tapi walau aku jatuh hati pun aku tolak setiap ajakan dia untuk keluar
Pergh ! Dia bley marah pulak tuh 
<keciwa lah tu aku 1st perempuan yang tak mo keluar dengan dia>
Muahaha...
Puas hati aku ! Ingat senang nak hangkut aku ke sana ke mari?

Kira masuk si mamat, telah ada 4 lelaki yang pernah aku jatuh hati
Hurm...
Dengan ramadhan yang berlalu
Aku pernah bertekad tak nak bercinta lagi
Serik
Hati lelah
Tak larat
Penat
Nak kawen terus :)
Bley tak?

Tapi al-mangkuk ibni tingkat betul aku ni
Kerana sekali lagi aku tegar membiarkan hati ini jatuh dekat encik
Encik?
Ya encik yang di kenalkan oleh si mamat kepadaku
Entah macam mane
Mula2x tu contact through email ja
Pastu berani massage pulak
Pastu berani calling calling
Then berani cakap "i miss you"
Gila.
Bengong.
Nak nak berani panggil encik hubby
Memang mangkuk bertingkat tingkat betul aku ni
Tapi, memang rindu dekat encik
Dalam tak nak tak nak die jawab kol aku
Sempat tu bagi tazkirah
Gaye ustaz kat kampung aku
Huhu
Tu yang cair tuh
Kira die memang calon yang tepat untuk anak-anakku kelak...
Tapi...nape aku benarkan hati aku jatuh cinta kat dia ni sebelum masanya?
Aduisy :(

Napelah jadi macam ni? 
Termasuk encik, mamat, pakwe ke 2, lelaki masuk meminang dan pakwe 1st aku
5 orang semuanya
Yang telah, pernah, mencurik hati aku
Ada yang dah pulangkan balik, ada yang belum, ada yang on the way nak pulangkan

Nape jadi camni?
Ape solusi yang terbaik?








Thursday, January 6, 2011

Seketika

Malam-malam dalam minggu ini
Banyak buat blog walking
Mungkin kerana tension amat
Saja mencari penulisan yang mencuit hati
Di celah-celah hari exam ni

Alhamdulillah
Meningkat jua kematangan lepas baca
Penulisan renang gaya bebas
Agak cuak, takut membacanya
Tapi buat aku geli hati
Ada ada je manusia ni ^^
Hurm...
Tadi pi settle urusan kesihatan ayah

Rasa best dapat jaga ayah
Walau indirectly
Ayah tak pi pun
Aku ja yang urus sengsorang
Dapat blood result
Dapat appointment day
Baru ayah pi ^^

runsing **

"Ya Allah, peliharalah ayahku dari sebarang penyakit
Kuatkanlah dia dengan kekuatan dariMu
Tabahkanlah hatinya untuk melalui siri appointment dan rawatan
Sabarkanlah dia 
Sesungguhnya dia adalah ayah yang terbaik
Yang telah menjaga, mendidik dan merawatku
Janganlah Engkau ambil dia dari kami
Engkaulah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Mengubati
Sembuhkanlah ayahku"

Sunday, January 2, 2011

Isteri cerdik yang solehah



Suka pulak layan lagu ni malam ni
Fuhh...
Buat teman-temanku yang baru sahaja bernikah
Jadilah kalian isteri solehah :)

Aku ?
Heh ... Ada lagi masa nak perbaik diri nih

Seorang encik

Dia hadir di saat aku baru pulih dari luka
Kehadirannya tanpa di duga
Atas usaha orang tengah yang ingin melihat kami bahagia

Dia membawa ketenangan dan keyakinan
Kepadanya ku kenalkan diriku, peribadiku dan kehidupanku
Lewat setiap emailku padanya
Detail  jadual harianku buat tatapannya
Perhubungan kami yang pada awalnya amat terbatas
Sekadar melalui alam maya
Kemudian maju ke alam talifon
Setakat bertalifon dan bermassage hal penting
Tidak pernah aku bertemunya
Hanya melihatnya lewat sekeping gambar di alam maya


Mengenalinya...
Membuatku rasa bertuah yang amat
Alhamdulillah, segala kesyukuranku hanya kepadaNya


Dia...
Lelaki beriman di celah hujung zaman
Lelaki yang tegar dengan dugaan dunia
Lelaki penuh wibawa dan bertanggungjawab
Solahnya di masjid
Malamnya di hiasi tahajud
Siangnya beribadah dengan tulang empat keratnya
Mencari rezeki buat keluarga tercinta


Dia...
Telah membuatku jatuh cinta
Rindu benar hati ini padanya
Namun aku tahu siapalah aku berbandingnya
Aku hanya insan kerdil yang masih di selaputi dosa-dosa
Yang hanya memberi beban padanya


Dia...
Pada malam ini
Telah ku minta diri
Kepadanya ku pohon
Lepaskan diriku dari proses perkenalan ke arah pernikahan ini
Hentikanlah ... "baiklah, saya redho andai itu yang cik mahukan"
Berderaian jernih butir-butir mutiara membasahi pipiku
Saat lafaz perceraian itu di lafazkan olehnya...


Bukan kerana aku tidak mahu
Tapi oleh sebab kerdilnya aku berbanding dia
Benar, ku mencintainya
Aku telah membenarkan hati ini mencintai seorang yang bukan milikku :(
Benar, perit melepaskan dia
Benar, hati ini berdarah lagi
Benar, berdolak -dalih hati ini
Benar, inilah kemahuan yang terdekat di hati ini


Biarlah aku sendiri
Lebih baik
Lebih tenang 
Lebih lapang
Dalam menjejak hari hari mendatang
Bersama semangat dan azam
Menuju pembentukan peribadi yang lebih baik


Muga dia dikurniakan isteri solehah
Dan berbahagia di dunia akhirat
Buat kesekalian kali
Aku melepaskan cinta hatiku
Benarlah cinta itu tidak bermakna harus di miliki ^^


... ,

aku