Sunday, August 14, 2011

sahaja aku ...

bismillahirrahmanirrahim...
sahaja aku berbuka puasa berblogging kerana Allah :)

mood : workaholic

status : kepala berdenyut kuat, rasa penuh dan sesak

penyibuk : tam + neng (kucing kami) - yang duk merayau dekat lap top aku, kaki aku + kertas kerja aku ...

dengan tanggungjawab yang ku pikul
sedikit sesak aku rasa
adik , study, mak ayah juga rumah

"kaklong kata nak kemas almari buku ni?"
*diam*

"tapi kan kaklong kata lepas habis exam"
"owh, bukan wiken ni yep?"

"mane larat mak ..."

"perhatian kepada semua orang2 kampung, dengar sini kaklong nak baca"

"permohonan tukar pinjaman kepada biasiswa ... ... ... (adik aku punye) "

"ok bagus. buleh print - ayah dah puas hati

esok - basuh kereta , servis kereta , kemas rumah + semak diri + revision

*****







entry ini lebih kepada preparation
kerana aku adalah manusia yang suka merancang + membuat persediaan : entry ini
:)


dan kerana otak ni rasa panas , sebab kerja2 yang kena aku buat ...
aku nak melepas beban itu di sini , bersama baby 
:)


juga paling penting, kerana sharing is caring 
:)




insyaAllah , bila memulakan kehidupan berkeluarga kelak, harus mempunyai budaya keluarga yang diredhaiNya 
:)

kupasan lanjut di entry akan datang ... sini just sikit je :) 
ini hanya berdasarkan pengalaman hidupku, 
dan kemahuan ku untuk mengupgrade hidup jadi lebih baik

rumah nanti mesti ada :

1. library 
- ada meja
- rak buku
- mesin fotostat / scanner/ printer
- komputer
- internet

* ini penting untuk perkembangan ilmu anak2 , mesin2 tersebut penting ketika menyediakan salinan2 dokumen bagi meneruskan pengajian + memohon kerja - jadi tak perlu susah payah fotostat kat kedai luar (huh...memenatkan)


2. fail peribadi setiap anak (boleh bahagi 2- untuk kesihatan + juga akademik)
- dokumen kelahiran
- dokumen kesihatan lain
- dokumen sekolah/politeknik/maktab/universiti : pendaftaran, segala resit , juga sijil2
- dokumen bank/ akaun anak
- dokumen lain
 
* ini penting untuk memudahkan proses memohon pengajian/sambung pengajian/kerja.
Juga sekiranya anak2 menghidap penyakit - maka memudahkan untuk rujukan doktor bila kita membawa anak untuk rawatan. Taklah bersepah2, bila perlu nak cari - adoyai :(
 
3. membuka 2 akaun bank untuk setiap anak yang lahir 


- 1 akaun untuk tampung kos belajar kelak (pencarum : ibu)


* ini penting kerana sebagai ibu bapa yang menyayangi anak2, maka kita tidak mahu anak2 berhutang di usia muda- lihat saja berapa ramai graduan yang habis pengajian dengan berpuluh ribu hutang samada dengan PTPTN @ badan @ yayasan. Sekiranya anak dapat biasiswa, alhamdulillah . Yang penting, bersedia sebelum hujan.


- 1 akaun untuk tampung kos kahwin kelak (pencarum : ayah)

* ini penting kerana sebagai ibu bapa yang menyayangi anak2, maka kita tidak mahu anak2 tertangguh/ lewat nikah kerana tidak cukup wang. Apalagi harus membuat pinjaman loan. Memudahkan anak kahwin, juga akan memberi kemudahan bagi kita :) 

* akaun ini juga melibatkan anak perempuan, bukan anak lelaki sahaja. Kerana :


" Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ). " - Riwayat Ahmad dan al-Hakim. 

Hantaran? alangkah bagus juga andai kita sebagai ibu bapa juga meringankan hantaran, kesian pihak lelaki :) ... kalau tak nak tolong, at least duit akaun ni boleh jadi sebagai hadiah untuk anak perempuan kita --> boleh guna nak mulakan kehidupan : seperti beli barang2 dapur, mesin basuh, alat2 elektrik, juga perabot ^^  tak lupe --> kos honeymun :P


** pencarum , samada ibu/ayah. tolak saja dari gaji setiap bulan .

     paling rendah : target RM 100

     ayuh kira : anak lahir  1 bulan 

                           anak habis SPM 17 tahun = 17 x 12 bulan = 204 bulan
                                            
                         204 bulan x RM 100/ bulan                        = RM 20 400 


     if target RM 50 

    RM 10 200


 -->    ini anggaran kasar :) 

kan ada ASB lah hape lah... dividen lagi... ke nak buat insurans/takaful... up to us... 
< kene bace banyak lagi bab2 perbankan ni >


* Ia adalah untuk setiap anak, bukan anak pertama sahaja. InsyaAllah , walau nanti by anak ke-5 (hehe) memang besar potongan... sampai RM 500 sebulan. Tapi insyaAllah juga time tu gaji kite mesti dah naik kan? paling kurang, nak dapat anak ke 5 tu adalah after 5/10 tahun. Ni kalu yang ekspress KLIA lahir setiap anak tiap tahun. Tapi kalu transnasional tu insyaAllah dalam 2 tahun seorang anak :) -->sukati aku jew


* duit akaun ini juga buleh digunakan jika berlaku kecemasan ...


4. fail penting kerajaan langit :)

- fail rumah - segala perjanjian, dokumen peguam, geran tanah
- fail kereta - segala resit2 bayaran tiap bulan, geran kereta, bill servis, road tax
- fail2 lain - yang penting untuk semakan akan datang : macam fail untuk kad kredit ke :)

* semua ini mesti di failkan dan letak di satu tempat khas, bukan sana satu sini satu. sampai je surat, mesti on the spot bace + masuk dalam fail terus ! mesti !!! jangan tangguh2 dan biar dokumen kat sana sikit, sini sikit. nanti bila nak pakai, buang masa nak cari + juga nak susun. lebih baik selalu up to date :) bukan nanti dah anak 3/4 orang baru nak adakan fail. leceh.


5. mengemas kini barang2 rumah setiap 6 bulan sekali

sedikit kisah aku ...


aku masih ingat di saat aku cuti semester dolu
aku dengan gigih, tabah dan sabar 
mengemas stor bilik belakang rumah kami

dekat 1 minggu lebih aku amik masa nak siapkan

walau sukar ...
menerima bebelan dari mak dan ayah
aku teruskan jugak
telinga buat2 pekak
kalau rasa pilu amat, tak tertahan
time solat ngadu kat Dia
nangis sebelum tidur
lega...
esoknya sambung balik kemas


tak buleh buang itu
tak buleh buang ini
padahal barang2/baju2 tu dah tak pakai pun
sabar
sabar 
sabar
hari2 mak/ayah datang cek... kritik itu ini , tak puas hati ...


dengan otak kreatif
hati yang yakin
alhamdulillah aku bisa kemas bilik tersebut
separuh barang di buang
separuh lagi hantar ke luar
separuh lagi yang ada sentimental value aku kemas/susun molek2

bilik stor yang dulunya sepah lagi tak berpenghuni
kini telah selamat jadi bilik pelbagai fungsi
alhamdulillah Tuhan mengurniakan aku kreativiti tinggi
bilik itu sangat multifungsi
ia adalah bilik baju, bilik study, bilik solat juga bilik tetamu :)


owh how sweet ^^


tapi kebestan itu hanya aku + adik aku je yang rasa
mak ayah ...

hari ke 3/4 sesudah bilik kemas ~


" bagus, ada ruang solat kat sini. nampak lapang. buleh lepak2. nanti orang kampung datang umah, buleh diorang rehat sini"


hari ke 124 sesudah bilik kemas ~

" bagusnya kaklong kemas bilik belakang tu. tak lah bersepah. semalam mak pi umah jiran kite ... padahal anak perempuan 2 orang tu, dah besar. umah ... "

" time kasih lah kaklong tolong kemas. "


:) 
baru2 ni ayah dah siap pasang grill kat bilik tu ^^ 
- kira sekarang bilik tu dah important lah kan? ...



* pengajaran?


1. wajiblah mengemas rumah itu kerana Allah , bukan kerana manusia. 
2. maka haruslah kita setiap 6 bulan sekali update rumah - baju yang nak di buang ke, hantar ke pusat derma baju ke, barang2 dapur macam sudip yang dah bengkok/hilang pemegang, mangkuk/pinggan sumbing, alas meja koyak, almari patah pintunya, cat dinding yang dah pudar, pasu bunga pecah dan macam2 hal lagi kat umah... supaya tidak kita terbeban untuk mengemas rumah apabila ada event2 penting -  bila hari raya/ orang nak datang ...


6. ... tak larat, nanti ada rezeki sambung lagi ... :)


sekian dulu, 
selamat beramal ^^

2 comments:

  1. Salam Kak long :)

    Suke baca entry ni..perancangan tuk masa depan

    ReplyDelete
  2. walm encek :)

    :D
    memang sukelah tu
    ade orang tu nak tunang
    so segala yg bersangkutan
    mesti teruja ye dak :P

    hehe
    saye suka share
    ape yang saye rasa dan fikir

    nanti encek share jugaklah
    kerana mungkin saya terfikir A
    dan encek terfikir B
    saling sharing
    2 2 akan dapat A dan B
    which is sama2 dapat manfaat
    insyaAllah ^^

    ReplyDelete