so aku free sampai raya
awal2 tak sure jugak gmana harusku nikmati waktu free ni
haruskah pulang ke rumah atau menikmati ramadhan ini bersendiri
lalu malam tadi ku ikuti stereng + roda kereta
berlabuh kami di masjid itu
yang dulunya ia menyaksikan
kembalinya aku ke fitrahku
merindui Dia yang satu
lewat malam sudah
mata tak mahu lelap
ku perhati di sekeliling masjid
ramai juga yang iktikaf ni
siap bawak baby sekali
ada budak tu bawak tedy bear jugak
dan terpana aku pada makcik + nenek tua yang diselimuti kesejukan
dinginnya air-cond masjid
hebatnya mereka !
di usia itu mampu beriktikaf !
aku ?
:(
***
sayup2 ku dengar alunan ayat2 suci
lantas ku lihat jam
3:50 ? awalnya
ku bergegas ke tebing tingkat 1
di bawah, ku lihat
beberapa baris muslimin + muslimat
khusyuk bersolat
lampu masjid pun buley tahan romantiknya
berdegup laju jantungku
alangkah indahnya suasana itu !
bertemu dan berdating denganNya
lantas laju ku berlari mengambil wuduk
dan mengambil tempat bersama mereka
subhanallah alhamdulillah allahuakbar
memang benar
janjiNya
kenikmatan dan keindahan
luar biasanya perasaan itu
tiap hembusan nafas
tiap denyutan nadi
tiap titisan darah
melalui fasa-fasa cinta yang teramat indah
benarlah
dan benarlah
solat malam itu sesuatu yang indah
darinya bekalan kehidupan di ambil
darinya beroleh kekuatan
darinya beroleh ketenangan
darinya ku yakini untuk meneruskan perjalanan ini ...
dan seusai Subuh
ku lihat mereka-mereka bergegas keluar
bagi mencari sesuap rezeki
dan aku
masih di situ
mencari dan mengutip sisa-sisa cinta
11 pagi
dengan berat hati ku langkah keluar dari masjid itu
aku telah menetapkan untuk pulang
lewat 2 rakaat istikharahku
muga dapat ku nikmati lagi keindahan itu ...
***
seusai mengambil barang di asrama
ku mulakan perjalananku pulang
bertemankan my tedy :)
inilah 1st time aku bawak tedy balik umah ...
malu dengan adik punye pasal
tapi cuti lame sangat
nanti malam tak dapat peluk tedy
jadi rindu ...
so aku bawaklah
letak tedy kat tepi
masa nak tunggu lampu hijau
amik tedy nak peluk
sekali ade mamat kereta sebelah tengok
aduhhhhh
bengong betul aku ni :(
buat malu je ...
sepantas kilat aku buat2 betulkan reben tedy tu ...
hehe ...
***
dan sekarang...
gmana harusku corakkan penghujung ramadhan ini ?
ya Allah, bantu aku melalui ujianMu ni...
banyaknya masa, jangan aku terleka dari mengingatiMu
tetapkan hati ni pada jalanMu
dan berikanlah aku kekuatan untuk terus melakukan ketaatan padaMu
untunglah dapat cuti awal., huhuhu..
ReplyDeletehehe :)
ReplyDeletealhamdulillah encek botak
setiap perkara ada hikmahnya... :)