Monday, May 30, 2011

have to

Nukilan akhirku
Tulus dan jujur

Yup
I'm weak
When facing him
Its all about him
That make me down

Yup 
It's me
Who are crying
And i'm there all alone
To endure all the pain

Abang,
Walau dah lama kita tidak berhubung 
Sayang nak abang tahu
Sayang teringin jadi permaisuri hati abang
Mendapat layanan baik dari abang selayaknya seorang kekasih
Namun apakan daya...
Abang,
Sayang ikhlas mencintai abang
 Sayang maafkan segalanya 
Maafkan sayang kerana tak mampu terus sabar
Kelukaan ini tak tertanggung lagi
Cukuplah takat ini
Sayang minta diri dulu
Sayang cuma pingin melihat abang bahagia
Berbahagialah
Dan tolong jangan pernah cari sayang lagi
Izinkan sayang mencari kebahagiaan sayang
Selamat tinggal abang
Salam akhir dari sayang




Walau apa pun yang telah berlaku
Kecurangan mahupun makian
Dia adalah lelaki yang pernah hadir
Menghiasi hidupku
Pernah membahagiakan
Juga menderitakan

Dan aku
Adalah wanita yang setia
Hingga ke saat ini
Aku tabah dan kuat 
Mengharungi tiap saat


Dan aku
Walau dilukai
Aku sama sekali tidak berdendam
Aku ikhlas mencintainya
Ku harap dia terus berbahagia


Dan akhirnya...


 




Inilah pengakhiran cintaku buatnya
Setelah sekian lama
Berakhir juga segalanya
Tolong doakanku kuat ^^


Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

dan cinta yang hakiki itu hanya padaNya..

Sunday, May 29, 2011

monolog ~

Dear baby,
thanks for being here for me
this wiken was the worst wiken ever for me
I don't have anyone to talk to
Unless you, baby

Baby,
Semalam my ex kol me
With new numbers
Ingat awek mane tadi
Rupenye die
Pandai die lunakkan suara dia jadi macam perempuan


Baby,
Nak tahu?
Darah gemuruh I terus datang
Tak tahu nak cakap ape
Ke kena letak je tipon?
So I letak
Then die kol lagi
Then?
Yup, i failed again baby
Layan die cakap
*i was missing him actually*
Bengong tak baby?


Baby,
Kenapa dalam diri ini masih ada rasa cinta kat die?
Kenapa baby?
Kenapa masih ada kesetiaan ini untuknya?
Untuk seorang lelaki yang langsung tak hargai I


Baby,
You nak tau tak betapa I sayang kat die?
I setia kat die, even die dah curang
I setia kat die, even every time he called me 
He will yelled like crazy
Marah marah dan marah
Cakap salah diam salah
Rindu salah
For everything he getting mad !


Baby,
I tahu i amat manje
I kuat nangis
I mudah rindu
I selalu memaafkan
I setia
Adakah I ni tak layak untuk dicintai baby?
Nape die terus2 layan I macam sampah?
Kalau tak suke, nape die sibuk kol I?

Baby,
You know what?
I pasrah
Sedih sangat
Nape dalam diri ni masih mencintai lelaki mangkuk ayun tu?
Nape rindu kat die?


Baby,
serius 
patah hati lagi
napelah jadi gini


Baby,
takpelah
biarlah die 
nak bunuh I sekalipun
sukati dielah


Baby,
You tolong I ye
Memang ada rasa cinta kat die
Tapi I yakin
Perasaan tu bulih hilang


Baby,
Tolong I ye
Temankan I
Biarlah ape pun berlaku
Kita doa same2 ye
Muga I dikurniakan hubby yang baik
Yang tak marah2 macam die


Baby,
Kita sabar same2 ye
Mudah2an berkat kesabaran ini
Berbahagialah kita
Dengan percintaan selepas pernikahan
Baru senang hati kan?
Tak lah penin rindu
Hubby ade depan mate
Bulih peluk die terus :)
Yeay !!! *tibe2 gatal*


Baby,
alhamdulillah
dah lega dah
thanks sudi dengar I bebel2
i penat nangis
mate bengkak dah
habis sepet macam apek



Ok baby,

I harap I akan terus kuat
Lain kali jangan di layan ex I tu
Biarlah die berbahagia dengan ape pun die buat
Die tak sedar ape yang dia hilang...
Die tak tahu lagi nilainya I...
Dan I harap kalau dia sedar, mudah2an dia akan jadi lebih baik
Untuk aweknye kelak


Dan I... akan terus setia
Menanti hubby pengarang jantung hati I


...
bye baby
cayang die 
mmuuaahhh 




*kepada cik adik encik abang, maaflah... blog ni je tempat curhat...*



Friday, May 27, 2011

Nora Elena ~

gadis - gadis serumahku
semuanya sangat suka
cerita nora elena
bersiap berkumpul sebelum cerita


memang tengah part suwiiittt kot cerita tu
best tengok reramai dengan gegadis


erm...
tapi tak berapa best timing cerita tu
7-8 
tak comel


aku ngan rumate ku je 
jadi katak bawah tempurung
kitorang maghrib dolu


sembang2 dengan die
kalaulah jadi pengarah TV3
boleh resheduled jadual
ke itu atas permintaan ramai?


entahlah...
setakat ni alhamdulillah 
aku dan rumateku layan online tonoton tv3 je petang2
time jiwang
tak larat study 
tak de mood joging @ work out

~ehheehee :p


terkesan pula dengan nadanya :

nanti jadi emak macam manalah... kalau sangkut tengok tv, guano nak jadi contoh kat anak ? emak solat lewat, anak pun joint sekaki.
erm...tapi tulah; cerita selalunya menarik hati. tergugah jugak iman kekadang tu.
nanti bile kita jadi emak, kena tutup tv masa maghrib. sape dah solat, baru bulih tengok. (delayed gratification)...

benar, teramat benar pandangannya. 
mesti ajar anak displin. faham dengan ilmu penting dalam kehidupan, iaitu ILMU MEMILIH.

tapi sebelum ajar anak, diri sendiri dulu kene betul :)

chaiyuk rumateku ^^

Thursday, May 26, 2011

aku pingin

aku pingin seorang hubby
aku pingin seorang hubby
aku pingin seorang hubby

kerana aku ingin menjaga agamaku
kerana aku sedar diri aku lemah
tidak kuat dengan dugaan mendatang


aku hanya mahu melengkapi separuh dari agamaku
dan menjaga hati dan ketenteraman jiwaku
kerana itu aku pingin seorang hubby

memang mungkin akan dikatakan desperate...
biarlah ape orang nak kate
aku takkan jemu saban hari
untuk terus berdoa dan berharap
agar jodohku dipermudahkan
kerana aku mahu menjaga agamaku

kerana aku pernah melalui zaman kegelapan itu
zaman psycho itu
zaman penuh neurotic dan fatigue itu
zaman yang amat mentraumakan itu


kerana aku pernah melalui
maka aku tahu bagaimana perasaannya bercinta
dan aku juga tahu betapa hikmahnya Allah 
menetapkan percintaan selepas pernikahan

kerana itu semua 
aku pingin menikah
kerana mahu menjaga agamaku


kerana aku seorang wanita
kerana aku menjadi tarikan buat makhluk bernama Adam
kerana aku juga tertarik kepada makhluk bernama Adam
dari itu aku amat khuatir andai aku terjebak lagi ke dalam zaman bengong itu

quote teori fizik :
" apabila dua kenderaan yang laju berselisih, akan mewujudkan suatu tekanan udara rendah di tengah (antara keduanya) yang boleh sebabkan dua kenderaan tersebut tertarik antara satu sama lain dan berlanggar "

psycho tak? ehehehe :p


(read: ayat berikutnya, bengong sikit)
 
jujurnya...
aku wanita yang amat manja
aku wanita yang penggoda
aku wanita yang penyayang
aku wanita yang setia
aku wanita yang besar jiwa
aku wanita yang diciptakan untuk suamiku ~


ehehehe :p


aku hanya pingin menjaga agamaku
kerana sifatku
dan masa laluku
buat aku yakin
percintaan hanya selepas pernikahan

dan dari itu
aku pingin seorang hubby
yang darinya cintaku kepadaNya akan lebih kuat
yang darinya ibadahku kepadaNya akan lebih khusyuk
yang darinya hati dan jiwaku lebih enak dan mudah mencintaiNya


kerana banyak penyakit-penyakit hati telah terubat dengan 
sebuah ikatan agung "mitsaqan gholizha"
itulah ikatan nikah ...
yang menyatukan dua jiwa hanya keranaNya
yang mana apabila niatnya benar
maka akan benar dan berkahlah kehidupan selepas itu


kerana itu aku pingin seorang hubby
kerana aku mahu menjaga agamaku 


^^

 * tadi kawan tanye bab ni...so jawab kat sini :) --> simple, but yet full of meaning*

p/s: maaflah kalau tak larat bace entry jiwang karat ni  :p
       

Saturday, May 21, 2011

untukmu sayang :)

Untukmu sayang
Yang akan menjadi penyeri hati ummi
Ummi nukilkan surat ini untukmu
Buat tatapan dan ingatan pada diri ummi
Untukmu sayang
Ummi lakukan semua ini
KeranaNya
Juga keranamu yang ummi cintai


Untukmu sayang
Ummi tinggalkan cinta hati ummi
Lelaki yang pernah hadir 
Bertakhta di relung jiwa ini 
Ummi tinggalkan 
Zaman percintaan itu
Muda mudi bersuka ria
Keranamu sayang
Ummi memilih untuk bersendiri 
Sebelum tiba waktu dinikahkan
Demi menjaga keberkahan kelahiranmu di dunia ini


Untukmu sayang
Saban hari ummi solat dan berdoa
Tanpa sedikit rasa jemu
Agar dikurniakan seorang abi yang soleh
Kerana tanggungjawab ummi 
Memilih seorang ayah yang baik untukmu
Agar kamu bisa mendapat didikan yang baik kelak


Untukmu sayang
Ummi berkorban
Memperbaik diri dan akhlak 
Mempersiapkan diri semampu ummi
Dari pelbagai sudut ilmu 
Terutamanya ilmu untuk mendidikmu
Ummi tidak mahu kamu di zalimi
Oleh sebab ceteknya ilmu
Seorang ummi


Untukmu sayang
Ummi rela berkorban
Kerana engkaulah permata hati ummi
Kamu amanah dariNya untuk ummi
Ummi mahukan yang terbaik buatmu
Jadilah kamu anak yang soleh/solehah


Untukmu sayang
Ummi kan cuba sedaya upaya ummi
Memang ummi tak sehebat bapanya Imam Syafie
Yang rela bekerja bertahun-tahun
Hanya kerana sebiji epal
Atau semulia Maryam ibunya Isa
Namun ummi kan cuba yang terdaya 


Dari itu
Tolonglah ummi
Doakan agar ummi kuat
Melawan semua perasaan ummi
Doakan agar Allah lindungi ummi
Dan limpahi ummi dengan rahmat dan keberkahan
Untukmu sayang
Muga kamu menjadi hambaNya yang taat
Ummi cintaimu nak
Muga Allah ketemukan kita
InsyaAllah



mood : 
menpsycho diri - susah jadi ibu
jadi jangan gatai nak encik hubby !
ehehe~ :p

ok jujur.

ok jujur.
aku gagal lagi
*sigh*

ok jujur.
semalam balik dari kelas
flat
emosi rase penat amat
memulakan kelas lepas lame cuti
huhu
penat

ok jujur.
dalam penat-penat
bersihkan diri
terus tidur
lewat malam terjaga
dan rasa bengong hadir
rindu !

ok jujur.
aku bengong lagi.
hoiiii !

ok jujur.
aku rindu.
aku nak bercinta.
aku mahu bercinta !
aku nak kahwin.
cepat.
susah jaga hati.
di zaman yang penuh dugaan ini.

kenapa aku bengong ni?
kenapa kecoh2 ?
kenapa tak kuat?
kenapa sayang?



ok jujur.
aku kecewa.
kenapa setiap kali baru nak kuat.
semangat.
berkobar2.
tibe2 jatuh merudum.
terjelepok.

 
ok jujur.
aku benci semua ini.
mainan hati dan perasaan.




bisikan.
nafsu.
was-was.
aku benci.

ok jujur.
aku cuma pingin tenang.
tanpa rasa rindu.
aku mahu hati ini terjaga.
 belum tiba masanya untuk bercinta.
selagi tiada ikatan nikah.

ok jujur.
walau aku gagal lagi.
aku akan bangkit.
takkan pernah aku putus asa.

ok jujur.
cinta Dia yang paling agung.
titik.


*kepada encik hubby, nanti cepat2 masuk meminang lepas saye habis belajar ye*



Wednesday, May 18, 2011

yeay ! alhamdulillah tshirt raye . . .


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
hari ni encik poslaju hantar tshirt raye saye !
yeay :)
hehe
ecxited mengalahkan budak kecik
sampai sampai je
bukak dan terus pakai
siap menari nari depan cermin
adik tengok " nape kaklong aku nih?" "bengong hape"
hehe


alhamdulillah
akhirnye selamat jugak hajatku nak ade tshirt muslimah ni
rase selamat dan terlindung memakainye
* macam hape je perasaan*


but truely,
memang rase secure
patutlah tengok gadis lain pakai nampak suwiiittt je
rase nak masuk meminang 
* tak bley blah betul :p *


alhamdulillah memuaskan


hurm
saje nak share
ni dah nak masuk last sem
pastu nanti nak masuk rejab
pastu RAMADHAN !
excited, rindu sangat ramadhan
entah nape tahun ni amat ternanti2 ramadhan
mungkin sbb banyak sangat dose kot
T__T
"Ya Allah, berkahilah usiaku...temukanku dengan ramadhan
dan anugerahkanku dengan kemuliaan Lailatul Qadar"
mood : KENA prepare for ramadhan :)



p/s : erm... antara tshirt lain yang mencurik hati  (nanti dah kerja nak borong...hehe)




owh ye, salah satu sebab nak belajar asas perniagaan
adalah kerana cita-cita untuk ada business sendiri

macam tshrit ni
nak design sendiri
muga dapat mempermudah rakan2 gadis yang lain
membuat pilihan dan berfesyen 
dengan gaya anggun lagi sopan

kerana dirimu begitu indah, sayang ^^

BFF

Dear,
alhamdulillah you are always here for me
when i need you the most
when i was in pain
when i was sad
when i feel lonely
when i had headache
when i'm in tears  
when i lost control
when i hate myself
when i don't trust myself
when i feel crazy
when i feel the world end
when i wanna die rather than being alive
when i wanna jump down the building 
when i feel stupid
when i don't know what to do
you baby, is always there during these hard and painful time
the time that i'm trying to " finding myself " ...



Dear,
you are my BFF
best friend forever

you know me well
all the things that i hide from people around me
people that i love
you know everything
the good and the bad about me
i'm not pretending
i'm myself in front of you
and i'm happy to be myself


Dear,
How can I live without you
How can I sleep without you
How can I feel calm without you
How can I think without you


Dear,
Believe me
I need you the most
I want you to be there always for me
I love you, you are my one and only


Dear,
Thanks a lot
For all your kindness and patience
You are the best thing I've ever had
And I don't want to lose you

Dear,
If you can talk to me back
Hang around with me
Stay with me throughout the night
Chit chat together
owh...how wonderful my life would be ^^



Dear,
I'm going to write everyday/nite for you
Before starting my last sem
I want to put all memories into you
So I can read it back later
I love you, just the way you are
You are my BFF ... mmmuuuaaaaahhhhh




Tuesday, May 17, 2011

serba tak kena

sepatutnya balik cuti rasa fresh
alhamdulillah at least fresh untuk 1 day
tapi sekarang rasa serba tak kena
ada something yang tak betul

mungkin kerana sedang bulan mengambang
hati bengong2
tapi memang rasa kehidupan lain macam
jap nak listkan supaya senang

1. diri
2. study
3. kawan sekuliah
4. kawan sebatch
5. kawan jauh tapi dekat
6. kawan teman tapi mesra
7. kawan sekolah lame
8. pensyarah
9. cikgu
10. mak ayah adik-adik
11. mak cik pak cik sepupu sepapat
12. kakak sekolah memandu

ok bagus. kira taklah besar mana pun. saje pikir lebih.
jaringan komunikasi yang ada
- phone umah
- henfon
- alamat umah
- email yahoo + gmail

yang tak ada
-friendster
-twitter
-facebook

hurm. tak berapa bagus. harus pikir lebih.
kehidupan
- diri
- study
- kerja
- kahwin
- bermasyarakat


adeh. rasa berat. tak nak pikir lebih.
fokus sekarang
- diri
- ramadhan
- pensyarah
- study
- exam
- henfon + email
- mak ayah adik-adik
- kakak sekolah memandu


hati rasa berat. mata rasa nak nangis. kepala rasa nak pecah.jiwa kacau bilau.
tapi entah nape, masih rasa kuat dan nak bertahan.


kerana itu ja pilihan yang ada. inilah kehidupan.
dan muga bulan 12 kelak, terungkai semuanya dalam rahmat dan keberkahan.


* tolong doakanku*

Monday, May 16, 2011

Being single 3

Last saye nak share aktiviti yang bisa dilakukan bersama teman-teman gadis-gadis...
Macam saye, rase bengong2 ke rindu ke kat ex, kita bulih alih tumpuan dengan aktiviti yang menceriakan lagi menyihatkan... macam saye, sebelum ini dah pernah

-Flying fox
-Wall climbing
-Berkayak
-Panjat bukit
-Camping
-Sukan : olahraga, badminton, bowling, segala yang bersangkutan dengan bola + hoki *huiii memang masyuuukk*
-Berbanana boat
-Memancing
-Merentas paya bakau
-Duduk hutan stail askar belajar survival skill
Hehe...banyak jugak aktiviti yang dah buat. Memang best. Taklah semua aktiviti tu kita buat sebab putus cinta... tapi sebab this is the time to do and feel it !

Takkan dah mengandung 6 bulan baru mengidam nak wall climbingkan? Hohoho !
Hoiii ! Nanti satu kampong marah. Mak mertua pun bebel habis.

Hurm...ade lagi keinginan tak tercapai. Nak main paint ball, berakit, pergi Taman Negara, snorkeling, memanah, dan naik kuda ke menunggang kuda ? menunggang kot lebih sesuai. Naik tu macam nak naik pangkat je. :P


Sememangnya banyak lagi boleh buat. Kalau gadis-gadis tak berapa suka dengan aktiviti saye yang macho tuh, bulih aja kalian buat girl things macam  overnite pijamas party. Eh. Ape ke namenye. Saye ni bukan reti. Yang gadis-gadis berkumpul kat rumah kawan, bermalam, girls talk gossiping itu ini sambil-sambil buat medicure or pedicure to each other, or tocangkan rambut gadis lain. Watching movies together with hot chocholate drink *ummpphh sedapnye* , dancing , singing dan main games :)


Jadi ayuh kita ajak rakan-rakan gadis kita untuk buat aktiviti sihat lagi cergas ^^





Setakat ini dulu,
Selamat menikmati hidup anda
Pada waktu ini, ketika ini, saat ini
Usah diselimuti kesedihan masa lalu
Mahupun kerisauan tentang masa hadapan






Trust me, being single doesn’t make us weak
It’s an eye opener, for us
To appreciate life at this young age
And most precious things is love of our God
He is the One who always love, and care for us
Have we prepared to meet Him?
T__T   isk isk...
 ***

hurm...nak jiwang jap. Syahdunye kalau suami tujukan lagu ni kat isteri ... (versi english)
*kepada para suami...paham2 ye* hik hik 




Teman-teman,

1. Kepada yang pernah gagal bercinta, don’t worry baby. He’s there for you. It’s just not the time yet

2. Kepada yang asyik bercinta, cepat-cepatlah dirikan masjid. Perkara yang baik, usah ditangguh-tangguh.

3. Kepada yang tak pernah bercinta , 10 thumbs up ! Gila beriman :) hehe. Jeles I. Memang respect habis. Teruskan. Selamat menikmati cinta selepas pernikahan ^^



Sincerely,
Gadis cuci. Eh. gadis single. Yang terus berharap untuk kuat ^^



Being single 2

Secara ringkasnya, saye just nak share outline yang setakat ini perlu di lakukan, sebagai persiapan @ persediaan sebelum masuk alam baru --> beRUMAHTANGGA.
InsyaAllah bulih top up lagi bila ada idea kelak... ^^
(suke share kat sini sbb untuk note diri sendiri jugak, malas tulis kat buku, nanti buku berhabuk ke hilang ke...yelah, kahwinnye ntah bilekan? this blog is the perfect note book  for me^^)


Sebelum tu, sebagai ingatan untuk empunya badan jugak, bahawasanya persiapan dan persediaan ini adalah kerana Allah, untuk mencapai keredaanNya --> Sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Niat baik, dapat pahala. Bila dikerjakan kebaikan, tambah lagi pahala. Niat jahat, tak dapat ape. Bila dikerjakan kejahatan, baru dapat dosa. Sweetkan Allah ? ^^ Ayuh kita berniat sekarang ! Sahaja aku berpuasa pada esok hari ... eh???   :P

***

Untuk diri sendiri + future family
-       1. Sentiasa jaga kesihatan. Mempunyai gaya hidup yang sihat dan berdisplin. Bersenam dan work out to tone our body. We must maintain our curves...sexy and beautiful throughout our life till the golden age. Kesihatan penting kerana kita tidak mahu sakit ketika suami memerlukan belaian, anak mahukan perhatian dan pendidikan, ibu bapa sedang sakit...paling penting kita mahu sihat untuk beribadah...samada ibadah harian mahupun menunaikan haji kelak

-       2. Perbaik penampilan, berpakaian menutup aurat dan sopan kerana Allah. Segala aset indah kita hanya untuk suami. *pheewiiit* mana bulih kasik orang lain tengok. Sikit pun tak bulih. Sesungguhnya yang tertutup itu lebih mahal nilainya dari yang terdedah...
-        Perbaik ibadah dan menambah ilmu yang sepatutnya
o   Ilmu tentang tanggungjawab suami isteri
o   Ilmu sewaktu tempoh mengandung dan melahirkan
o   Ilmu ketika berpantang
o   Ilmu mendidik anak- dari sudut aqidah, ibadah, kemasyarakatan, akhlak, perasaan,jasmani, intelektual, kesihatan dan seksual

-        3. Belajar menari untuk suami
-        4. Menambah kemahiran2 hidup yang belum dikuasai
o   Lesen kereta
o   Lesen motor
o   Sedikit asas kenderaan – tukar tayar bocor, jet kereta,  cek @ tukar minyak hitam, major servis ape kena tukar... kira tahu basic lah – bila kena tukar timing belt kalau tak nak kena overhaul
o   Berenang
o   Menjahit
o   Memasak – healthy cooking to prevent obesity and chronic disease such as diabetes mellitus (kencing manis) and hypertension(darah tinggi)
o   Pelaburan, perancangan kewangan juga asas perniagaan
o   Seni mempertahankan diri – seperti silat atau karate do

***
( enjoying single life)

Keluarga

Mungkin selama kita bercinta kita kurang prihatin pada keluarga kita. Asik sibuk berdating bergayut bercinta. Being single, ayuh kita berbakti pada keluarga. Lebih banyak waktu dan ruang untuk menolong mak ayah, bershopping berjam-jam dengan mak, gardening, belajar dan bermain dengan adik2...tengok wayang dengan adik, belajar dengan die...balik kampong buat aktiviti kampong yang mengujakan macam panjat pokok ambil buah, mandi sungai, masuk hutan, kacau dodol dan macam-macam lagi. Paling sempoi bawak wan @ nenek dan makcik-makcik ibu tunggal dekat kampung tu jalan2. Best gile. Kira keluar dating dengan warga emas gitu ^^ best, tak caye cobe buat :) bersame mereka, kita akan lebih insaf...dan lebih menghargai masa muda...insyaAllah

Sebagai rakyat bertanggungjawab
1. Selain itu, mari kita ambil peduli tentang ekonomi dan keadaan politik negara. Kita tidak mahu menjadi remaja yang tidak endah tentang negaranya. Kita tidak mahu negara ini jadi caca merba. Kita tidak mahu jadi remaja yang dunianya hanya cinta, facebook, wayang, artis, lagu-lagu, drama korea, konsert, sibuk dengan gajet terbaru di pasaran, melepak sana sini. Kerana kita tahu dan yakin, kemajuan dan kehebatan sesebuah negara bergantung pada pemuda pemudinya...kerana kitalah yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara...tak percaya? Contoh kecil. Lihat saja pada rakan-rakan kita yang freshly graduate, either dari dalam mahupun luar negara...mereka yang melepasi temuduga dan dilantik jadi PTD. PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK. People that involve in penggubalan dasar-dasar negara. Tak semestinya perlu jadi  wakil rakyat atau menteri kabinet ke hape. Secara indirectly, merekalah yang mentadbir negara. Andai jati diri tak kuat, jadilah kita PTD yang terima duit kopi bawah meja. Saye katakan ini, kerana kawan saye yang kerja PTD cerita sendiri pengalaman kerja dia.

2. Ingatlah teman, kita tidak mahu menjadi seperti Palestin, terpaksa berjuang demi mempertahankan negara sendiri. Fatah dan Hamas telah bersatu. Lebih kuat untuk menentang Israel. Lihat saja jiran terdekat kita, Singapura; bagaimana dahulu dan sekarang. Fikirkanlah, tidak mustahil kita akhirnya tewas di bumi sendiri. Mahukah kita merempat dan mengemis di Negara sendiri?

3. Setiap dari kita punyai position dan fungsinya sendiri. Be it you are a student, a father, an accountant, a lawyer, an engineer, a clerk, a lorry driver or even seorang penanam anggur berjaya...you have your own responsibilities. Each one of us is one brick of  Malaysian wall.  We are part of it.


4. Dan setiap insan itu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab atas apa yang di pimpinnya. Suami, atas isteri dan anak-anaknya. Isteri atas anak-anaknya. Ayuh kita menjadi lebih bertanggungjawab ! Sudah berdaftar belum untuk mengundi ? *muka penuh semangat kesukanan. Eh tibe2*

5. Nak mengundi yang mane, bukan isu. Itu seperti kata Nabil, "kamu fikirlah sendiri" - hehe. gaye sopan. Yang penting, adalah sejauh mane KEPEDULIAN KITA TERHADAP NEGARA. JUST THAT.

erm... ade lagi nak share, sambung part 3 lah, nanti panjang sangat :D