Sunday, February 26, 2012

B, this is a long and tough journey

Salam B,
thanks kerana ada di sini
sayu amat hati ni
perlu someone untuk diluahkan

B,
aku dah lalui macam2 sebelum ini
alam percintaan yang perit lagi menyiksakan
hingga aku lelah B

Dan alhamdulillah
Aku masih terbuka hati untuk menerima 
Seorang Adam dalam hidupku

Dan di saat aku bulatkan nekadku untuk menerimanya
Masih juga pelbagai dugaan B

Kepada emak telah ku sampaikan hajatnya
Untuk berjumpa dan memperkenalkan diri

Kepada emak juga sudah ku risik2 
Expectation apakah yang emak mahukan 

Namun kecewanya aku bila kurasakan terlalu tinggi nilai hantaran
Sayunya aku bila rasa susah dan payah dalam meniti 
Perjalanan menuju sebuah pernikahan

Mengapakah mindset ibu bapa di zaman moden ini lain?
Mengapa tidak saja mempermudahkan?

B,
Saban bulan gaji aku
Aku simpan
Ikat perut
Tahan berbelanja
Masih tidak cukupkan sejumlah wang itu 
Masih tidak puaskah hati mereka
Atau kerana terlalu payahkah mereka membesarkanku?

B,
Aku pasrah
Penat
Kadang2 kita mengharapkan mereka mempermudahkan
Semua kehendak dah dipenuhi
Even kekasih yang aku cintai pun aku tinggalkan demi mereka
Aku teruskan kerjayaku demi mereka
Segalanya demi mereka
Susahkah untuk sekadar mempermudahkan?
Payahkah?
Perlukah mendengar kata jira2 pakcik makcik toknek moknek semua?
Perlukah membandingkan nilai hantaran si pulan binti si pulin?
Perlukah B?

B, 
Payah hati ini mahu bersabar
Payah hati ini mahu merelakan
Payah hati ini B

Aku cuma pingin menyempurnakan separuh dari agamaku
Aku cuma ingin menjaga sekeping hatiku
Aku cuma ingin menghapus sumber2 dosa keringku
Aku cuma pingin ...



































B...
dan benarlah setiap yang baik itu banyak ujiannya
dan benarlah setiap kesabaran itu banyak ganjarannya
dan benarlah hanya kepada Dia aku dan kamu berserah
dan benarlah pada mereka jua terletak redaNya
sabarlah, dan kuatkan kesabaranmu sayang












--------------------------------------------------------------jiwa tak berapa stabil----------

No comments:

Post a Comment